Assalamualaikum....

Ahaaa.... weekend lepas tetiba teringin nak minum Coconut Shake gara2 sorang member yg upload gambar Coconut Shake Klebang uhuhuhu! Kebetulan dalam bulan lepas ada perasan satu gerai jual Coconut Shake baru di buka berhadapan Tesco Extra Bandar Bukit Puchong. Petang tu ajak Abang gi gerai tu la konon...

Petang tu siap2 kul 5++ ptg bertolak dari rumah. Malangnya bila sampai tengok gerai tu tutupp! Maklumla masa tu cuti ganti Thaipusam kannn uhuhuhu. Terus la google Coconut Shake terdekat...
Makcik Google kata 
"Pergilah kau ke Taman Warisan Putrajaya.. di sana ada gerai jual COCONUT SHAKE! "

OHohohohoho!!! *ok itu hanyalah imiginasi penulis semata2*
So terus la kitaorg drive ke Taman Warisan Putrajaya.
Nak ikutkan aku ni tak pernah pun merasa lagi Coconut Shake ni...
yg glamer sangat org dok post kat blog ialah Coconut Shake Klebang kan.
tapi aku pun tak pernah sampaiii... hatta Klebang tu dlm peta kat mana pun aku tak tau 
cuma tau letakknya di Melaka je uhuhuhu


Sampai2 je TWP terus nampak stall jual Coconut Shake! Terus Abang order 2.. 
untuk Mak Buyong & tuan punya badan uhuhuh. Maka dengan lafaz Bismillah....
"Gluk gluk glukkk.............!" Tu diaa... macam tu rupanya rasa Coconut Shake
pujaan ramai ni... memang rasa air kelapa lemak manis berkrim di campur rasa eskrem Vanila tuu!
Perghhhh sedap jugak laaa walopon orang kata tak sesedap Klebang marii..
al-maklum aku pun tak pernah rasa Klebang version so yg ni pun pada aku pun 
sedap jugakkk.. bleh la wat geli geli tekak Mak Buyonggg! uhuhuhu


Ok selain dari Stall minuman.. ada stall2 yg agak panjang queue nya iaitu
stall Nasi Ayam dan stall Roti John



Tu dia stall Unan Roti John. Since sekadar lepak2 minum petang so 
Abang order Roti John utk layan tekakk


Ada kaunter2 lain yg menjual pelbagai lagi jenis juadah, nasi campur, kuih muih, minumannn...
jenis2 Mee dan sebagainya


Restoran Sate Kajang Haji Samuri pun ada...


Abang order jugak sket

Aha... Roti John untuk di bedalll


Dhiya yg baru 'dapat kaki' plak sibuk praktis jalan ke hulu ke hilirrrr


Danish macam biasa... tak kira masa asal lapar mesti cari 
Nasi + Samball.. sambal tu pun dia komplen tak sedappp..
pergi mana pun mesti cakap nak sambal macam kat rumah uhuhuhuhuu









Anak dara sorang ni pulak terbalik sket ngan Abang dia.. nampak nasi macam nampak beras tak masak kottt..susah betul nak suh makan makanan rujii... kalau Sate or benda2 kudapan suka la sangat uhuhuh


Anak dara kenit ni jangan cerita plakk.. paling advance antara yang lain.. umur setahun jagung dah makan macam2 benda... semua benda dia nak ! Memang pantang nampak orang menguyah.
Of course sbb pengaruh Abang + Kakak yg dah makan macam2 kann..
nampak orang makan tau datang dekat mintak "Nakk!! Nakk!! Nakkk!!"
Dah pandai berebut sarapan ngan Abang kakak pagi2 sebelum nak gi school! uhuhuhuh


 
Opsss... tuan tanah pun nak tumpang sekaki ehehehhehee.
Mama Papa yang steady layan anak2 makan ehehehhehee.


Dah kenyangg ok bleh la gerak balik rumahhh... silap hari bulan dinner tak yah masak dah hohoho!!!


Dhiya jalan terkedek2 baru dapat kaki hihihihi

Last but not least.. sempat lagi posing anak dara sorang nii...
Kempen KEEP SMILING gituhh!!

Al-kisahhhh!

Assalamualaikum....

Last weekend Abang propose nak buat acara makan2 sambil berBBQ kat umah.
Dah lama rasanya tak berkumpul dengan adik beradik belah Abang.
Maklumlah tahun lepas asal hujung bulan banyak balik ke Johor menghabiskan 
masa bersama Arwah Atuk....

Makanya seperti yg di schedulekan, hari Sabtu tu semua adik beradik 
Abang berkumpul kat umah. Pagi Sabtu tu awal2 kitaorg dah jejak Pasar Borong
Selangor beli bahan basah.


*owh sila abaikan diriku ini yg semakin Chubby. 
Baby dalam perut nak masuk 33 minggu suda uhuhuh*


Balik pasar terus mula acara perap memerap.
Aku plak first time nak buat Coleslaw & Mashed Potato + kuah gravy...nyumm!!
Tu dia 2kg kentang dapat sebekas mashed potato... & sebijik kobis dan sebatang
lobak dapat sebekas Coleslaw.


Then macam biasa Sup Tulang WAJIB ada..!
Air tangan aku jugak ehehehehe


Tak lupa sambal kicap tuhhhh..!


Mak Teh pulak bawak Laksa Penangg.. nyumm!!


Petang tu para hero hero dah start bakar arang dah bakar apa2 yg patut..
lepas maghrib acara pun bermulaa.. yeaaahaaaaaaaaa!!



Udang XXL di import oleh Pak Lang dari Banting


Sotong segar, Pasar Borong mariii


Tukang bakar masih gigih membakarrr..


Terubuk bakar...! memang meletop! Lemak manis berkrim dagingnyaaa.... slurpppp. Kena rajin je la buang duri uhuhuhu


Peace peace jugakk.. Mak Buyung dah lapar ni tak sabar nak membedal ehehehehhe


Sessi membakar Sotong


Anak-anak sedara yang keriangan bermain sambil menunggu' mangsa2 kebakaran' hohoho


Siap buat port kat Playground


Udang2 yg sedang di bakarr... fuhhhh!!

Ketamm.. pun di import oleh Pak Lang dari Banting


Tu diaa siap sudaaaa.. 
Cencaru bakar, Ayam bakar, kerang rebus & Sambal Cical (sambal kicap + Sambal asamm)


Kambing slice bakar pun adoo.. nyumm nyummm!! 
Malam ni masing2 mmg lupa diri laaaa... say no to DIET hahahaha!!


Udang pun dah siap untuk 'dikerjakan' hohoho!!


Ahaaa... tu dia menu pertama yang aku rembat... Chicken grill + Mashed Potato + Coleslaw bersama kuah gravy..! Walla mmg Marvellouss...! *masuk bakul angkat sendirikk hahahaha*


 Okehh enoughhh introductionn!!
Makanya sessi 'mentekedaghah' pun bermula....!!! Bismillah....!



Dah tak toleh kiri kanan dahhhh



 

Owh ok... pinggan rembatan Mak Cik hehehehe


Mak Teh bawak Cake Chocolate Indulgence @ Secret Recipe sempena bufday Zahraa Balqis.
Happy Bufday Zahra...!! moga semakin comell & cerdas sentiasa...!


Bufday girl potong kek


Laris jugak coleslaw & mashed potato makcik... sukerr suker sukeerr!!!


Sambutan beramai-ramaii..!


Seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai. Macam-macam citer keluarrkannn.
Anak-anak sedara pun ada yang nangis2 tak mo balik punya la tak puas bermain uhuhuhuhu.

Next time kita gather-gather lagik okehh!!
Terima kasih semuaaa...!
Assalamualaikum...

Kali ni nak share satu website yang boleh membantu anda untuk menguruskan kewangan dengan lebih mudah.
Mungkin ada yang sedang tercari-cari pakej yang sesuai untuk membuat pinjaman perumahan mahupun
pinjaman peribadi tak kira atas apa tujuan sekalipun. Mungkin ada yang sedang tercari-cari pakej Kad Kredit yang sesuai untuk di gunakan sewaktu kecemasan atau mencari pakej Insuran kereta ?
Ahaa.. ini dia website yang sangat memberi manfaat untuk tujuan2 di atas.


Website iMoney menawarkan perbandingan pakej-pakej seperti Kad Kredit, Pinjaman Perumahan,
Pinjaman Peribadi, Insuran Kenderaan termasuk Insuran kemalangan peribadi yang di tawarkan oleh bank-bank di Malaysia termasuk agensi-agensi yang berkaitan.

Jika anda masuk ke Website ini, anda akan nampak 5 menu di sebelah kanan :-
CREDIT CARD, HOME LOAN, PERSONAL LOAN, CAR INSURANCE & PERSONAL ACCIDENT INSURANCE.



Next just pilih menu yang berkaitan. Contoh untuk PINJAMAN PERUMAHAN :

Untuk lihat perbandingan interest rate yang di tawarkan oleh pakej , bayaran bulanan serta jumlah interest yg di bayar di akhir tempoh pinjaman, just masukkan figure yang di kehendaki. 
Contoh seperti yang tertera di bawah. Masukkan Figure pinjaman, tempoh pinjaman.

 Anda akan dapat lihat senarai pakej dari bank mengikut turutan.


PINJAMAN PERIBADI :-

Masukkan jumlah yang hendak di pinjam, tempoh, umur dan juga anggaran pendapatan seperti contoh di bawah.

 Tara...!! terus dapat result senarai bank termasuk anggaran bayaran bulanan.


Turut di senaraikan senarai KAD KREDIT.
Mana tau ada yang nak tambah koleksi or nak upgrade
dari GOLD ke PLATINUM ke... kat sini yang penting boleh tau Annual Fee waived
dengan syarat or waived for life. 


INSURAN KENDERAAN


Untuk tahu lebih lanjut, boleh layari iMONEY.MY okeh !