Ada berita baik kepada sesiapa yang ingin melabur. Kini pencarum KWSP dah di benarkan utk mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 setiap 3 bulan untuk di laburkan ke dana Amanah Saham 1Malaysia. Sebelum ni Pencarum dah di benarkan untuk melabur dalam Saham Amanah.. aku pun ada la jugak melabur dlm Public Mutual..ada la sket buat geli geli kann..
So apalagi.. segeralah melabur sekarangg.. ingat.. peruntukan utk masyarakat Cina 30% dah pun habis di langgan..! Bab labur melabur ni memang cepat betul diaorang kan..! Kita bila lagi..?
Sumber : Malaysia Kini
Mulai 25 Julai, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
Dalam satu kenyataan hari ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, jumlah pengeluaran itu bergantung kepada pengekalan simpanan paras minimum oleh para pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur masing-masing oleh KWSP.
Katanya, tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani oleh para pelabur.
AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.
Peruntukan yang direzabkan bagi masyarakat Cina telah dilanggani sepenuhnya.