Salamm...
Ahaa.. kerajaan dah mengumumkan tentang pemansuhan SBPA semalam.
Aku tak tau la apa perasaan orang2 di jabatan2 kerajaan.. 
suka ke sedih ke...
Tapi bagi aku 13% banyakkk tuhh..!
kalau kat kampeni lame, time promoted je baru leh dapat increment
13% tu.. kalo tak memang paras2 hidung gak lerr uhuhu

credit : rakan di FB@ loankerajaan.blogspot.com

Yang pasti bermula 1hb Mac ~ 30th April adalah hari 
untuk membuat taksiran cukai dan submit e-Filing.
Sentap jantung tengok Najib datang untuk perasmian
menara LHDN yang terletak sebelahhhh je ngan ofis aku..
lebih sentap tengok PCB kat payslipp.. uhuhu


sumber: utusan Malaysia 

CYBERJAYA 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan hebat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip cukai bernilai RM109.7 bilion tahun lalu membolehkan kerajaan memperhebatkan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui pelbagai program dan produk.

Perdana Menteri berkata, nilai kutipan yang merupakan 27 peratus lebih tinggi berbanding pada 2010 itu juga membuktikan kerajaan berjaya menguruskan ekonomi dengan baik.
Menurut beliau, keadaan itu merangsang pertumbuhan sektor swasta tempatan di samping memberi keyakinan kepada pasaran luar untuk melabur di negara ini.

"Apabila ada sekolah, kita tidak hanya bina dan bayar gaji guru tetapi segala program kurikulum kebangsaan. Malah, dalam Bajet 2012 kita isytiharkan pendidikan percuma (peringkat sekolah) buat kali pertama dalam sejarah negara.
"Apabila kita sediakan perkhidmatan kesihatan dengan hanya RM1, boleh jumpa doktor sementara dengan RM5 kita boleh jumpa doktor pakar dan bayangkan kos sebenar. Kita hanya kutip dua peratus daripada kos sementara 98 peratus lagi ditanggung kerajaan hasil kutipan cukai," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan ibu pejabat baru LHDN yang dikenali sebagai Menara Hasil, seterusnya melancarkan Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussain dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, kegagalan agensi kerajaan mengutip cukai boleh menyebabkan keruntuhan ekonomi negara seperti yang dialami oleh kebanyakan negara Eropah kebelakangan ini.
"Tetapi kita bernasib baik kerana mempunyai asas perolehan yang kukuh," katanya.
Sementara itu, beliau mengingatkan LHDN supaya tidak bertindak melulu dan menyalahgunakan kuasa dalam proses mengutip cukai ke atas masyarakat awam dan sektor swasta, sebaliknya menggunakan lunas undang-undang sedia ada secara efektif.

Katanya, LHDN perlu melakukan penambahbaikan berterusan dalam budaya kerja, cara, teknologi, pengetahuan dan bidang seperti perakaunan forensik untuk menambah kecekapan agensi tersebut.
"Kepada mereka yang enggan bayar cukai, caranya ialah kita bertindak supaya ada sedikit rasa gerun tetapi jangan sampai mereka kena serangan jantung, bagi berpeluh sahaja," katanya.

buat rakan2 ku di luar sana...
"Selamat membayar cukai dengan penuh 'keikhlasan'.."
uhuhuhuhu
Assalamualaikum...

Ahaaa.. sempena Anniversary ke  8 tahun pada 280112, Selasa lepas,
aku & Abang keluar berdating uhuhuhuhu. Maaf ye anak-anak ku...
Mama & Papa dah beli voucher & Booking utk stay 
kat Bukit Merah Lake Town resort last week
tapi terpaksa di postpone
gara-gara virus AGE dan isu pencemaran air di Perak.
Mama & Papa lebih risaukan keselamatan kamu kamu yee..
InsyaAllah akhir bulan ni kita pergi yekkk ;)

Sebenarnya hari tu jugak Baby Dhiya ada appoitment kat 
Hospital Putrajaya untuk repeat test pendengaran.
Alhamdulillah... result test OK dan Baby Dhiya elok 
je tidur masa buat test.

So masa yang bersisa tu baru lah Aku & Abang kuar dating huhuhu.


Tempat yang di tuju, TGV Sunway Pyramid.


Akhirnya memilih citer Ghost Rider 2 & ambik couple seat he he he


Mak aiii.. couple seat punya la besar. Aku cakap kat Abang, 
lain kali amek couple seat kalu leh bawak anak beranak sekali 
weh! Confirm muatt! hehe



Tayangan 95 minit jek. Abang kata tak berapa bestt.. 
sbb ada melibatkan unsur2 tahyul & kepercayaan kaf alif pa ya ro huhu
Kalau tanya aku..? Asalkan berdua.. tengok citer apa pun BEST!
Ngahahahahahhaa..!! *ayat tak bleh blah*


Deco Chinese New Year yang masih bersisa kat ruang legarr..
Owhh.. sorry yerr.. orang tak ramaii makanya aku jadi model 
tak berbayar ler sambil2 Abang mengetest2 dslr tuh keh keh keh!


Eh ada pulak pameran kat ruang legar tuh ! Cuci mata skett


Untuk Lunch kitaorang pilih 
Ole Ole Bali@ Empire Subang.
Kali ni Abang nak menu yg pedas2.. kalo ikut selera aku
tak Japanese, western la jawabnya ehehehehhe



Okeh model tak berbayar lagik ngeh ngeh ngeh!
Budak2 tak de aku la jadi mangsa.. ngahahahaha
*sila jangan muntah*



Abang order blended Papaya



Aku order Blended Pulut Hitam.. sedapp siot..!!
Selalu blended pulut hitam ni makan dalam 
bentuk 'bubur' or manisan kann


Ni Menu Abang ~ Nasi Campur (Daging).
Dagingnya lebut & sedap! 
Aku suka satay yg di buat dari batang serai tuh.. sedap!
*eh menu aku ke menu Abang ni aku plak yg suka lebih2 he he*


Menu aku ~ Nasi Siap Bumbu.
Ayam nye separuh ! Terkezutt aku besar giler ayamnyerr uhuhuh!


Muka terkejut gediks nak perabeh ayam separuh ekor uhuhuhu


Ahaaa.. baru ada gambar Abang ekekekeke. Kalo tak
memang camera kat tangan Abang kan so 
aku je lah yang jadik model sebab budak2 tak de


Ahaa.. satu shot dari aku eheheheh


Dah habis makann... Alhamdulillahh..!
sempat berFB plak eehehheehe


Dapat gak gambar berdua sebelum balik eheheh


1st time makan Pavlova.
Ada terbaca review kata Pavlova kat Serai yang sedap.
Ada plak Serai kat Empire.. Rm14.80 per slice uhuhuh.
Try beli 1 slice tapau bawak balik sebab tak larat dah 
nak makan kat kedaii.. seeh perut nak ngabiskan ayam separuh ekor tuh  
uhuhuhuhu

Sekiann.. dating kami .. alkisahhh

Assalamualaikumm..

Alhamdulillahh.. setelah bertahun menanti akhirnya Mawi dan Ekin bergelar 
Ibu dan Ayah...! Kelahiran Puteri Sulung yang di berikan nama
CAHAYA MALAIKA amat-amat bermakna sekali.
Uniq dan manis sungguh nama ni.
Plus Comellkan baby Mawi & ekin..!


Credit : Beautiful Nara


Apapun Tahniah buat Mawi & Ekin..!!