Salam...

Aduhaiii... turut tersayat hati bila baca berita Harian Metro hari ni. Kisah Bayi mati tercekik makan bubur.  Bukan ke baru-baru ni dah ada kes bayi mati tercekik minum susu yang di tinggalkan dalam buat.. ni makan bubur pun masuk dalam botol lepas tu tinggal baby makan sorang-sorang jugak..? lansung tak jadi pengajarann....??? Kalau kes macam ni apa tindakan ibu bapa bayi ni..? boleh sabit 'cuai' kah..?

Laporan : Harian Metro

PUCHONG: Rasa rindu seorang ibu untuk melihat bayi perempuannya yang ditinggalkan bersama pengasuh berhampiran rumahnya di Taman Putra Perdana di sini, bertukar pilu, apabila dimaklumkan bayinya itu meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi.

Ketika menerima berita kejadian menyayat hati itu, dia masih dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak bongsunya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, ibu berkenaan, Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31, pulang awal ke rumah untuk mengambil anak bongsunya, Nur Shazwani Izni Mazlan berusia lima bulan kerana berasa terlalu rindu untuk memeluk dan menciumnya.


Menurutnya, pada kebiasaannya, dia pulang kira-kira jam 7.40 malam, namun pada hari kematian anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang awal kerana perasaan rindu terhadap anaknya itu terlalu kuat.

“Saya tidak menyangka perasaan rindu kepada anak bongsu pada hari kejadian terpaksa saya tanggung buat selama-lamanya apabila dia kini sudah tiada.

“Lebih menyedihkan saya tidak dapat bersama ketika saat akhirnya, malah tidak menyangka anak saya maut akibat makanan yang diberikan,” katanya.
Salam..

Opss.. tajuk kat atas tu bukan tajuk 18SX. Itulah tajuk laporan Berita Harian hari ni yang menyaksikan Lin Dan menarik diri pada pusingan suku akhir apabila di jadualkan bertembung dengan rakan senegaranya lantas memberi kemenangan percuma kepada Cheng Long. Ntah hapa-hapa la Lin Dan ni..
takut no ke nak jumpa Chong weii.....?

Dengarnya Pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat cukup marah dengan tindakan Lin Dan *walaupun Lin Dan memberi alasan kesihatan* dan menyalahkan China bermain taktik kotor kerana menurutnya ini sudah kali ke-3 Lin Dan menarik diri di temasya Badminton serta turut mendesak Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil tindakan ke atas pemain yang menarik diri tanpa alasan kukuh.  Secara tak lansung punah lah harapan peminat2 sukan badminton untuk menyaksikan perlawan antara jaguh badminton tersohor dunia dek tindakan Lin Dan menarik diri di saat-saat akhir. Kita bakal menyaksikan Chong Wei beraksi di pusingan separuh akhir bertemu dengan Cheng Long dari China di perlawan Badminton Terbuka Malaysia sebentar saja lagi..


Apapun baca berita penuh by Berita Harian

Lin Dan tarik diri; Pertembungan impian jaguh Olimpik lawan Chong Wei tak jadi
LEE Chong Wei akur terkejut dengan keputusan juara dunia, Lin Dan menarik diri, semalam tetapi jaguh perseorangan negara tetap tidak memandang mudah cabaran seorang lagi wakil Tembok Besar China, Chen Long yang bakal ditentang pada separuh akhir Terbuka Malaysia, hari ini. "Saya terkejut," katanya sejurus mengesahkan kemaraan ke separuh akhir - sekali gus menyalakan impian memburu kejuaraan ketujuh dengan menundukkan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-15, 21-16 dalam saingan suku akhir selama 40 minit, malam tadi. "Semua orang menunggu perlawanan ini (Chong Wei menentang Lin Dan) tetapi saya tidak boleh buat apa-apa. Begitupun, saya tidak memandang mudah cabaran Chen Long kerana dia seorang pemain agresif," katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pemain terikat 1-1 selepas Chong Wei menebus kekalahan kepada pilihan ketiga itu di final Grand Prix Emas Malaysia, Jun lalu selepas tunduk pada Terbuka India, tiga bulan sebelum itu.

Apapun, Chong Wei juga sependapat dengan pemenang emas Sukan Olimpik Athens 2004, Taufik Hidayat (cerita muka 54) yang meminta Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil tindakan ke atas pemain yang menarik diri tanpa alasan kukuh.

"BWF kena buat keputusan tetapi bagi saya ini sukan, kadang-kadang ada orang marah (terhadap tindakan yang diambil pemain). Lagipun, kita tidak tahu apa strategi sebenar China," katanya.
Salam...


Hari ni check nuffnang earning tengok ada BE dah appear..! Betulkah..?
uiksss.. lama gak tak nampak BE ni seb baik tak merajukk...hihihi

Anyway alhamdulillah BE dah menjelma kembali walaupun 1 baru..
kira BE first tahun 2011 ni.. hoyehh hoyehhh!!