sumber : Utusan Malaysia

NOTE : Aku minat Maya Karin. Suka dengan personality dan reputasi dia... lebih-lebih lagi dengan keanggunan dan bakat yang dia miliki..! 

credit : kosmo

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon, Maya Karin dan suaminya, Steven David Shorthose sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Pengesahan cerai secara baik itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain ketika kes itu disebut di kamar beliau hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat persetujuan antara pasangan itu mengenai tuntutan nafkah idah, mutaah dan lain-lain perkara berbangkit selepas perceraian.
Permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Perceraian Maya atau nama penuhnya, Maya Karin Roelcke, 31, dan Steven, 41, atau nama Islamnya Mohamed Ali Abdullah tersebut berlaku genap 10 hari perkahwinan mereka disahkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Ia juga berlaku kurang sebulan daripada ulang tahun ketiga perkahwinan pasangan tersebut.
Pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan pernikahan pelakon Anak Halal itu dan guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa pada 14 Ogos 2008 di Vila La Corte del Lago, Tasik Como, Bellagio, Itali sah dari segi hukum syarak.

Kedua-dua mereka ketika itu dinikahkan oleh Imam Abdullah yang didatangkan khas dari Algeria.
Permohonan pengesahan pernikahan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pada prosiding terdahulu, Maya diwakili peguam syarie, Norhusniah Husin manakala Steven tidak diwakili peguam syarie.

p/s: Kadang-kadang tengok insan2 yang di kurniakan dengan rupa paras menawan ni banyak pula di berikan dugaan... Sesungguhnya Tuhan tu memang Maha Adil dan dia tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hamba2nya sendiri. Maka bersyukurlah kita sebagai insan biasa ni dengan apa yang kita miliki hari ini...  Semoga Maya juga akan menemui kebahagiaan hatinya nanti..
Sumber : Malaysia Kini



Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumumanmalam ini.
Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.
Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.


Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. 


Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.
Berikut adalah harga baru:
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. 


Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.


Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

p/s : Nampaknyer increment bulan 6 ni sekadar nak menampung kenaikan minyak dan gula je...? keciwa betullll.....

Pak Lang baru balik dari Italy. Training 2 minggu.... perjalanan flight one way 12 jam! Seb baik naik Business Class.. kalau tak mau tak leh berdiri bila sampai airport! hu hu

 Ole -ole dari Italy.. Pinochio utk Danish
 Key chain utk Papa

 Hiasan
Hand bag utk Mama & Dania


Dah la baran semua mahal dalam Euro. Anway Ma kaseh bebanyak Pak Lang... tak dapat jejak dapat pegang barang pun jadilah he he