Kasih & pengorbanan seorang Ibu.....

Catatan minggu ke 37, memasuki minggu ke 38...

Makin berdebar-debar menunggu hari... kaki dah makin sembap,
perut rasa makin tegangg.. duduk lama2 pun dah cepat je sakit pinggang..
duduk kat lantai kalu cepat pulak 
kena semut-semut, moralnya pergerakan semakin terbatas...
silap gerak pun senak perutt.. serba tak kena rasanya uhuhuhu.
pili singki tu pun dah tak berapa sampai dah tangann.. 
kena menopang siku plak kalo nak basuh pinggan kalo tak sakit pinggang 
nak membongkok kat singki. Moralnya dapur pun dah makin kurang berasapp.. uhuhuhu.
Tidur dah kena ada 6 biji bantal untuk aku sorang..
 bantal kepala 2, bolster 2 (kiri kanan), bantal kaki 2
untuk kurangkan sembap kaki...  
jalan pun dah terasa seperti Penguin pulan ke sarangg.. ngahahahaha!

Check up minggu ke-36 temporahari, 
berat aku naik 3KG dalam masa 2 minggu compare dengan 
timbang masa check up minggu ke-34. Tak pasal-pasal
kena minum air gula kali ke-2 uhuhuhuhu.

Sebenarnya nak share Baby Birth Video dari
babycenter.com. Aku pun dah berapa kali tengok.
Tapi la ni tak available plakk..
esok-esok kalo rajin korang masuk la link ni yekkk
Inside pregnancy : Labor & Birth



P/S: Di kesempatan ini, sekali lagi Izan nak ambik kesempatan 
nak minta maaf salah silap kat semua para readers, bloggers, kalau sepanjang Izan 
bersiaran ni  tanpa sedar ada terkasar bahasa, tersilap gurau, 
terover komen dan yang seangkatan dengannya sepanjang
kita beramah mesra kat dunia cyber ni kann...

Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan yekk!!
Amin...!!

Assalamualaikum..

Ahaaaaa... ramai ke yang kerja ari nih..?
Ku sekeluarga sedang melepaks2 di rumahh 
sambil menyambut bufday Sultan Selangor ngeh ngeh ngehh..!!

Meh cuci mata skett...
A Princess in the making.. *verangan*.
Lately kan kat Disney Junior asyuk kuar pasal 
Disney princess.. Princess Rapunzel bagaii..
Dania  asal keluar je princess kat TV sibuk 
order.. kat pergi kat situ lah, nak aksesori princess
macam dalam TV la isk isk iskk...

Kelmarin gi makan2 kat Seoul Garden IOI 
kebetulan ada plak booth utk kids photography pakai costume nih..
terus je la suh Dania ON jadi princess ekekekekeke

Suker la tiew..!!
Gambar minggu depan baru siap & boleh ambik.
Nanti ku upload lagi yekkk.. 
Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn




Yang kelakar balik siap tanya.. mana baju Princess yang di pakai tadik..?
Baju tu baju pinjam je la Yanggg... tak leh bawak balikk.. kekekeke
Al kisahh.. 




Sumber : Berita harian

KAHERAH: Seorang ulama yang tinggal di Eropah menasihati wanita supaya menjauhi pisang atau timun dalam usaha untuk mengelak sebarang pemikiran seksual. 

Ulama yang tidak mendedahkan nama itu berkata jika wanita mahu memakan makanan berkenaan, pihak ketiga seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti bapa atau suami perlu memotongnya kepada kepingan kecil dan menghidangkan kepada mereka.

“Buah-buahan atau sayur itu mempunyai bentuk seperti kemaluan lelaki dan boleh membuatkan mereka memikirkan mengenai seks,” katanya yang dipetik laman berita el-Senousa.


Beliau berkata sayur seperti lobak merah dan zucchini turut disenaraikan sebagai makanan yang dilarang kepada wanita. 


Ulama berkenaan ditanya bagaimana untuk mengawal wanita apabila mereka keluar membeli belah barangan runcit dan jika membeli barangan ini di pasar akan memburukkan mereka. 

Beliau menjawab bahawa perkara itu adalah urusan antara mereka dan Tuhan. 

Ditanya mengenai apa yang perlu dilakukan jika wanita dalam keluarga menyukai makanan terbabit, sheikh berkenaan menasihatkan supaya makanan itu dipotong di tempat yang tersembunyi yang tidak boleh dilihat wanita berkenaan sebelum diberikan kepada mereka. 


Pendapat berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam terutama di talian apabila beratus-ratus komen dilihat sebagai mengejek ulama itu. 

Seorang pembaca berkata pemimpin agama seperti ini memberikan nama buruk kepada Islam manakala komen lain berkata ulama berkenaan perlu berhenti dari jawatannya dengan segera. 

Pada masa sama beberapa pihak mendakwa ulama terbabit sengaja cuba meraih populariti tetapi tiada sebarang kenyataan jawapan daripada ulama terbabit. – Agensi 

P/S: Opsss.. aku tersangat speechless baca artikel nih. Nak tergelak pun ada...  
sampai ke situ pikirnyerr ulama nih.??? Macam dah tak ada benda lain nak pikir... 
 Memang patut  letak jawatann....isk isk iskk