Assalamualaikum..
Sejak 2-3 hari lepas sebuah kumpulan hackers yang di percayai
berpengkalan di luar negara dan menggelarkan diri mereka 'Anonymous'
telah menggeluarkan amaran untuk menyerang laman web kerajaan melalui
penyiaran video di Youtube.
Hari ni kita menyaksikan beberapa akhbar melaporkan 
bahawa amaran tersebut betul-betul di laksanakan 
dan mereka telah berjaya menggodam beberapa laman web kerajaan.

Teringat masa zaman belajar di negara matahari terbit dulu,
salah seorang rakan satu batch aku yang bukan dari jurusan IT pun, 
tak silap aku masa tu dah masuk tahun akhir pengajian,
di percayai telah menggodam sebuah laman web Kerajaan Jepun..!
Di ceritakan pihak berkuasa kerajaan jepun  telah berjaya mengesan dan 
membuat serbuan ala2 squad SWAT kat rumah member aku tuh! Uhuhuhu!
Akhirnya memang masuk lokap la member.. dan sekarang ni 
aku pun tak tau apa jadi ngan dia.. habis belajar ke dah kerja kat mana ke.. 

Moralnya Kerajaaan jepun dapat je tangkap la kann...
Kita tengok pulak... mampukan kerajaan kita jejak hacker2 nih..?
Kena pulak ngan tag line
  "Defaced by Kambeng Merah, hacked : By Dark Jawa".
Nak kata orang luar pun tak jugak.. Kalau tak dapat jugakk.. pikir2 la sendiri.. 


Anyway petikan dari artikel yg di siarkan oleh Malaysia Kini :

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

  • SabahTourism.com
  • ASEAN connect
  • Bomba
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Parlimen Malaysia
  • JobsMalaysia
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Majlis Sukan Negara
Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodamkan itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.


“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.


“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” petik kenyataan itu dalam bahasa Inggeris.



Dan kalau nak baca lagi artikel yg lebih detail ulasan pasal godam mengodam dari sorang member aku jugak KLIK SINI. Selain dari ulasan pasal Hackers ni banyak entry2 ulasan Maharaja lawak kat blog dia nih! Aku pun sejak tak melanggan Mustika, dah tak tau apa jadi dengan maharaja lawak uhuhuhuhu. Kalau korang seangkatan ngan aku leh la terjah...!

Apalagi jom terjah ! 



Ada Kamu kisah @ Blog

Baca jugak pasal  'Anonymous' kat sini :

A flag conveying symbolism associated with Anonymous. The symbolism 
of the "suit without a head" represents leaderless organization and anonymity.


Individuals appearing in public as Anonymous, wearing the Guy Fawkes masks popularized 
by the comic book and film V for Vendetta, Los Angeles, February 2008

Who is 'Anonymous' ?
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Emak, Abah & Mak Long dah pun selamat 
kembali ke tanah air dari mengerjakan Umrah ke tanah suci Mekah.

Mereka sampai kira-kira pukul 12 malam Ahad malam Isnin tu.
Sampai rumah sampai pukul 2:30 pagi jugak berborak panjangg.. uhuhuhu

Ni aku update sket gambar2 sepanjang mereka mengerjakan Umrah.
Seronok tengok... entah bila agaknya kami sekeluarga sampai seru
untuk ke tanah suci Mekah. Semoga di limpahkan rezeki dan sampai
juga kesana satu hari nanti.. aminnnnnn


 




















 



Tu diaa... bilangan beg yg dah bertambah sebelum dan selepas ehehehe
Assalamualaikum...
Apa khabar semua..? 3 hari tak bersiaran... baru balik dari kampung.
Hari Sabtu tu ada kenduri adik Kakak ipar kami,
Hari Ahad pula Emak, Abah & Mak Long balik dari Umrah
jadi kami adik beradik pun balik la kampung.

Kebetulan kenduri kawen tu kat area-area skudai,
lepas maghrib fanily aku & adik aku terus la ke Danga Bay, JB.
Nak balik rumah pun tak ada orang. Abang & kakak iparku
pun masih berkenduri uhuhuhuhu.


Sebelum ni datang waktu siang. Bawak Mak & Abah.
So lepak2 makan2 je kat situ. 
Kali ni datang malam.. memang meriah dengan lampu2 neon uhuhuhu.
Especially kat area ala ammusement park dia. Entry nak main 
setiap game tu bleh tahan harga nya, RM 4, RM 6, RM 8 & RM 10 per head.

Sempat naik kereta kuda ronda2 Dangar bay.. terasa macam
cinderella plak! Ha ha..! Terima kasih kat Adik aku yg pelawa naik uhuhuhu.


Then boleh naik keretapi malam pusing satu kawasan ammusement park tuh.
Lepas bersuka ria gi lepak makan kat situ.. Hmmmm.. harga makanan bleh tahan 
kat sini. Sate secucuk RM 1 uhuhuhuhu. Milo Ais segelas pun RM4.. uhuhuhuhuhu.

Lepas bergumbira dan perut kenyang baru la balik rumah.. tu pun bila teringat, 
ada ada lauk kenduri yg di kirimkan utk jiran-jiran! Ahaha...!