Assalamualaikum..

Aaha.. ramai yg bercuti hari ni sempena Deepavali..
aku pun saje nak wat entry ringkas..

Baru-baru ni TERbeli V-Soy Multi-Grain kat 
convinie store kat Ofis. Sekali rasa terus asyik nak minumm jekk..
lebih2 lagi kalo buh dalam peti.. sejuk2 tu minumm..
glukkk glukk glukkkkkkkkkk..sedapppnyerrrrrrrrrrrrrr!!!

kat Ofis aku dia jual RM4.50 sekotakk..
ari tu aku jumpa kat Mydin RM3.80 jekk..
kat kedai runcit biasa RM4.20. 
Barang samaaa... lain tempat lain rega isk isk isk.
Tu la yg Abah aku dok komplen bila duk kat umah aku...
barang sama leh plak harga tak standard katanya.. huhuhu


Ni motto V-Soy Multi Grain ni..

Fall in love with our latest innovation, with the unique blend of V-Soy’s signature rich & smooth taste and delectable multi-grains including purple brown rice, black sesame, barley and malt extract. 
URL : V-Soy

Dia ada bijirin tambahan dalam air soya ni..
rasanya jadi pekat.. lemak... bila di minum sejuk2..
hmmmmmm sedap banget dehh!!
Tak caya try la minum sekali.. mesti terhingat-hingatt! ahahahahaha


Assalamualaikum..
Ahahaa.. .sorry sesangatt.. tak sedar berapa hari 
dah tak berupdate blog nih.
Sedang kebusy'ann..
Sabtu Ahad lepas pergi Penang ambik
Emak & Abah yang jaga adik berpantang.
Malam tadi lak bawak derang gi dinner kat luarr..
Dania plakkk demammmmmmmm...

Anyway nak update skett..
Masa Mak & Abah baru sampai Puchong,
terus ajak lepak pekena Bihun Sup Utara dekat
tepi 'tasik' dekat2 ngan  umah..
order 5 bowl semua licin! ngahahahah

Hari ni baru terhegeh2 dapat tengok blog.



Suka lepak sini petang2 sebab suasananya yang nyamannnn...
lake view la katekan.. ramai orng mancing kat bawah tuhhhh

2 beradik yang paling berselera makann..!
kedai ni pun dah makin upgrade. Dulu air segera yg dah siap 
bancuh je ada.. laksa & bihun sup
la ni dah boleh amek order utk buat air panas/ais.
Menu ala carte pun ada.. caya la..!


Slurrrrrrrrppppppppppppppp  nyum nyum!!!




Masa ni sihat je lagii.. tau tau petang semalam badan dia start panas dahh..
cian anak Mama. 
Esok Deepavali kitaorang balik kampung.. sambung cuti khamis, Jumaat.
Sabtu ada Konvo adik Ipar kat UTHM plakk.. lepas tu terus ke Pahang
ada kenduri kawen...
minggu yang busy busyy dan busyyyyyyy!

Ok korang.. selamat bercuti esok..! take care yekk!!
Warga Afrika berkeliaran di sekitar rumah kedai pada waktu malam di Mantin, Negeri Sembilan, semalam.


Sumber : Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Seramai 138 warga Afrika yang merupakan pelajar di kolej swasta di negara ini telah ditahan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini kerana terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa yang mengakibatkan kerugian mangsa sebanyak RM940 juta.


Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan jumlah kerugian mangsa itu meningkat berbanding RM731 juta pada sepanjang tahun lalu dengan seramai 196 warga Afrika ditahan.
Kesemua mereka merupakan penuntut di 19 buah IPTS di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, kemasukan pelajar itu ke negara ini juga dipercayai telah diatur oleh sindiket warga negara tersebut hasil siasatan yang dijalankan pihaknya.
"Apabila ditahan suspek memberitahu mereka pelajar jurusan diploma dan ijazah namun terdapat dalam kalangan mereka tidak tahu membaca apatah lagi menulis.

"Dalam pemeriksaan lanjut dengan kolej tempat suspek menuntut pula, pusat pengajian tersebut menafikan warga asing terbabit adalah pelajar mereka sedangkan masing-masing mempunyai visa pelajar untuk berada di negara ini.
"Namun siasatan terperinci mendedahkan ada suspek telah memuat pendaftaran sebagai pelajar di kolej swasta dengan menggunakan nama palsu," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini, hari ini.

Beliau berkata, antara jenayah yang dikesan dilakukan oleh warga Afrika ialah penipuan kiriman barang, phishing dan Black Money.
Phishing boleh didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Tajuddin memberitahu, dalam penipuan tersebut penjenayah bukan sahaja menjadikan penduduk tempatan sebagai mangsa tetapi rakyat di negara lain.
"Negara ini dijadikan lokasi untuk melakukan penipuan sehingga melibatkan rakyat di negara lain dan akibat perbuatan itu, nama baik dan keselamatan negara terjejas.
"Malah penjenayah itu juga menggunakan nama agensi kerajaan, bank dan rakyat tempatan sebagai alat dalam melakukan penipuan," ujarnya.

Katanya, dalam siasatan JSJK sebelum ini pernah mendedahkan seorang daripada penjenayah warga Afrika berjaya membina sebuah hotel dengan kos jutaan ringgit di negara mereka hasil wang penipuan.
Menurutnya, kebiasaannya penjenayah dapat membina rumah bernilai jutaan ringgit dan hidup mewah selepas melakukan penipuan sepanjang tempoh 'belajar' di negara ini.

Baca lagi :

Dadah: Pelajar Afrika catat jumlah tangkapan tertinggi