Hari ni dah masuk hari ke-8 sejak Hubby pergi oustation. Danish walaupun tak pernah
tanya mana Papa dia *sebab memang belum reti bertanya lagi*, tapi aku perasan sangat lah Danish ni sejak2 papa dia gi outstation sensitip semacam... tambah pulak kalau mama dia tak ada, nampak orang pakai tudung atau orang nak keluar jalan mesti meraung2 nak ikut dan kalau dapat peluk memang kuat giler la pelukan dia tu. Sepanjang papa outstation ni Mak Metua and adik2 ipar temankan aku & Danish kat rumah. Mujurlah ader diaorang,ilang la sket rase 'kehilangan' Danish... Pagi kalau Danish terjaga awal, terpaksa la aku nyorok2 nak pergi kerja. Kalau Danish nampak mama dia masuk kereta tak bawak dia sah2 la dia meraunggg..
Cian Danish, aku dapat rasakan Danish rasa ada sesuatu yang 'missing' and somehow he feel lonely... Then pantang kiter naik suara tinggi sikit nak marah, terus cemik muka & nangiss..!! Sensitip betul....
Tapi syukurlah, esok pagi papa dijadualkan tiba ke KLIA. Terubatlah rindu dendam aku & Danish pada papanyer....
Hari ni hari jadi hubby, tapi yang bestnya hubby tak ada disisi untuk meraikan nye dengan aku & Danish. Hubby pergi mana? Hubby pergi oustation ke Slovakia selama 9 hari bermula dari 5hb sampai 13hb ni. Masuk kali ni dah 4 kali hubby pergi Oustation.Track back history :
1. India : Sehari selepas balik honeymoon * kesian pengantin baru terpaksa duk menumpang rumah housemate lama*.
2. India : Sehari sebelum 1st Anniversarry kitaorang.
Masa tu aku dah sarat tunggu hari.
3. China :Minggu ke-2 Raya Aidilfitri 05* terbantut projek nak beraya hujung minggu*
4. Slovakia : PADA HARIJADI hubby..! Sabor je laaaa.
Yang aku herannyer kenapa la dalam 365 hari setahun organizer selalu pilih tarikh2 penting kitaorang ni suruh hubby pergi oustation... musykil betullll....nande? nande? nande? *why? why? why?* aku sungguh tak fahammm...
Senario : Aku sedang memasak di dapur. Danish yang sedang asyik bermain dengan mainannyer tiba2 masuk ke dapur merengek mintak dukung.
Aku : Papa, mintak tolong Danish ni...
Hubby terus ke dapur & mendukung Danish sambil berdiri disebelah aku perati aku memasak
Aku : What is mama doing ?
Danish : .......
Aku : Mama is cooking
Danish : .......
Aku : Coo - king
Danish : .......
Aku : Coo - - king
Danish : Coo - key..!*sambil senget2 mulut mengayakan bunyi 'key' nyer tuh!
Aku & Hubby : ...pandaiii..!!!!!