Salam..

Start hari ni aku start COTI SEMINGGU.........!!! HorayyyyyyyyyYYyyyyYYY.........!!
Anak-anak pun dah sihatt.. alhamdulilllahhh... syukur sangat-sangattt...!!

Bila dah sihat tu tengok la 2 beradik ni dah start buka 'KLINIK KESIHATAN'.
Si Abang jadi DOKTOR, si adik jadi PESAKIT..! Padahal masa Dania demam tu masa beli mainan je excitedd. lepas tu langsung tak lalu nak main huhu

Doktor tengah ambik keterangan pesakit

Check nafas kat dada.. tu dia sampai camtu sekalii..!! he he

Dokter check tekanan darah pesakit pulakk

Tengok berapa tekanan

Jap lagi check suhu badan pulak guna ala2 termometer


Doktor bagi penerangan 
Doktor Danish : Awak ni sakit batuk.. ada kahak sikit

Doktor tengah siapkan ubat untuk pesakit


Doktor bagi ubat. Siap suapkan dalam mulut pesakit dan tunjuk cara-cara makan ubatt.. 
baekkk punyer service Dokter nihh! HE HE HE..!
Mamanya duk tepi pakat gelakknya gelihatii...! HE HE HE


Okeh dah siappp. 
Doktor pesan : " Balik jangan lupa makan ubat ya..!"



PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.
Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.
Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.
Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

FAKTA PENTING..!!
Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding 3 peratus pada tahun 2000.

"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya. 


- BERNAMA




NOTA : Sape yang masih tak cukup quorta saiz isu rumah cepat-cepat lah penuhkan yekkk

Maklumat lanjut : statistic.gov.my

Salam..

Keputusan PMR dah keluar hari ni. Lebih 30 ribu calon dapat staright A...!

Tahniah kepada semua calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang..! 


23/12/2010 12:01pm

PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.
Abdul Ghafar berkata, bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.
Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93, manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya. – Bernama

Anak gemilang ceria terima keputusan PMR by Kosmo


WAJAH ANAK GEMILANG. Semalam merupakan detik paling menggembirakan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.



Mereka yang merupakan antara 472,060 calon yang telah menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara pada 13 hingga 17 Oktober lalu bersorak gembira apabila menerima slip keputusan peperiksaan masing-masing.



Dalam peperiksaan tersebut, seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5.65 peratus pada tahun lalu dan 4.83 peratus pada tahun 2006.
PELAJAR Sekolah Menengah Alam Shah di Putrajaya menunjukkan slip
peperiksaan masing-masing dengan penuh rasa bangga dan puas.

PARA pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur bersorak
gembira setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur meraikan
kejayaan selepas mendapat 8A semalam.

Sebahagian pelajar Sekolah Menengah King George V (KGV), Seremban yang berjaya memperoleh 8A dalam PMR bersorak gembira sambil menunjukkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.