Assamualaikum...


Baru perasan.. dah metered dah buffer earning Digi Opera Mini LB ni...
Dapat lah seposen dua buat geli geli uhuhuhu.


UV di minggu terakhir ketika buffered earning masih menari-nari. 
Maklum je la kan blog pun cap 3 ayam, tu pun dah kira syukurr...
terima kasih kepada readers yang sudi singgah sini uhuhuhu


Dapat 3 buffer earning dari Digi tahun ni.. yg memula tu 
tak sampai 50 sen dah buffered uhuhu.
Yang lagi 2 baru le cecah paras RM10 uhuhuh


Anyway terima kasih kepada En Nuffnang kerana sudi tepek BE kat blog saya nihh..
Terima kasih daun keladi.. kalau sudi tepek lah lagi..! 
HE HE HE
Assalamualaikumm...
Ahaa... semalam ada buat last minute entry pasal
Nutritious Month Malaysia 2011 Carnival yang
berlansung di Mid Valley, 23~24th Apr 2011.
Terima kasih sangat2 kat Pediatrician Danish & Dania, Dr Priya 
sebab share information ni dengan kitaorang.

Kalau nak tahu sejak akhir-akhir ni setiap kali makan Danish akan tanya  apa yang
dia makan tu, apa nutrisi or khasiat makanan tu, apa kebaikannya untuk tubuh badan.
Contoh kalau makan Carrot, bila kita kata Carrot bagus untuk mata,
 jap lagi bila dia makan carrot, siap bleh request carrot mentah
potong 2-3 inci tu terus komen 
"Woww.. mata Danish dah nampak sampai jauh!"
Kalau minum susu pun dia akan komen,
"Susu bagi kita kalsium kan.. bagi tulang kita kuat!" 
Sampaikan ikan bilis yang dia tak suka pun bila malam tadi aku buat
sambal kering ikan bilis + kacang tanah & Danish tanya ikan bilis tu bagi apa..?
Abang pun terangkan khasiat ikan bilis dan Alhamdulillah
Danish pun nak jugak makan sikit-sikit
walaupun sebelum ni dia akan asing ikan bilis tepi pinggan. 
Then bila habis makan Danish akan 'report', "Energy nasi Danish dah full, 
energy sayur Danish dah FULL, energy fruit Danish je belum full lagi " uhuhuhu.
Tu bila cerita pasal Danish yg suka bertanya pasal khasiat makanan kat DR Priya
 then Dr Priya pun share pasal info carnival nih. Memang BERBALOI-BALOI pergi..!!

Anyway nak share sedikit gambar2 yg sempat di snap during the carnival.

Danish & Dania dengan Maskot Coco Crunch

Booth pertama yg kitaorg singgah. Booth Vitagen. Danish main 4 game
kat sini.



Dengar penerangan utk lawan 'tennis' hehehe

Papa explain kat Danish pasal khasiat Makanan.

Dania pun cuba game kat booth ni. Dapat Eskrem Mat Kool FREE..!

Maskot dari Nestle

Di booth Gardenia.Dapat roti Breakthru yg di distribute percuma. 
Kalau dapat jawab soalan, dapat roti wholemeal tu percuma juga.



Ni antara booth yg penting jugak. Kat sini dia cerita pasal Piramid makanan.

Selepas dengar explanation, then kena jawab soalan kuiz jugak. 
Dia bagi sample makanan dan Danish kena letak kat level mana
dalam susunan piramid.

Next Danish kena pilih sarapan berkhasiat. Kena pilih 2 menu.
Menu ke-2 Danish pilih NASI LEMAK..! KANTOI!!! ha ha ha.
Tapi nasi lemak mama kat umah tak guna santan.. guna nasi putih je.
 Kira sihat gak la..heheh
 Lepas tu timbang berat & tinggi serta kira BMI
Danish & Dania.. tak sangka Danish overweight! biar betulll!

Di samping tu ada jugak pertunjukan silap mata.
Macam kenal je magician ni. Hubby kepada ex-office mate aku dulu


Danish & Dania yang enjoy the show

Sambil menonton, dapat pulak susu free.. Tengok Dania, tangan kanan
pegang roti, tangan kiri minum susu... bahagia betull dia ehehehehe

Ada activity utk kids pulak

Danish masuk acara rebut kerusi.Dapat gak la dia sambung 2-3 round
dan dapat hadiah saguhati uhuhuhu. Dah penat round semua booth, keluar singgah pet world.

Dah puas, bertolak balik rumah. 

Antara gift yang dapat. Milo fuze, air kotak, lepa kacang, thousand island,
Gardenia breakthru, Gardenia Wholemeal, vitagen , sampel susu dan goodies2 lain.
Kat sana pun banyak lagi yang di edarkan untuk di minum dan di makan termasuk Milo,
susu, lipton, Coco Crunch, maggi pun ada..! Memang tak putus2 bekalan.
Memang seronok sangatt.. penuh dengan aktivity dan 
makanan/minuman berkhasiat yg di edarkan percuma..! Termasuk juga
check mata & kesihatan...

Di samping tu dapat gak risalah2 kesihatan, buku resepi, buku aktiviti, komik etc

Dapat gak stationary, note pad. 
Pencil box tu Dania dapat masa buat puzzle kat booth Wyeth.



Dah sampai rumah pun masih sambung lagi aktiviti nutritious month eheheheh.
Memang bagus sangat-sangat event hari ni. WAJIB mark dalam kalendar lepas ni.
Boleh pergi tiap-tiap tahun..!! Berbaloi baloi..!!

Assalamualaikum....
Tahniah di ucapkan kepada Ashraf Muslim dan tunangnya Dayana sempena majlis pertunangan mereka di Gombak semalam. Mereka di jangkakan akan melansungkan majlis pernikahan pada 30 Ogos tahun ini bersempena Hari Raya Aidilfitri di Mekah.

Turut berlansung Majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada hari yang sama sebab itu juga sejumlah 16 khemah turut di pasang untuk meraikan para tetamu dan saudara mara..! 
Ashraf dan Dayana menunjukkan cincin tunang di jari manis masing-masing selepas selamat 
bertunang di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Sabtu. - Foto M AZHAR ARIF


  
Antara tetamu yang memenuhi rumah keluarga Dayana untuk melihat lebih dekat bakal pengantin.

Ashraf dan Dayana merakamkan gambar kenangan dengan ibu dan bapa Dayana.