Assalamualaikum..

Masih berada di Bandung meneruskan Misi membeli belah yang tak 
berapa nak terbelah.. hari ni 3 tempat utama utk di jejak.. kononnye lahh.
Rumah Moda, Cihampelas & Pasar Baru.. tapi sempat ke nak jejak 
semua tuh wallahualam ekekekekek.

Anyway nak update Complimentary light meal kat DOME, Gleaneagles KL hujung 
minggu lepas selepas kita orang terjebak ngan wellnes program eheheh.
Tapi InsyaAllah.. apa yang kitaorang subscribe tu akan beri benefit pada kitaorang.
So habis briefing dapatlah Voucher ni sorang satu. Kebetulan dah petang 
terus turun dah singgah makan.. huhu

Lama tak jejak Dome nih.. bila ntah kali terakhir aku pun tak hingat sudah.
Kalau tak dapat voucher ni pun lom tentu singgah uhuhuh.
Voucher ni bernilai lebih kurang RM35 gak setiap satu..
2 dah RM70 uhuhuh




Menu yang kitaorang order.
Bolognaise Pasta + Spicy Chicken Mushroom Pasta



 Macam biasa gambar dalam menu lebih indah dari rupa.. uhhu. 
Nasib baik sedapp@lapar.. licin 2-2 huhu






Okeh.. dah kenyang terus balik rumahh... 
Assalamualaikum...

Hari ke-2 berada di Bandung. Alhamdulillah.. memang rezeki kami.
Walaupun tiket sudah di beli dari tahun lepas.. elok sebulan sebelum 
bertolak, WORLD LARGEST Indoor Theme Park iaitu 
Trans Studio yang terletak betul-betul di Bandung 
telah rasmikan dengan jayanya..! Ehehehehe.
Baru-baru ni pun Majalah 3 ada buat liputan.
Terus kitaorang letak Trans Studion dalam itenerary! 
Danish memang dah excited nak pergi situ..! huhu


Rombongan kali ni pergi dengan geng2 ofis mate Abang. Hanya kitaorang yang
bawak anak.. yang lain memang tinggal anak sebab pergi utk shopping semata-mata.
So nya bila Trans Studio ni di buka dan kebetulan terletak di BANDUNG pula,
hanya 11 km pula dari hotel kami menginap,
maka ada la jugak tempat nak bawak budak-budak ni berjalan..! 

Jom kita tengok dulu apa ada kat Trans Studio.

Antara tarikan utama : 

THEME PARK

Studio Central

Magic Corner


The Lost City


The map

Yang bestnya ianya merupakan Indoor Theme Park.
Jadinya pengunjung tak terdedah dengan panas & hujan..
dalam aircond sepanjang masa.. senang & selesa nak bawak 
budak-budak berjalan.. he he.

Selain tu semua transaksi menggunakan Mega Cash dan bukan 
wang tunai. Lebih selamat..


Harga tiket 

Isnin ~ Jumaat : Rp. 150.000,- ( RM 53.00)
Sabtu, Ahad, Cuti umum : Rp 200.000,- (RM 70.00)

Harga tiket termasuk tiket utk kesemua tarikan berikut :

20 Wahana yang dapat kamu nikmati adalah :
  • Trans City Theater
  • Yamaha Rolling Coaster
  • Giant Swing
  • 4D Simulator / Marvel
  • Vertigo
  • TransCar Racing
  • Si Bolang
  • Trans Broadcast Museum
  • Trans Science Center
  • Trans Movie Magic
  • Jelajah
  • Kong Climb
  • Sky Pirates
  • Amphitheater
  • Black Heart's Pirate Ship
  • Negeri Raksasa
  • Dragon Raiders
  • Pulau Liliput
  • Dunia Lain
  • Special Effect Action

Okeh.. InsyaAllah review nya akan di update bila dah balik Mesia nanti yekk!

Maklumat lanjut boleh layari :

Assalamualaikum..

Akhirnya masa yang di nanti-nantikan tiba juga akhirnya.
Hari ni kami sekeluarga akan berangkat ke Bandung, Indonesia
dengan niat nak shopping raya...! hua hua hua


Orang lain dah berkali2 sampai, kami baru nak jejak uhuhuhu.
Anyway bertolak dari LCCT tengahari ini dan di jangka
tiba pukul 4:30 petang waktu tempatan.


Duit JUTA JUTA...! Ha ha ha.. merasa jadi orang 'kaya' jap
pegang duit juta juta ekekekekekek ~ JUTA rupiah je lah.. huhu.
Harap-haraplah En Card Credit ku akan kekal 'suci'
tanpa goresan kat Bandung nantii eheheheh.
Lepas check in hotel berdekatan Jalan Riau memang
akan terus aktiviti shoppingg!!! 
Harap harap la Danish & Dania tak 'hilang'.. uhuhuhuh!