Salamm..

Semalam balik kerja Danish dah keluar main basikal petangg..
Tak lama dia balik terus promote kat mamanya
Danish : Mama.. Mamaa...! Tengok Danish punya Basikall.. dah ada enjinnn.!
 Nanti Danish bawak dia ada bunyi... nanti dia keluar asappp..!!

Sekali pandang macam ni la basikal Danish..
Dah di pasang botol yang dah di kemekkann.... di selitkan kat rim tayar basikal.
Bila dia kayuh dan besi-besi rim basikal tu kena pada botol memang keluar bunyi
"terereetttt... treeettttettteettttt...terereetttt... treeettttettteettttt..."
macam tu la lebih kurannggg...

 

Bila zoom lagi....
Danish kata nanti keluar asapp... *ekzos*


Kelakar pun adaaa... comell pun adaaa.. 
dapat aku bayangkan imiginasi Danish macam dalam Upin & Ipin
Dalam dunia imiginasi dia mungkin dia nampak
Basikal nya bertukar jadi
motor berenjin kuasa tinggi
kerana mampu memgeluarkan bunyi.
Botol kemek tu bertukar jadi ekzos untuk keluarkan asapp...

Memang seronok jadi kanak-kanak..!!
Salam..
Tak habis-habis kes warga Iran yang masuk ke negara ni menyeludup dadah..!!
Benci betul dengarrr.. orang-orang macam ni  yang menghancurkan anak bangsa dan negara..!
Diaorang ni tak sedar ke risiko seludup@telan dadah tu walaupun dah berapa kes berlaku mcm kat laporan bawah ni..? tak reti nak serikk... nama pun Keldai Dadah..  memang B*#*# macam Keldaii..! Huhh..!

Sumber : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seorang lelaki warga Iran disyaki menjadi 'keldai dadah,' maut selepas satu daripada 49 ketulan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM125,000 yang ditelan, pecah di dalam perutnya, semalam.
Suspek berusia 27 tahun yang memasuki Malaysia sebagai pelancong itu dipercayai meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital pukul 12 tengah hari.

Pemeriksaan mendapati suspek baru tiba di negara ini menerusi penerbangan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.
Dia kemudian menginap di rumah seorang rakannya yang terletak di Serdang, Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, suspek kemudian mengadu sakit perut lalu dihantar ke Hospital Serdang oleh rakannya itu.

"Bagaimanapun, setibanya di hospital, suspek meninggal dunia dan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayatnya menemui 49 ketulan kapsul dadah yang dibalut rapi, disyaki syabu.
"Semua ketulan dadah yang dikeluarkan daripada badan suspek seberat 438 gram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nordin menambah, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu bagi mengenal pasti penglibatan individu lain termasuk rakan suspek.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kejadian pada 29 September lalu, seorang lelaki warga Iran berusia 34 tahun yang menjadi 'keldai dadah' turut ditemui maut di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini, selepas menelan ketulan dadah.
Bedah siasat mendapati dua ketulan syabu seberat 19 gram yang ditelan suspek tersumbat pada usus besarnya.
sumber : mystar
PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.
Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.
“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.
Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.
Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.
University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.
Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.