Assalamualaikum...


Ada berita baik kepada sesiapa yang ingin melabur. Kini pencarum KWSP dah di benarkan utk mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 setiap 3 bulan untuk di laburkan ke dana Amanah Saham 1Malaysia. Sebelum ni Pencarum dah di benarkan untuk melabur dalam Saham Amanah.. aku pun ada la jugak melabur dlm Public Mutual..ada la sket buat geli geli kann..


So apalagi.. segeralah melabur sekarangg.. ingat.. peruntukan utk masyarakat Cina 30% dah pun habis di langgan..! Bab labur melabur ni memang cepat betul diaorang kan..! Kita bila lagi..?


Sumber : Malaysia Kini


Mulai 25 Julai, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

NONEAS 1Malaysia, iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB), kini disenaraikan sebagai Skim PelaburanAhli KWSP.

Dalam satu kenyataan hari ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, jumlah pengeluaran itu bergantung kepada pengekalan simpanan paras minimum oleh para pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur masing-masing oleh KWSP.

Katanya, tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani oleh para pelabur.

AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.

Peruntukan yang direzabkan bagi masyarakat Cina telah dilanggani sepenuhnya.
Assalamualaikum..

Tahun ni pun dapat jemputan ke Majlis Berbuka puasa di tempat kerja Abang.
Bila bercakap pasal berbuka Puasa kat sini mesti aku teringat Kambing Goleknyer..!
Ha ha..!! Aku tak le gemar sangatt.. tapi kalau pekena Kambing Golek yang 
di import ke majlis ni tetiap tahun memang terhingin nak makan lah..!
Naseb baik tahun ni pun ada kambing golek.. ! 


Kambing Golek di datang dengan tukang golek nyer sekali.. 
siap serve utk di hidang pada tetamu.


Ada cempedak goreng yang di goreng panas untuk berbuka..!
Buah tangan dari kampung Bos Abang.. BAEK punyer..! he he 


Kaum Ibu yg sibuk buka kedai kopi


Kakitangann yang sibuk menyediakan juadah berbuka


Dania yang tak duk diamm bila jumpa kengkawan


Ahaa...!! ni dia Menu kambing golek yang aku tunggu tunggu..!!
Rasanya sedapp.. dagingnya lembutt.. siap kan kuah cicah & salad.. nyum nyum..!
Seb baik ada dalam menu tahun ni.. kalo tak mau ngencess baby
dalam perut karang..! ha ha


Lagi yang sempat aku sambar... Nasi beryani


Satay

Banyak lagi menu lain, Laksa Penang, Mee rebus, 
ABC, Kuih Muih, cempedak goreng panas-panas,
buah rambutan, teh tarik etc.. tak sempat nak snapp sudahhh lagipun
kat ofis orang.. laen la kalo kat ofis aku .. uhuhu


Last but not least... Black Forest cake..! 


Dania ngan kawan baek.. meratah Kek jekk


 Peace...!! Danish dah tak nampak batang hidung dahh.. 
.berlari kesana kesini bila jumpa geng2. 

Yang best lepas maghrib ada acara bermain mercun..!! ho ho ho...!!
Dum dam dum dam..!! memang meriah laa.. 
Bos Abang supply baek punya.. ahahaha. Sporting sungguh..!

Then lepas Isyak di ikuti Solat Jemaah Isyak & Terawih untuk kaum Bapa. 
Kaum Ibu terpaksa la jaga anak-anak yang dah hampir lupa diri sambil
me'ngeteh' dan perabih makanan hheheheheh


Selesai solat.. potong-potong kek. Anak-anak staff dapat duit raya.. 
start mengemas dah kul 10:30 kitaorang bersuraii....
Sekian majlis berbuka puasa pada tahun ini...
Assalamualaikum...

Wah memang masyukk... PM dah pun declare Bonus Raya utk semua kakitangan 
awam.... lebar la senyummm semua penerima tahun ni he he



Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA

FAKTA:
* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.