Ini mini Apron kegemaran aku.. dah 3 tahun pakai pun macam baru beli... cermat tak cermat! hua hua hua

Dania dah pun berusia 2 tahun 3 bulan... masih BF... Ikut sunnah sampai 2 tahun dan Dania dah aku xtra vaganzakan terlebih 3 bulan! Dah tergerak hati jugak nak STOP kan Dania from BF. Dania ni ada satu peel (perangai)... kekadang kalau nampak aku masuk dapur, pakai Apron nak masak jek time tu la dia pun terusssssssssss datang kat aku tarik & merengek nak NENEN! Walaupun kekadang tu baru habis se'round'!
*
*
*
Agak-agak kalau camni la gayernyerr.. bleh ke nak STOP BF nih...? huhuhuhu


Kadang-kadang terus lena kat pangkuannnn mamanyer.. Suka betul cium dahi Dania dalam dakapan walaupun kekadang bau acem..!
Wah wah lena betull.....zzzZzzZzzZz



Dan kalau angin MANJA terlebih...

*

*

*

*Baru terjaga dari tidur.. nampak mamanyer kat dapur minum air dia pun terus merengekkk nak minum air jugakkk...! Tak nak bangun pun...!

Aku pun tunjuk air ribena dalam peti.. Dania gelenggg... bukann! pas tu merengekk kater nak airr! Aku tunjuk air soya dalam peti.. pun Dania gelengggg.. bukan! still merengekk nak airrr.. dah tahap nenangis dahh.. aku tunjuk air sejuk dalam peti... PUN BUKAN JUGAKK!! Lagi kuat dah merengek 'Nyia (Dania)... nak ayerrr..!!'

Last-last aku tuang semua dalam gelas susun atas cofee table.. tanya Dania nak yang mana....? Air soya? Air sejuk? Air ribena..??

Dania still menggeleng jugak 'nkann(bukan)..... nyia(Dania) nak ayerrr..!!'Ye la.. air la ni.. nak yang mana..? Last-last dia bangun gi dapur bukak peti ais.. tunjuk jug air ribena. Bagi dia pegang gelas sendiri tuangkan air baru la nak minum!.. Bukan ke mamanyer dah tuangkan letak atas meja tadi..? isk isk iskk... manje sungguh!

p/s : Baru tau kenapa Dania lom ader 'adik' lagi.. manjer terlebihhhhhh..... huhuhuhu!
Seperti tahun lepas, tahun ni buat kali ke-2 mendapat undangan dari Boss Abang untuk menghadiri Majlis Santapan Malam Amal, Yayasan Sultanah Bahiyah yang di naungi oleh YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Majlis turut dicemar duli oleh DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Moralnya Boss Abang beli table dan kalau tahun lepas 2 table tahun ni 3 table pula bermaksud bertambahlah staff yang mendapat undangan.. terima kasih daun keladi!

Kalau tahun lepas Majlis di serikan dengan kehadiran Datin Sri Rosmah Mansur & persembahan oleh Adibah Noor, tahun ini pula turut hadir ialah Tun Mahathir. Persembahan pula oleh Jaclyn Victor yang mendendangkan lebih 7 lagu! Dan yang lebih mengujakan ialah kehadiran penyanyi No.1 tanah air, Dato' Siti Nurhaliza bersama suami, Dato' K. Memang sangat-sangat mengujakan...!! Di akhir majlis Dato' Siti telah menyumbangkan 3 buah lagu khas untuk para tetamu! Dan ketika sessi majlis beramah mesra DYMM sultan bersama rakyat, tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama Dato' Siti Nurhaliza..! Memang she is sooOooOoooOo gorgeous!!!!!

Me & Hubby

Me dengan tokoh yang paling dihormati... Ayahanda Tun Mahathir.

Dan yang lebih teruja lagi sebab dapat bergambar dan bersalam dengan tokoh yang palinggg aku hormati, Tun Mahathir. Tokoh yang tak mungkin ada galang gantinyerr.. dan beliau jugalah pengasas Dasar Pandang ke Timur. Kali terakhir bergambar dengan TUN sekitar tahun 2004... TUN seperti biasa.. sentiasa kelihatan tenang, steady & tersenyum... ! Me bergambar dengan penyanyi no.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza.

She is simply GORGEOUSS!!!!

Gambar bersama TUN beramai-ramai
Majlis turut dimeriahkan dengan acara tarian tradisional, nyanyian dan deklamasi puisi oleh anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Di ikuti dengan acarah penyerahan Mock Cheque ke YSB.Antara hidangan santapan..

Marinated Wild Mushroom and Asparagus Tips with Young Lettuce Leaves & Balsamico Basil Dressing

Grilled fillet of beef with Field Mushroom Sauce, Potato Lasagna and candied Shallots


Majlis berakhir kira-kira pukul 11:00 malam... Malam tu memang superrbbb specialll kerana berpeluang bersemuka dan bertentang mata dengan kedua-dua 'bintang' negara!
Cadbury's Warehouse Sales!!!
Kepada peminat coklat... masa untuk menyerbu Cadbury's Warehouse Sales !

Vanue : Ruang Legar, Centro Klang
Date : Untill 13th Dec 09, SUN
Discount : Up to 50%!!







Untuk detail :-
*
*
Pastu lak hari ni kerja... menanti data restore yang baru 65%! Adoiiii bila nak siappp nih... start malam semalam dah lebih 12 jam tapi baru 65% jekkk... adehhhhh! Tak kan la esok pun kena datang lagi kottt... adussss.... Lunch time sempat la sorang ofice mate serbu warehouse sales ni... dah hasil dari serbuan nyerr... tara...!!
Total berharga RM130++..! (Gileerrr!). Dan dalam tu aku nyer...
Memang murahh! Contoh Cadbury ni harga runcit kat Giant
Cadbury Zrip regular RM4.29 sales only RM2.
Cadbury Zip Fruity Crunch RM5.99 only RM3
Dentyne Chewing Gum (120 pcs) only RM5
Cadbury Hot Chocolate Drink only RM7
Cadbury Bytes only RM2
Chocolate Bar (Dairy milk /Old Gold) only RM10
Average 50% less! So memang berbaloii... kepada yang berminat sila lah serbu ke booth mereka di ruang legar Centro kayy!! Esok last day!