Assalamualaikum..

Minggu lepas masa buat follow up check up dengan Pediatrician Danish & Dania
kat Columbia Asia, Dr Priya ada inform this weekend ada
Nutrition Month Malaysia 2011 Carnival.

Semalam Sports Day sekolah Danish balik tu tak larat dah nak keluar,
lepas lunch karang baru berangan nak keluar..


So kepada yang berminat, belum terlambat, segeralah
ke Nutrition Month Malaysia 2011 Carnival  yang bertempat di Mid valley,
23 ~ 24th April 2011.

Maklumat lanjut layari

Jumpa di sana..!!
Assalamualaikum...

"Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan permohonan syarikat Lynas Corporation Ltd  untuk membina sebuah kilang memproses dan penapisan ‘rare earth’ yang diimport daripada Australia di Gebeng, Pahang. Tindakan ini telah menimbulkan bantahan daripada penduduk setempat terhadap projek ini kerana bahan ‘rare earth’ yang bakal diimpot dari Australia itu dikatakan mengandungi bahan radioaktif"


Itu adalah antara petikan dari artikel yang di terbitkan dalam laman web KONSUMERKINI.
Korang pun tentu dah beberapa kali dengar di kaca TV tentang kes pembinaan 
kilang memproses dan menapis 'rare earth' kerana isu ini semakin kerap di ulas 
oleh pihak-pihak yang terlibat berikutan sentimen masyarakat setempat
yang semakin bimbang tentang bahaya sisa bahan berradioaktif ekoran tragedi 
kebocoran bahan radioaktif Loji Nuklear Fukushima akibat gempa bumi baru-baru ini.

Aku pun tak dapat nak mengulas lanjut kerana aku sendiri pun 
bukan pakar dalam bidang ini. Cuma aku nak berkongsi 
sedikit informasi dengan korang supaya sedikit sebanyak
boleh memberi pengetahuan dan kesedaran tentang risiko sisa radioaktif ini.
Aku pun tak sangka Malaysia begitu 'berani' mengambil risiko seperti ini..!!
Klik LINK2 di bawah untuk maklumat lanjut









Secara logiknya, kalau la 'selamat' sangat untuk bina kilang pemprosesan 
dan penapisan 'rare earth' ni, kenapa Mitshubishi Chemical & Lynas
 tak bukak je kilang tu kat negara mereka sendiri...? 
Kenapa susah payah pulak nak bina kat Malaysia dan susah payah jugak 
nak import bahan 'rare earth' tu dari Australia, susah payah 
nak merentas laut China Selatan sedangkan boleh je diaorang 
bina kilang & process di Australia sendiri.. betul tak..?

Yang pasti bila projek ni berjalan, ada lah pihak yang 
'kembung poket', 'rabun mata$$' dan macam biasa, 
akhirnya rakyat dan orang awam jugalah yang dapat 'sisa' 
yang boleh mengancam nyawa dan kesihatan...


Assalamualaikum..
Ahaa.. kali ni nak share satu restoran yang baru di buka di Cyberjaya
iaitu Restoran Mat Ayam Kampung. Sebenarnya ini adalah branch kedua mereka.
Branch di Cyberjaya di terletak di DOMAIN, berdekatan dengan
Restoran Mak Teh, tapi sebelah belakang lagi.


Anyway, apa yang special kat restoran ni dah tentulah
Ayam Kampung nya..! Seketul (bahagian kepak atau peha) RM 4.
Lagi satu ulam-ulaman dan juga segala sambal cecah yang WAJIB,
sambal belacan, tempoyak dan budu..!

 

 Ayam kampung, Ulam sambal belacan, sambal tumis ikan bilis RM6.80

Ikan masak percik, ulam sambal belacan & kerabu perut RM 5.90

Harga perpatutann.. lauk dia pun sedap-sedap.
Kalau sampai kul 12:30 tgh hari memang confirm full dah tempat duduk. Anyway waktu perniagaan dari 11:30 pagi ke 5:00 petang okeh.So kepada penggemar ayam kampung, boleh la cuba makan di sini..!

Baca artikel cawangan Serdang KLIK SINI