Salam..
Weekend lepass.. sambil aku projek basuh carpet sementelah Bibik dah balik nak di simpan.. Danish & Dania tumpang sekaki main air..!


 Jap lagi Danish panggil... tengok apa yang nak di tunjuknyerr..

Danish : Mama.. tengok ni...! Danish STRONGGG...!!! 
Perasan tak 'muscle' buatan Danish di sebalik swimming suit nyer tuhh..?
 HA HA HA..!
Boleh plak dia buh bebola tu dalam swimming suit dia jadi musclee..! 
lepas tu mula buat aksi macam ahli bina badann...!


Jap lagi mula la tunjuk kuatt..! angkat basikal kat tepi tulaaahhhh..!!
Adaaa-adaaaa jerrr AKAL anak teruna sorang nihh...! isk isk iskk



Kalau di suruh berendammm memang tahan berjam-jam..!





Riang ria dua beradik ni mandi 'kolam' depan' rumahh..!

P/S: Auto publish. Aku cuti hari ni & esok.... pagi tadi gi sekolah Danish ambik report card diaaa.. tengahari gerak balik kampung.. Selamat Air raya semuaa..! yang balik kampung Drive carefully okehh!
 Alhamdulillah Syukur ke hadrat yang Maha Esa...!
Perasaan yang cukup bercampur baur..... terharu.. gembira.. sedih.. tak percaya...??

Balik kampung minggu lepas Emak buatkan bubur pulut merah sebagai tanda kesyukuran..
Terima kasih tak terhingga pada insan-insan tersayang yang mendoakan terutamanya Emak & Abang.
Walaupun nervous pergi 'interview' setelah sekian lama... memang rasa cam nak pengsann..! ha ha

Air tangan Emak


Tempat baru nanti dekat dengan rumah dan di lengkapkan pula dengan 'Day Care'. Walaupun aku tak tahu lagi sejauh mana facility baru ni memberi manfaat untuk aku dan anak-anak. Tapi sekurang-kurangnya kalau2 lah aku tak berBibik dah lepas ni.. kot-kot emergency mungkin anak-anak boleh aku tempatkan disini.

Tatkala ini aku masih menghitung hari...di tempat kerja sekarang yang dah hampir 10 tahun aku berkhidmat.. tempat jatuh bangun aku.. tempat yang begitu banyak memberi pengajaran dan pelajaran. Tempat yang dah menjadi sebahagian dari hidup aku sekian lamanya... rakan sepejabat yang dah macam ahli keluarga.. tempat jatuh lagikan di kenang.. tak akan aku lupakan... *uhuk!*

Perasaan masih terus bercampur baurr... sedih nak meninggalkan.. berdebar nak melangkah ke tempat baru...
10 tahun.... bukan satu jangkasamasa singkat.. dan bukan satu keputusan yang mudahh..
semoga segalanya berjalan lancar dan memberi sinar baru dalam hidupku..
Ya Allah.. permudahkanlah segala-galanya.. aminnnnnnnnnn..!
Salam..
Akhirnyaa... akhirnyaaa... akhirnya aku lepaskan gak Bibik balik bercuti ke kampung sempena Raya Haji  uhukk...! Sebelum balik dah aku suruh Bibik sain surat perjanjian cuti balik kampung. MESTI balik semula bertugas seperti yang di tetapkan..!! Cuti cuma 2 minggu... kalau Bibik langgar perjanjian.. jeng jeng jenggg...
takpe semua dah termaktub dalam surat perjanjian tuh.

Seawal pukul 9 pagi dah bertolak dari rumah. Pukul 10 pagi sampai ke Port Klang.. check in ticket dan bayar cukai. Schedule Feri pukul 11:00 pagi. Tunggu punya tunggu punya tunggu... pukul 1:00 tengahari baru bleh masuk balai berlepas..!! 3 jam wehh..! 


Punya la sesak rakyat Indon yg nak balik ke seberangg... penuhh!
Maklum je laa.. nak dekat Raya Haji nih.. hu hu hu



Tengok.. sekejap je dah jumpa 'geng'... *Bibik ku pakai blose Purple tuh* ntah apa yg di sembangkan. Yg tudung biru tu yok yok o semua dokumen Bibik aku nak di tengoknya. Siap bertukar2 no HP lagi..
Aku duk perati dari jauh je laaa.. Bukan boleh nak larang pun. Jap lagi dalam Feri seangkatan gakk..

Jap lagi dah pukul 12:00 tghari sedar2 yang tudung putih tu rupanya dah kena tinggal Ferii.. 
Katanya sampai pukul 8 pagi lagi.. rupa-rupa tak check in.. padahal kaunter tiket belakang dia jeee..
Aku tengok tadi bersembang mak aii.. habis keluar semua tiket Bibik aku.. resit2 beli tiket & resit cukai keluar siapp.. tengok2 yg melangok kat sebelah dah kena tinggal Feri pun tak sedar... tak pasal2 kena beli tiket lain..isk isk iskkkk...

Aku pun 3 jam gak menunggu kan Bibik aku masuk balai berlepass.. lepas dia masuk kul 1:00 tengahari
 tu kitaorang pun balik.

Masuk2 je dalam kereta Danish & Dania dah sibuk nak susu. Abang tengah Drive.. aku pun cakap kat diaorang tunggu berenti nanti baru aku buat kan.. nak bancuh tengah Abang bawak kereta kang tumpah plakkk.. 

Nak pujuk cam biasa la pasang DVD Movie kartun bagi diaorang lekaa..
Tak lama tu dengar Dania merungut kat belakang
Dania : Mama... macamana ni... Dania unye tak boleh punnnnnnnnnnnnnn...!!!
Sekali aku tolehh belakangg... tengok-tengok 
'Susu Milo' Danish dah siap atas seat..?????????
*tak sempat snap*
Dania pulak tengah merungut sebab tak dapat nak tuang susu dia plak dari bekas susu tu ke dalam botol sebab susu serbuk dia kat bekas tingkat yg bawahnya...!


NGggaaaAAAaaAAAaaaaaaaa...??! Seriusly terkejuttt aku tengokkk...!! Rupa-rupa 
Dania senyap-senyap bancuhkan 'Susu Milo' Abang dia...! Dania baru 3 tahunn... Camna dia tuang air masak dari bekas air ke dalam botoll..? tuang susu dari bekas susu, tutup botol dan dah siap goncang pun 'Susu Milo' Abang nya...???? Aku tengok tak tumpah pun...!!
Seriously memang aku betul-betul terkejut..!!! 

Aku tukarkan bekas susu Dania ke atas. Jap lagi Dania sambung bancuh susu dia plak..
 Tuangg susu.. lepas tu tutuppp botoll..

Lepas tu goncang susu dalam botoll..

 Haaa.. dah siap pun..!

Tu diaaaa.. Abang dia menikmati 'air tangan' adikkk..

Danish pun terkejuttt mula-mula tengok susu dia dah siap bancuhh dek Dania..! 
berseri-seri terus muka Danishhh..!
Danish : Dania buat susu Danish ke mama..?


Last but not leass..
Komen Danish :
Hebatnya Dania buatkan Susu Milo Danishh....!! 
Nanti Abang belikan Dania hadiahh..!!

Komen aku pada Abang :
Untung ada anak dara.. hu hu hu!