Assalamualaikum...
AHaa... sekejap je dah hari Isnin. Walaupun terlambat nak ucap gak
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 gojes di luar sanaaa.
Mesti sambutan Hari Ibu semalam meriah kannn walaupun UAI kata
kita sambut Hari Ibu hari harii... bukan 12 Mei saja hihi.

Anyway kebetulan semalam kami sekeluarga pergi bercuti ke 
Gold Coast Morib Resort.


Kononnya beli masa 9th Anniversarry sebelum bersalin hari tu. Konon cari la
tempat yg dekat2 ngan umah takut emergency maklumla dah tunggu arikan.
  Tapi Abang advise suh postpone sebab takut pergi tempat2 licin tu karang 
membahayakan ibu dan baby dalam perut plak uhuhuhu.
Maka akhirnya Sabtu 11 Mei lah baru pergi.

Rasanya ramai blogger yg tau Groupon rajin buat promo 
ke Gold Coast Morib ni. Mama plak pantang tengok resort
yang ada waterpark ni sebab maklum la budak2 ni memang suka berendam kan.
Walopon ramai yg tau nak gak review sket sebab ada member request review
 duk sini hihi. So tumpang iklan jap yekk.

Ok so dalam promo yg Mama beli ni
RM168 2D1N untuk WEEKDAYS
RM290 2D1N untuk WEEKEND.
Both package cuma termasuk bilik, breakfast & waterpark fee for 2 Guest.

So dalam kes kitaorang ni since pergi hujung minggu
Mama purchase under RM290 for Weekend.
Then kena TOP UP Breakfast for kids RM18 / head.
Danish & Dania, yg jaga tu request top up voucher makan untuk 1 orang je.
Then untuk waterpark KIDS RM20/head x 2 orang.
So total 2 dewasa 2 kanak2 berbayar :
RM290 + RM 18 + RM 40 = RM348 
gak la... so tak de la murah sangat jadinyakan uhuhuhu.


OK kitaorang sampai tu dalam pukul 2:00 petang sebab check in  bermula kul 3:00 petang.
Sebelum tu sempat singgah lunch kat KFC Banting atas permintaan anak-anak.


Mama order Hot Box Cheese Zinger burger.
Memang mengidam dari pantang ni ... iklan asyik kuar TV jek akakkaaka.


Lepas lunch baru gerak ke Gold Coast. Sampai2 terus check in dan terus dapat bilik.
Masa tu ada 2 group yang buat Family Day.
Alhamdulillah dapat plak bilik Pool View kat tingkat 4.
Tapi dapat kad kunci bilik ada problem plak tak leh bukak pintu.
Sistem lock pintu memang canggih, pakai swipe kad je isk isk isk.
Terpaksa tungguh stafff hotel plak datang check. So tunggu la kejap kat luar sementara staff settlekan
kad kunci tu sementelah waktu check in pun patutnya kul 3 petangkan.


Budak2 yg dah tak sabar bila nampak waterpark.


Dhiya sempat melepak kat kerusi depan penthouse huhu


Bila dapat masuk bilik je terus terserlah keceriaan Danish & Dania



Kedudukan TV


Ahaa... ni dia view pool dari bilik. Gambar ni ambil keesokan pagi sebenarnya. 
Pool masih belum di buka.


Complimentary drinks


Toilet


Toileteries. Semua ada... sabun, lotion, Bath soap & Shampoo, sewing kit, tooth brush, Shower cap,
Shaver, Cotton Bud bagaiii


Yang paling mengujakan ialah Bath Tub Jacuzzi dialah!
Kan best kalau ada kat rumah satu kannn!


 Disebabkan baru pukul 3 petang, kat luar masih panas terikk... so budak2 berendam kat dalam 
jacuzzi dulu petang tu. Tunggu redup sket kang baru terjun waterpark. 


Tengok Dhiya dah melalak kat tepi tu bila tengok Abang & Kakak dah 
ready masuk dalam Jacuzzi. Nak join sekaki jugakkk!!


Papa tolong isikan air dalam Jacuzzi.


Jacuzzi ni bleh see thru terus dari katil So Mak Pak bleh la pantau anak2 mandi dari atas katil.


Di pendekkan citer sejam lebih gak budak2 ni berendam dalam Jacuzzi.
Akhirnya dalam kul 5 petang dah redup baru la semua pakat turun ke Waterpark.
Petang tu semua pakat nak berendam. So camera, HP semua tinggal dalam bilik je hihi.


Sampai kul 6:30 petang ajak budak2 ni naik bilik.
Sempat tapau Maggi Cup & Bubur Cup. 
Tau la sure kelaparan semua naik dari kolam ni.
Seb baik air kolam suam suam gak so tak de la kesejukan sangatt.


So naik atas tu hadap Maggi Cup dulu alas perut sementara nak tunggu Dinner.
Kat sini ada macam kedai runcit jual makanan ringan siappp.
So tak yah la risauu ... anytime leh gi beli kalo lapar.


Lepas maghrib dalam kul 8 baru siap2 nak gi Dinner plak.
Since Dinner tak termasuk dalam package so kitaorang gi Dinner kat luar lah.
Tempat yg dituju of course la Pantai Morib, 5KM je dari Hotel.
4 Minit dah sampai... memang dekat sangat okehhh.

Ok nak citer pasal 'bau'  seperti yg pernah Mama baca dari blog lain.. 
so far sepanjang kat pool mmg tak ada pun terbau apa2 yg pelik.
Tapi masa maghrib dah naik bilik tu bila buka pintu ada gak la terbau2 gitu tapi tak la
 kuat sangat pun. Mama just ambik towel alas kaki tutup je bawah pintu 
sebab suspek bau tu datang dari arah parking since kat balkoni  yg hadap 
pool aka laut bila buka sliding tak de la terbau apa2 pun.
Since malam pun kitaorg dinner kat luar so tak terganggu pun dengan 'bau' tu.
Malam bila balik bilik pun dah tak ada.


Ok, continue...sebenarnya 2 minggu lepas ada datang sini ngan adik2 ipar.
Makan ikan bakar & seafood. Adik Ipar belanja hihihi.
Kat sini banyak kedai2 open air tepi laut gitu.


Di sebabkan hari tu dah rasa ikan bakar & seafood bagai,  malam ni
kitaorang makan2 ringan2 je. Antara yg di order :
Sate *sedap okehh!*, Tahu bakar (Sotong bakar pun ada), Otak-otak,
Milo Ais, Coconut Shake! *sedappppp!!!!!* dan Abang order Cendol Santan Sawitttt.
Budak dah tak pandang dah menu ni... aku ngan Abang je lah layan. Derang dah sibuk main 
pistol buih kat tepi2 tempat orang main tu huhuhuhu.


Lepas makan ambik angin kat Pantai Morib tu.  Dah di'tebing'kan so tak jejak la pasir pantai..
cuma rasa angin laut Selat Melaka dan bunyi ombak.


Ada playground jugakkk.. lepak sini jappp 


Dah puas makan... puas mainn kitaorang pun gerak balik.
Berehattt sambil tunggu aktiviti Day 2 plakk hihihih


OK sambung cerita lagi nantiiiii.... daaaaaaaaa
Assalamualaikum...

Sekelip mata je dah hari Jumaat... sekelip mata jugak aku dah nak naik kerja...???
huwaaaaaaaaaaa.................!!!!! Patutnya Jumaat depan dah naik kerja tapi aku amek cuti sehari 
so kira Isnin 20hb May ni lah naik kerja ...sob sob!!

Hari Sabtu 4 Mei tu aku & Abang gi Home Dec 2013  kat KLCC
Saje la cuci2 mate. Gi pun naik ERL jek.. budak2 memang tinggal la takut bawak kang 
kecicirann di tengah lautan manusia yg ramai. Dah la 6 hall bukak... aku pun tak sempat nak
round semuaa... penat wehhh huhu



Balik tu cam biasa lahh.. bawak balik se-bag brocure2 produk hehehehe.
Antara yg menarik perhatian ialah Brocure furniture dari Tomato Kidz.
Sampai2 rumah bila Dania jumpa brocure ni... sampai sudah siang malam pagi petang dia beleknya
sambil pilih bed set yg dia berkenann.. kejap yang itu.. kejap yang ini..
rasanya 2-3 hari mula2 tu memang topik yang keluar dari mulut dia
ialah pilihan bed set tu la.
sian plak Mama tengok penuh ngan angan2 dia memilih tuuu uhuhuhu.

Memang cantek2 la.. kalo Mama masih kecik jumpa brocure
macam ni pun sure berangan tak sudah sampai termimpi2 hehe.


Tapi bila tengok harga.. omakaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
range dari RM1299 ~ RM3999..!! Bleh tahan reganyaaa. 
Mama cakap ngan Dania harganya mahalll kena simpan duitttt kalau nak beli.
Tunggu Baby Delisha dah pandai jalan esok baru dapat beli agaknyaaa.
Lagipun tak de tempat nak letak.. bilik Dania & Abg Danish pun dah penuhhh.


update : Mama lak berkenan tang ni

http://tomatokidz.com/store/types/wall-bed-for-small-room


Al-kisah... sebenarnya kitaorang pun dalam process beli rumah sebelah.
Tinggal tunggu urusan bank selesai. Rumah sedia ada dah sempit sangat rasanya..
dah tak tau nak buh barang kat mana dah huhu. Ahli keluarga pun dah makin bertambah.
Alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk memiliki rumah sebelah yang telah kami
idam2kan sejak hari pertama berpindah ke Puchong ni. Alhamdulillah Alhamdulillah...
Jadi Dania pun dengan excited la ajak Mama terus pindah rumah sebelah 
supaya boleh letak bed set dia  Ohokk...!!! 
Dania sayangg.. lama lagi nak boleh pindah ye nakkkk. Kalau singit dua dah boleh 
nak reno minggu ni jugak Mama pindah uhuhuhu. Harap anak2 Mama semua bersabarr yerrrr.



Kelmarin masa Mama ambil Dania & Danish balik sekolah tiba2 terkeluar perbualan :

Dania : Mama.. nantikan kalau kita ada barang nanti orang ramai datang
bagi duit , bagi duit nanti lama2 kita simpan duit tu nanti boleh la Dania beli katil princess Dania

Mama : Owhh.... tu namanya 'menjual'. Tapi kita kena ada barang yang nak di jual.
Cuba Dania tengok orang kat gerai tepi tu.. ramai kan. Orang tu dia masak2.. 
lepas tu dia jual makanan dia, orang ramai datang bagi duit beli makanan dia barulah 
boleh dia dapat duit banyak2.

Dania : Mama pandai masak ke..?

Mama : Mama pandai la masakk.. untuk Dania, Abg Danish, Papa makan. Untuk 
keluarga kita makan.. tapi kalau untuk jual Mama tak pandaiiiii

alahaiiiii... sian Mama tengok Dania mengidammm sampai datang plak idea nak suruh 
Mama meniaga tu suh kumpul duit beli bed set idaman dia huhuhu.
Doa-doa la kalo ada rezeki moga boleh tunaikan permintaan tuan puteri ni yekkk


Anyway malam hujung minggu lepas..  bawak budak2 beriadah kat Dataran Putrajaya..
Sebabnya Sabtu Mama Papa nak berdating, Ahad Papa nak balik Pahang gi ngundi
so bawak la budak2 ni gi malam minggu huhu.


Recently kemain la meriahhh dengan jualan yg pelbagaiiii... kali ni yg terbaru Giant Bubble plak yg 
boleh di sewa dengan harga serendah RM2 yg mana dapat air sabun. Memang besar2 la belon tu jadinya.
Setiap kali gi sini walopon dah bawak beskal & raket badminton tetap jugak duit keluar ... huhu.
Danish tu naik beskal yg baring tu pun sewa RM10 15 minit. Tu pun puas pujuk tak mo dah beli mainan
lip lap lip lappppp yg  bersepah orang jual kat situ kannn.
Kalo tak pantang nampak semuaaaa berkenann.. semua nakkkkkkk huhuhu



Al-kisahh



Salam hari Selasa.. nampaknya demam PRU13 masih belum kebah. TV & Media Sosial masih berbicara analisa PRU13. Bersempena itu nak share satu artikel buat bangsa Melayu .. peringatan dari Tokoh Negara yang saya sayangi dan hormati.




MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel dr Utusan