Salam..

Ada tak terbaca paper hari ni? Pagi tadi berlaku kemalangan dekat Plus Highway. Tambah malang kepada mangsa sebab peti berisi duit syiling di dalam salah sebuah kenderaan tercampak keluar dan terus dikerumuni oleh orang ramai untuk 'dilicin'kann... aduhaii.. kesian pun ada, gelihati pun ada... kesian pada pemilik peti duit tu.. duit dia kee..duit majikan dia ker..duit gaji pekerja kee... duit collection telefone  awam/vending machine dia kee..aduhaiii.. agak-agak dia mintak tak ganti rugi kat kereta BMW yg langgar dia dari belakang tu..?



SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

sumber : Kosmo
Salam..

SET Bilik TIdur BARU Dania..? OPPSsss..!! dalam mimpi je laa.. he he
Baru-baru ni jalan2 kat Mid Valley... lalu Jusco dan ternampak set BILIK TIDUR PRINCESS nih..!!
Wah wah wahh... terus tak keruan Dania di buatnyaa..! ha ha ha.
Kemain posing BAEK punyerr..!




Siap posing-posing depan cermin..!
Cik Abang tak de kisahh.. pergi menukang lagi adaa.. apa ntah dia try betulkan drawer
yg nak terbarai tuh! ha ha ha


Nyaris-nyaris tak dapat tarik Dania keluarr.. huhuhu.
Set ni kalau nak beli full ada la RM 3K - RM4K. Sape2 yang nak pindah rumah kee.. tengah nak deco bilik anak dara ke leh la usha2 set ni. memangg terliur gak omak nye tengok..! 
tapi  bilik tak cukup besar pun nak buh full settt huhu.
Lagipun Dania pun masih nak tidur ngan mamanya ..! 
Danish je yg dah OK leh tidur sendiri dahh.
Bila aku berdialog ngan Dania :

Mama : Daniaa... Dania nak baby takk..?
Dania : Takkk nakkkkkkkkkkkkkkk...!!
Mama : Laa.. Baby kan comellllllllll...! Kan Dania suka babyyy
Dania : Tak nakkkkkkkkkk..!! Dania kan KECHIKK lagii..!!

Haaa.. cam ne tuhh..??? Sah-sah tak nak adik la tuhh. Dah nak masuk 4 tahun masih perasan' kecikk....!!' 
Aduhaii.. memang manja terlebih anak dara ku sorang ni huhuhu.
Salam..
Hari ni media melaporkan, seorang peguam, Ng Kian Nam telah pun mengadakan dialog memohon maaf di  berhubung isu azan baru-baru ini. Nasib baik dia ambil langkah mohon maaf tu kalau tak memang harus kacau bilau kejap keamanan dek tidak puas hati & protes umat Islam di negara ni.. Harap di jadikan iktibar selepas ini.


Sumber :harian Metro

KUALA LUMPUR: “Saya memohon maaf kepada umat Islam di seluruh negara disebabkan salah faham sebelum ini. Saya sebagai bukan Muslim mengakui tidak memahami antara azan Subuh dan ceramah.

“Saya perlu menjelaskan di sini bahawa merujuk kepada surat bertarikh 21 Disember 2010 yang saya hantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana semua masalah ini disebabkan atau diasaskan oleh satu kekeliruan,” kata peguam, Ng Kian Nam, 31, berhubung isu azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi.

Menurutnya, dia perlu mengaku bahawa sebagai seorang bukan Muslim, dia tidak dapat membezakan antara azan dan ceramah dan mengakui bahawa dia tidak pernah menyuruh dihentikan azan kerana mengetahui kepentingannya kepada agama Islam.

Ng yang menetap di Pantai Hill Park berhampiran masjid berkenaan sejak tahun 2000 itu berkata dia sudah mengadakan dialog yang jujur bersama ketua persatuan tempatan berhubung isu itu.

“Saya gembira kerana mereka memberikan tunjuk ajar kepada saya mengenai ilmu pengetahuan dan pengajaran Islam. Saya menyesal andainya isu ini menyinggung mana-mana pihak khususnya umat Islam.

“Saya berharap kami boleh terus hidup aman dan harmoni bukan saja di Pantai Dalam, malah mana-mana bahagian di Malaysia selari dengan slogan 1Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar, di Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai, di sini, semalam.

Sidang akhbar berlangsung lebih setengah jam itu diaturkan Pejabat Umno Bahagian Lembah Pantai turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin; Imam Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ekram Mohd Yusoff, Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang dan beberapa pemimpin persatuan tempatan lain.

Sementara itu, Raja Nong Chik berharap pihak tertentu tidak mensensasikan isu berkaitan agama bagi mengelak diputar belit pihak berkepentingan hingga mencetuskan suasana tidak selesa di dalam negara.

“Saya difahamkan isu ini sudah menular hingga ke Tenang (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri, Tenang). Kita tidak mahu lagi ia diperbesarkan.

“Macam mana kalau media luar negara juga memainkan perkara sama, seolah-olah negara ini tidak selamat walaupun hakikatnya rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia hidup dalam aman dan harmoni,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sebenarnya mereka buat demonstrasi sebelum ini berhubung isu itu tanpa arahan mana-mana pihak.

“Ini cuma desakan hati kami dan jiwa kami sebagai seorang Islam. Kami geram apabila azan dilarang, tetapi dia (Ng) mengaku kesilapan, kami pun memaafkan dia secara terbuka,” katanya.

Baca juga laporan dari MyStar