Assalamualaikum..
Salam pagi Isnin...!
Ahaa... nak cerita sikit pasal BE yang sedang menari-nari 
dalam akaunNuffnang ku ini.....
Yang kelakarnya, aku dapat BE kat blog yang
 tersangat rendah UV nyaa berbanding dengan blog utama 
aku yang jauh lebih tinggi UVnya berbanding blog tuh .! uhuhuh

Sebenarnya aku ada satu Blog yang dah tak aktif means 
dah tak berupdate. Tak yah la aku bagitau blog yg 
mana nanti korang terjah plakk.. kekekeke.
Info kat situ pun suda expired belaka....
Aku nak tutup dah blog tu TAPI malangnya aku dah 
lupa passwordnya..!! Huwaaaaaaaa...!!!!

Sekarang ni bila tengok BE (Buffer Earning) kat Dashboard
Nuffnang, Eh...!! blog ni pulak yang dapat BE padahal 
bila tengok Weekly UV dia 110 jek nko...!
Average sehari tak sampai 20 UV pon...!! uhuhuhu


Berbanding dengan blog utama aku nehh...
average cecah gak le lebih 200 ++ UV sehari..
*idak le tinggi, tapi lebih tinggi la dari blog2 ku yang lain uhuhuh*
Tak de pulak BE nak melekatt.. harapkan campaign CTR jekk....uhuk!


Yang ni pun lepas aku cash out nuffnang hari tu tak de pun
BE nak sudi nak menari-nari..sadis sadiss...! 
Semua BE yg ada ni utk blog 'tu' semata-mata uhuhuhu.


 Moralnya betul lah. Bak kata Mama Zharfan, blogger sekarang dah cecah 260,000..!!
Nuffnang pun bagi BE random pada mana-mana blog yang bertuah...!
*kecuali blog2 taiko la kan*
So UV tinggi rendah bukan lagi ukuran untuk blog picisan cam aku neh 
sekarang uhuhuhuhu.  So siapa yang dapat BE tu korang memang 
sesungguhnya sangat bertuah okeh..!


Moral of the story:
Renung-renungkan dan selamat berBLOG..!! Ehehehehehe 


Assalamualaikum...

Setelah 6 hari berpuasa, semalam baru la sempat mengasap dapur
untk buat juadah berbuka sementelah Abang 
kena pergi ofis pulak ada prob kena settle.

So nye semalam merajin kan diri buat 
NASI AYAM MADU resepi dari K.HanaMemories.
Sebelum ni pun pernah buat nasi ayam tapi tak pernah
pulak catat resepinya.
Balik tu bila Abang tau aku buat Nasi Ayam Madu,
Abang pun request suh buat kerabu mangga yang sedang berbuah2
kat depan rumah nuu..! ada 5 biji mangga muda gak Abang sagat.
Dapat la bagi sket kat jiran yg lalu lalang tengok buah mangga
berbuai2 kat pokok nunn ehehhehehe.

Lepas tu tambah pulak dengan Tauge Celur ala TCRS gituh..!
Okehh zoommmm...! Resepi cam biasa,
leh usha dari 


Nasi Ayam Madu + Kerabu Mangga + Tauge Celur




Kerabu Mangga fresh dari pokok he he


Tauge Celur ada TCRS. Resepi KLIK SINI.

Di sebabkan cara buat tauge ni tersangat sempoi.. pagi tadi
masa sahur pun buat lagi sekali.. celur sekejap je tau kalau nak rangup!


Memang di jamin licin..! ha ha
p/s: Korang berbuka apakah hari ini..?

Assalamualaikum..

Aha.. Tahniah buat pasangan Mawi & Ekin yang bakal menimang cahaya mata
sulung. Khabarnya sudah pun masuk 7 minggu berdasarkan laporan 
Utusan Malaysia 2 minggu lepas.. jadi nya sekarang dah pun masuk 10 minggu 
usia kandungan beliau. Aku pun tau sebab dengar radio Hot FM pagi tadi huhu.

Setelah menunggu hampir 3 tahun dan 2 kali keguguran, semoga kali ini
Ekin akan selamat melahirkan anak sulung mereka. Tahniah sekali lagi...!




ARKIB : 13/07/2011

Mawi bakal timang cahaya mata sulung

KUALA LUMPUR 12 Julai - Selepas dua kali mengalami keguguran, isteri kepada Asmawi Ani, 30, atau Mawi, Nora’Asikin Rahmat, 32, disahkan hamil tujuh minggu.

Berita baik itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh Mawi yang memberitahu, beliau tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cahaya mata sulung.

“Dua minggu lalu, Ekin disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor.
“Ini khabar gembira buat kami suami isteri yang mendambakan untuk menjadi ibu bapa seperti pasangan lain.
“Namun begitu, dalam menyambut berita menggembirakan ini, saya perlu beringat kerana isteri saya pernah mengalami keguguran, bukan sekali tetapi dua kali,” kata katanya ketika ditemui pada majlis rakaman Raya 1Malaysia Muzikfm di sini, hari ini.

Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2008 dan sehingga kini, masih menunggu untuk menimang anak.

“Saya berharap kali ini Allah memberi kami rezeki dan permintaan kami dimakbulkan-Nya. Soal jantina bayi, saya tidak kisah.
“Bagi saya, apa yang penting, Ekin nanti selamat melahirkan bayi kami dan sempurna sifatnya,” kata juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ketiga.

Katanya lagi, doa peminat amat diperlukan agar isterinya beroleh kekuatan untuk menjalani tempoh kehamilan.

Sumber : Utusan Malaysia