PM ishtihar 31 Disember Cuti Umum Sempena  Meraikan
 Kejayaan Skuad Harimau Rangkul Piala Suzuki AFF

kredit : kbs

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.
-BERNAMA. Sumber : MyStar
NOTA KAKI : Seriuosly kegembiraan berganda............!!!!!!
MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010 !!!!

Sekalung TAHNIAH buat Skuad bola sepak (muda) negara...!!
Aku cukup berbangga dengan kemenangan kali ini.
Tahniah kepada semua pemain dan juga jurulatih, Rajagopal kerana mampu
menyusun strategi kemenangan untuk negara sekaligus menghilangkan kemarau Piala Suzuki 
selama 14 tahun lamanyerrr..!


Saksikan rembatan gol ~ counter attack oleh Mohd Safee Ali malam ni sekaligus menggondol award Penjaring Gol terbanyak Piala Suzuki 2010.


Antara pemain yang menyerlah, penjaga gol Khairul Fahmi dengan prestasi dan ketangkasan yang begitu baik menepis serangan dan jaringan bola bertubi-tubi ke gawang gol dari pihak lawan termasuk tendangan penalti, tendangan sudut.. macam-macam lagi laa... memang puas hati dengan persembahan permainan dia.

Secara keseluruhan, perlawanan berjalan lancar.. hanya pada minit-minit awal nampak cahaya laser hijau di tujukan kepada penjaga gol, Fahmi. Walaubagaimanapun 'serangan' itu lansung tidak memberi sebarang impak kepada penjaga gol dan barisan pertahanan Malaysia sebaliknya terus konsisten memperkuatkan pertahanan negara..!
Dan akhirnya pasukan Malaysia muncul juara dengan kemenangan secara agregat 4-2.

Tahniah sekali lagi buat pasukan Malaysia, Jurulatih, pegawai dan semua penyokong bola sepak
tanah air..!!

Rasanya semangat penyokong Malaysia kini lebih membara dari biasa... 
MALAYSIA SEMEMANGNYA BOLEH..!!


Next..? Sukan ASIA...!! InsyaAllah..!

Nota kaki : Err... PM tak nak istihar Public Holiday ke esok nih...???

Salam..
Ada-ada je cerita lawak@lucu sempena Final kedua Piala Suzuki 2010 antara Malaysia & Indonesia malam ni. Yang paling hangat di perkatakan ialah isu laser melaser nihh..!


credit : obefiend hosted Beautifulnara

Entry yg kelakar lagi imiginasi yang mengatakan skuad Malaysia sudah pun bersedia dengan cermin mata hitam untuk menangkis serangan laser hijau di Indonesia nanti..! Lagi kelakar bila terbaca laporan Harian Metro pasal ugutan artis Indonesia, Julia Perez yang akan mengenakan coli khas untuk me'laser' skuad  Malaysia..! Baca ulasan dari blogger terkenal, beautifulnara. Memang sengal betul laa...