My sweetie - Dania Aliesya is 17 mons now! Dah jadik big gall... tapi kalau merajuk boleh tahan gakk! Kelmarin bangun pagi Dania pun terjaga awal. Aku & Abang plak leka melayan Danish yg baru bangun nak suh mandi sebelum ke skool. Biasalah Danish pagi kalau di kejut merengek sana lah, mengadu penat lahh .. tak teringat plak Dania kat sebelah pun dah merengek mintak dilayan. Sedar-sedar Abang tengok Dania dah berdiri kat luar pintu bilik. Berdiri tegak kat tepi dinding dengan mulut muncung + muka masam mencuka! Merajuk tak ada orang layan dia la tuhh!.. Ha ha ha. Alahaii anak dara sorang nih, kecik2 dah sensitip! sorry ya sweetheart..Yang kecil ni pun dah tau nak dirinya diingat dan dihargaii yekk... *insaff*Masih suka buat aksi 'shocked face' nyer tuh!! Aku suker sangat tengok kalau dia buat gaya nih! Cuteeee je raserrrr..terhibur hati hehehhehe. Dah pandai kiss mama/papa dia. Kalau nak kiss tu datang kat muka kita jap lagi tenyeh hidung dia tu kat pipi kita sambil sebut ..mahhhhhhh....mmmmahhhhhh!*muaaahhhhh*!

Bab pertuturan, aku rasa 2-5% perkataan yg disebut difahami, 35% bahasa alien dan selebihnya 53% lagi perkataan yg disebut hampir semuanya berbunyi 'poa pa'. . Memula tu aku faham la maksudnya - Papa =ABANG.. masalahnya semua benda nak tunjuk barang ke, nak mengadu ke aku rasa mostly dia akan sebut 'poa pa'...jugakk! Hatta kalau aku tunjuk kat gambar kawin aku & Abang yg tergantung kat tangga nun, bila tunjuk kat Abang disebutnya 'poa pa'...Okeyla kann.. jap lagi bila tunjuk kat gambar aku pun disebutnya 'poa pa' jugakkk! Manerr aci cam nihh... tak acii tak aciii! hu! hu!

++ Kekadang pandai pujuk orang. Pandai datang tepuk kita sambil pujuk. Dahhh.. dahhh! Selalunya pujuk abang dia (Danish) lepas bertekak ish! ish !ish! Tadi Dania menangis nak BF aku tak bagi sebab nak suh dia makan nasi dulu. Last-last aku pun buat2 menangis.. Dania yg tengah menangis berlinang air mata terus berenti sambil pujuk aku pulak Dahh... dahhhhh! ( Dibaca sebagai -dah mama jangan nangis ye..!) sambil tepuk bahu aku Hu hu hu!

++ Kalau snap gambar dah pandai buat sign peace! TAPI sebutan pun lari, sign pun lari.. Bila Dania sebut jadi 'Piiii.......' dan jari yg naik 2 jari telunjuk tangan kiri dan kanan! huhu
++ Pandai lambai & flying kissss... babaii.. mmahhhhhhh!
++ Berani kalau main ngan serangga nihh! Lipas pun dia tak herannn! Jeng jeng jenggg.. kekadang ada serangga yg terbang2 tu bleh di main - penyet sampai matii! Pas tu datang mengadu serangga tu dah tak gerakk.. iskk iskk iskk
Yang best kalau aku balik tu mmg Danish & Dania dah excited tunggu kat pintu!
(dgn grill terkunci). Selalu Danish la dah terus standby dgn kunci rumah dri dala tapi ada sekali tu aku sampai Danish tgh leka tgk TV, kunci atas speaker mini hi-fi atas meja TV. Dania siap menonggeng2 panjat meja TV sebab nak ambik kunci grill tu ! Terharu ada gelihati pun ada tengok dia bersusah payah nak dapatkan kunci pintu utk mama dia. So sweet Dania Aliesya! Last but not least, Dania masih mix BF. Ni kira aku dah achieve over target utk BF Dania lahh.. congrate to myself! (tepuk bahu sendiri Clap! Clap! Clap!) He he :D
Future to be Iron Chef!
Disebabkan selama ni dah puas beli all those boys toys - Types of Car, robot, bike, gun etc.. ni 1st time aku belikan so girlish - cooking set toys untuk Dania. Memang seronok kalau tengok & melayan dia main cooking setnyer.
Mana taknyer, kekadang kalau aku dah ready nak masak, ikut angin kekadang Dania bila nampak aku sarung apron je terus menangis.... meraung-raung sampai terduduk2 suh aku bukak apron tuhhh sebab nak suh layan dia BF or just hugg & dukung diaa. Senang citer aku belikan 1 cooking set, bila aku masak dia pun 'tolong masak' jugakkk kat sebelah baru lah senang nak handleee heheheheh



To Dania, Mama & Papa were so enjoyed & most happy to observe how you growing up every single second! Moga menjadi anak yang cemerlang dunia & akhirat!
NEW GADGET
Aku memang addicted snap piccas... (sifat khas seorang blogger bak kata Farah Amoi). Hobi yg dah berbelas tahun kott! Bezanya dulu camera pakai filem, dah print baru bleh tgk gambar. La ni semua dah pakai digicam. Gambarnye tak nampak tapi sedar2 dah beribu2 lemon. Tapi , hobi yg dah berbelas tahun ni masih tetap tak menjadikan aku seorang photographer professional he he. Jauh panggang dari apilah org kata. Maklumlah setakat buat koleksi peribadi je kan hua hua hua! Walaupun begitu tanpa aku sedar HDD PC aku pun dah nak meletup simpan semua photo yg aku snap... tak kisah even quality just utk own collection je pun. Yang penting sentimentel value yg terpapar kat gambar tuh! Aku pun naik fenin mana nak simpan gambar2 yg dah berpuluh-puluh GIGA nih! Last-last ZASSSSSS......!!! Tanpa aku sedar aku dah bawak balik sebijik External Harddisk 1 Tera Byte which means equal to 1000 GIGA BYTE!! Terus lengang HDD PC aku... lega sket kepala.. heheheh
YANG CUTE

Aku sebenarnya singgah 7 Eleven nak beli barang lain. Ternampak plak benda alah kat bawah nih! Kicap 3 perasa dalam satu kotak. Sizenya alahaiiiiiiiiiiiiiii.. comellllnyerrr! Tak pernah plak aku jumpa sebelum ni. Isipadu 60ml.. aku terus sambar bukan sebab nak kicapnya, tapi sebab ke'comel'annyerrr! Tak cecah tinggi sebiji teko pun. La ni masih ada kat rumah jadi bahan perhiasann... wakakkaakkaak!

SUSHI KING RM2 BONANZA is backk!

Last but not least, to sushi lovers.. jangan lupa serbu SUSHI KING for RM2 BONANZA PROMOTION starting from this coming 13th April to 16th April 2009! Bestttnyerr!! Bestnyerrrr!!! Nyumm! Nyummm! Nyumm!!!! Boleh makan sampai lebammmmm!!! hehehehhehe

April.. bulan membayarr cukai.. sudahkah anda?
Other options is convert your PCB to potongan Zakat so that rasa lebih ikhlas and redha disamping menunaikan rukun islam ke-5 he he he! Anyway here is some good info from The STAR.
For detail please go to:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/15/focus/3485231&sec=focus