Assalamualaikum..

Dah masuk hari ke-3 sudaa. Ramadhann...
masih seronok terjah Bazaar Ramadhan.. maklum laa setahun sebulan jek uhuhuh.
Sebelum Ramadhan hari tu adik beradik sebelah Abang berkumpul buat 
majlis Yasin & tahlil adik beradik untuk arwah Ibu & Ayah mertua *al-fatihah*
 kat rumah adik ipar ku di PJ.

Sambil2 berkumpul tu buat sekali menu sempoi BBQ & Steamboat.
Masing-masing port luck dari rumah.


Ni yang kitaorg bawak. Daging, ayam, kerang, ikan siakap..
semua dah siap perap.


Petang lepas asar acara bakar membakar bermula huhu


Tukang bakar


Dan bakar lagii


Jangan rentung sudaaa....


QC datang check. Opsss..! besar api tuh.. RENTUNG karangg! ha ha


Tu dia siakap yg dah TERbakarr.. eheheheh


Ayammm BBQ.. nyum nyummm


Appertizer.. chicken finger. aku pun lama dah tak makan..
tu pun tinggal separuh makan panas-panass..! huhu
opss.. gambar dalam frame gambar tuan rumahh.. ehehehhe


Bahan-bahan steamboat dah ready.
Aku ~ tukang bancuh kuah steamboat. Kawww punya..! eheheheh
Bahan2 adik ipar ku sediakan uhuhuhu


Kami & anak2 sedara


Lepas maghrib buat tahlil ringkas 



 anak2 saudara ku.. dah besar semuaa.. uhuhuhu


Selesai  yasin & tahlil... acara mentekedaghah bermula..!
JOM MAKAN...!!


Steamboat panas-panas..!


Ni semua licinnn...!!



Ni sup tulangg.. air tangan kakak ipar ku jua.
Sambal cicah WAJIB ~  kuah sambal asam + kicap


Dania ceria dapat jumpa sepupu sepapatnyaa.. he he


Jemput makan semua...!!
  

Nak makan sempat lagi update FB..! isk isk isk




Tu dia.. hingga menjilat jari..!!


Selesai melicinkan steamboat & BBQ,
sambung pulak acara COLET MENCOLET.
Adik beradik Abang memang suka bila berkumpul 
reramai ni mencolet sana sini.. 
Kebetulan buah mangga depan rumah aku muai pulak tahun ni.
Berbuah lebat.. aku rasa ada la 50 biji kot.. pokoknya kecit jek uhuhu.
Di tambah dengan jambu epal yg adik ipar aku beli di Cameron Highland uhuhuhu.



Sambil tu bleh plak vendor company lama aku keluar kat 
Majalah 3@TV3 pasal klinik terapi lintah dia huhu.



Kenyang sudahh... kul 11 malam kami bertolak balik rumahh.. 
jumpa lagi..!!


Assalamulaikum....
Mari mari mari...!!! Terjah lah lokasi 
jualan gudang seperti di bawah..!! he he he



Tarikh  : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2011 
(Rabu hingga Ahad)
          Masa : 10 pagi ~ 10 malam
          Tempat : Presint 2, Putrajaya 
(Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan
barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. 

Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah 
Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile,  Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, 
Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, 
Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, 
Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, 
Elizabeth Arden, Giorgio Armani, 
The Body Shop, Tupperware, Akemi 
dan banyak lagi.

Jom terjah beramai ramaiiiiiiiiiii.....!!!!!!!!

Assalamualaikum..
Baru submit cuti Raya hari ni tetiba ada member
foward link kat bawah ni..
So sape2 yg nak apply cuti boleh letak dalam schedule sekali..
3 cuti umum dalam seminggu..! Save AL tahun ni.. uhuhuhuhu!

credit photo : Google.

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia