14th Dec
Bangun pagi tengok Abang bersiap.
Aku : Gi mana tu..?
Abang : Nak gi jogingg
Aku pun bangun ikut bersiapp
Nak ikut Abang gi jogingg gaaaakk.
Danish & Dania masih lenaa.. ZZzZZZZZ
First time sarung sport shoes kat umah.
Selama ni sport shoes pakai utk gi fitness class kat company jekk
tu pun floor berkarpet. So first time sport shoes aku turun padang.. huhu!
Moralnya apsal selama ni aku tak pernah ikut Abang gi joging ekk..?
Sebab selama ni tak ada orang nak tengokkan budak2 kat umah... hehehhe
So selagi bibik ada ni ada la chance nak ikut Abang berjongging.. best jugak
ek pagi2 ambil udara segar. Selalunya pagi minggu aku kat dapur aa buat breakfast
moralnya hari ni sambil jogging sambil beli breakfast! kwang kwang kwangg!

Tengahari pulak bertolak ke Seremban attend wedding Ezwan.
Tahniah to Ezwan! Kecil molek je wife nyer.
Anyway semoga berbahagia hingga ke Akhir hayat.
Tak lupa kpd Pn. Raja Azian, bekas guru disiplin aka mentor
sekolah aku dulu diatas Majlis anak sulungnya aka menantu sulung!
Moga cepat dapat cucu!!!

Balik hujan renyai-renyaii..
dalam kereta Danish main kamera.. tetiba aku sedar screen camera tu tunjuk
progress bar..???!! Haaaa..??? Aku panik terus switch off camera.
Check balik gambar keluar error - Nothing to display..??!!
Semua gambar2 Annual Dinner malam semalam ada dlm camera tu??!!
Arrghhhhh...! Biru mata hitam ku sekejapp..
Memang benganggg gilerrrrr.. argggghh!
Terus aku merajuk dengan Danish dan tanpa sedar laju je
tangan aku mencubit Danish geram!!
Danish terus menangisss.. aku dah bengangg..
Aku suruh Danish tengok balik camera tu sendiri check ada gambar tak
Dia cari tak ada jugakkk.. Danish mula sedar situasi walaupun tak paham
sepenuhnyaa
Aku terus merajuk dan Danish mula memujuk..
'Sorry Mama.. sorry...!' Ujar Danish sambil menghulur tangan meminta maaf.
Buat seketika aku cuma tengok je Danish tanpa reaksi. Masih gerammm
'Salam laaaa.. tak baik cam tu' Abang yg tgh drive pulak pujuk akuu
Baru aku tersedar dan sambut huluran tangan Danish.
Tapi aku still tak bercakap dengan Danish.. masih bengang
Danish menangis sampai tertidur
Dan aku pun tertidur.. sebab malas nak fikir
Mula-mula plan nak gi Nilai pun terus aku batalkan sebab dah hilang mood

Sampai rumah aku terus cari PC. Cari recovery software...Masuk
bilik dan install dalam PC dan mula scan SD card camera.
Hampir setengah jam kemudian aku nampak balik semua gambar2 dlm SD card tuh!
Terus aku buat recovery! Naseb baikk boleh recover balikkk!!

Siap recover baru turun bawahh...
Aku : Dah boleh recover!! Jerit aku kegumbiraan!
Abang : Haaa.. baru nampak gigi. Danish tengok mama tu baru nampak gigi Danish! Perli Abang.
He he he.. seb baik bleh recover balik.
Abang : Pakai software apa..? mintak copy?
Aku : Mana lehh.. kena belanjerr laaa huhuhu!

Petang tu mood dah Ok bawak Danish & Dania jenjalan.. jalan kat depan2 rumah je la
amek angin petanglepas hujan.. huhuhuhu!
Petang
Aku dah kat rumah
Abang lak still on the way
Call dari Abang masuk
"Siap-siapkan budak2. Malam ni kita keluar"
Sebaik je sampai rumah
"Abang nak belikan baju Adidas. Tapi kena beli hari ni jugak.
Lambat-lambar karang sedar2 budgetnya dah leburrr...
Jom kita pergi Sunway Pyramid. Kat situ ada butik Adidas kan?"

Aku dengan sengih sampai ke telinga bersiap nak keluar lepas maghrib tu.


Sampai Sunway terus cari butik Adidas.
Ada 2 butik Adidas kat Sunway ni
i) Adidas Original ii) Adidas performance.
Abang bagi spec - Bajunya Abang nak kaler hitam lengan panjang
Aku angguk je, orang nak bagi..hhuhu
Cari kat Adidas Original tak jumpa shirt long sleeve.
Kalau jackat or sweater tu banyak la
Pergi Adidas Performance pusing-pusing tak jumpa gak. Agak
payah nak jumpa shirt Adidas long sleeve. Setakat koleksi yang aku
ada semua short-sleeve je.. cari punya cari jumpa la Long sleeve pink kaler
jalur hitam.. tunjuk kat Abang - Abang pun kata OK.
Pada aku OK sangat sbb boleh la aku geng ngan Dania kaler pink huhuhuhu!



Lepas cari baju terus pusing cari tempat makan.
Pergi A&W sebab nak float dia and ada menu Hawaian chicken!
Aku suka Hawaian chicken sbb ada nenas! nyum nyum!
Danish & Dania dapat beg A&W sorang satu...

Lepas makan perut kenyanggg
pusing2 cuci mata terus balik
sampai rumah dah pukul 11:00++ mlm
letihhhhhh.......

Anyway, terima kasih banyak-banyak Abang!
Moralnya Abang baru dapat duit 'training'..
Susah-susah je hu hu !



Annual Dinner 2008
Summit Hotel, Subang
13th Dec, Saturday
Theme : Cultural Night
Artists : Aza Elite & Zul Handy Black


Macam tahun-tahun sudah gak Annual Dinner akan ada acara2 seperti berikut
- Speech, makan2, Long service award, Project achievement award, entertainment, best dress, etc and yang paling best Lucky draw (kalau menangg la!) Bab dressing ramai gak staff yg sporting2 pakai baju traditional - Sari, kebaya, cheong sam, korean traditonal, kimono termasuk la jubah arab baik yang lelaki atau perempuan! Aku..? Dalam kekalutan nak amek JLPT tu sempat gak la sambar sepasang baju yang aku cari tak sampai sejam! Sebab aku pun tak sempat nak fikir tu pun seb baik aku tergerak ati gak nak cari sehari sebelum Dinner amal Yayasan lastweek. Sekali acu boleh terus zasssss! (uhukk!)

Tahun ni aku tak join comittee so bleh la chit chat & enjoy makan2 as a guest. Apa yang best tahun ni pada aku ialah Lucky Draw. Grand prize 32" LCD TV !! Tapi the last top 10 prizes tu everytime MC sebut satu digit je semua orang dah menjerit2 excited!
No bertuah aku ialah - 0364 pada malam tu.. Tahun ni julung2 kalinya Local manager
buat collection and purchase SONY MP4 player! As well as Japanese Manager akan contribute SONY PS2. No prize SONY MP4 palyer ialah - No. 6. Bila MC announce
0 - 3 - 2 + 2 + 2 = 6... Audience dah gamat berteriak
As the prize is MP4.. the last digit is also no 4! 0364!!!
Tak sangka tengok2 nomo aku naikkk!!!!!! Memang excited abess..
Anyway, Alhamdullillahhh rezeki.. huhuhu!


Tahun ni jugak group aku menang satu project award. Project ni sebenarnya hasil usaha gigih anak buah aku - MLF. Aku cuma support mana yang patut. Sebaik je tahu theme ni menang award aku & boss pakat tak nak bagitau - buat suprise la konon dengan harapan malam dinner tu baru dia suprise bila project ni diannouncekan. Nak dijadikan citer anak buah aku ni dah jadi ala-ala artis vokalist malam tu. Habis persembahan selang 2 agenda baru la sampai agenda Award giving ni. Sekali bila announce Project theme ni aku tengok tak naik-naik pulak anak buah aku ni.. semua orang dah tertunggu-tunggu. Aku pun dah gelabah nak carik dgn ballroom hall yang besar tu mana la nak tau kat mana dia port penyudahnya aku la yg suprise sebab suprise tak menjadik dan aku plak yg naik stage! Iskk iskk iskkk.. anyway hadiah RM1000. Lumayan tuh! Tak lama baru muncul. Rupenya bersiap salin baju dari vokalis bertukar jadi pengantin lelaki berbaju songket!



Artis undangan tahun ni ialah Aza elite & sape tahh.. overall OK gak dinner tahun ni sebab balik tangan tak kosong! huhuhuhu!

**********************************************************
Fact
Annual Dinner
2003 - Vocal - Natsu Matsuri & Motto - RM70 Voucher
2004 - Lucky Draw : Blender
2005 - Lucky Draw : Kipas Angin Panasonic
2006 - 5 years Long service Awards - Loket Emas 6g
2007 - Best Dress - Perfume set Raplh Lauren
2008 - Lucky Draw : Sony MP4 player
Project Achievement Award : RM1000 cash

Syukurrr Alhamdulillahhhh......