Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts
Assalamualaikumm....

Semalam, 20112011 usai Majlis Konvo Krista Nusaputra
bertempat di  Bukit Jalil Golf & Country Club.


2 tahun Danish bersekolah kat sini sejak umur 5 tahun.
Grad sudahhh... tahun depan Danish akan melangkah ke alam baru..


Pelajar2 6 tahun yang grad tahun ni. 30 orang semuanya.
Class 6 : Leaping Professors. Guru kelas Danish : Teacher Syikin namanya. 


Sebelum bertolak dari rumah.. Mula2 Dania dah pakai dress.. tapi bila tengok
Abg Danish pakai Kurta untuk persembahan terus reques nak pakai 
baju ni jugak uhuhuhu


Kitaorang sampai kul 9:15 pagi. Acara bermula kul 10:00 pagi
tapi kena sampai sebelum 9:30 pagi. 


Ahaa.. sempat aku menyelitt.. ekekkeke. Danish sebenarnya tak berapa sihat.
Demam sejak petang Jumaat.. seb baik hari ni kuat semangat nak datang 
Hari Konvo dia.. uhuhuh. Yang aku risau dia masuk Drama..
takut lupa skrip plak atas pentas uhuhuhuh.


Kitaorang antara yang terawal sampaii.. meja dah ada nama siap.


Masih menunggu sebelum acara bermula kul 10 pagi


Table mate kitaorg. Anaknya pun Konvo 6 tahun jugakk


Banyak persembahan lain yg capture video je.. Show yang Danish join je
yang sempat snap gambarr.. huhuhu.
Ni Drama bermula.. Danish pegang watak sebagai WIND.
Danish yg pakai kurta merah hati sambil pegang board gambar WIND tuh uhuhuh


Danish sedang beraksi..


Masih beraksi lagii


Persembahan dalam 7 minittt.. tamat sudah cerita eheheheh.
Tiap-tiap tahun student 6 years yang akan buat drama show. 
Skrip semua dlm English huhu.
Bleh tahan nyaring jugak suara Danish nih ekkekeekk


Next Excellent Readers Club award. Untuk student 6 tahun
target utk 6 years ialah untuk habiskan buku Peter & Jane sampai 9b.


Ada 6 orang yang dapat complete sampai 12b termasuk Danish.
Good Job Danish...!!!


Next.... Academic Excellence Award


Dan Danish pun tersenarai antara 5 orang penerima Academic Excellence Award..!
Alhamdulillahh...! 


Congratulations & Well Done Danish..!!!
Terima kasih tak terhingga kepada semua tenaga pengajar Krista Nusaputra.
kerana berusaha tanpa jemu untuk memberikan yang terbaik 
buat anak-anak didik Krista Nusaputra.


Sebenarnya tak expect Danish tersenarai jugak dlm senarai penerima award.
Sampai2 duduk kat meja bila belek2 buku aturcara tengok ada jugak 
rupanya nama Danish dalam list. Alhamdulillahh...!! 

Masa pergi ambik result exam Danish last Friday, Cikgu kelas dia just mentioned 
Danish  TOP 10 dalam kelas... bila tengok result,
Sem lepas out of 5 papers (BM, BI, Match, Ugama, General  Knowledge (Science))
ada 4 paper Danish score 100% except Ugama dapat 97 %.
Tapi result sem ni cuma 3 paper Danish scrore 100% uhuhuh.
Mungkin sem II punya syllibus lebih susah berbanding sem I. 
Tapi alhamdulillah...  Danish tetap tersenaraii...


Habis received award sambung show lagikk.. kali ni Danish perform
Hindi Dance plakk.. gelek jangan tak gelekk!!


Ni Arabic Dance dari student 5 years. Sebenarnya banyak lagi show lain.
Hip Hop laa.. tarian melayu lah tapi rata-rata kitaorg capture video 
je gara-gara camera nak habis bateri uhuhuhuhu


Sambil tengok show sambil menyantap hidangan ringan.
Menu Nasi lemak Ayam rendang & kek pisang.. nyumm nyummm


Seterusnya acara 'Konvokesyen'... Tahniah Danishh!! 
Selamat melangkah ke alam baru tahun hadapan yekk..!!
Semoga terus cemerlang dalam apa juga yang di ceburiii.. aminnnnnnn
Camera pakai camera HP jekk.isk isk isk. Camera habis bateri sudahhh...
Suasana pun romantikk.. gambar pun jadi ala romantik jugakk uhuhuhu


Tepat pukul 12:00 tengahari Majlis tamat sudahh. 
Snap picas atas stage plak.
Danish & Throphy 


Danish & Dania... Dania tolong posing ngan hadiah Abang.
Dapat story book 'The Secret Garden' utk Readers club award.


Mama & Baby ( 8 months) pun nak tumpang sekaki..


Kami sekeluarga...


Danish & Dania kat lobby sementara tunggu Papa ambik kereta.


Throphy yang Danish dapat. Semoga terus menjadi pembakar 
semangat untuk meneruskan kecemerlangann..!
Tahniah sekali lagi Danish.. Mama & Papa so proud of you..!

Sekiann...

P/S: Danish masih demam... balik petang tu pun masih panas lagi
badannya. Agaknya sebab ubat demam tak sedap kali ni liat sungguh nak suruh dia makan 
ubat. Antibiotik ok plakk.. last2 sampai terpaksa masuk ubat vuntutss uhuhuh.
Semoga cepat sembuh ya sayangg..
Assalamualaikumm...

Ahaaa.. sambungan citer dari aktiviti menerjah
Sushi Zanmai@ The Garden weekend lepas.

Kalau pergi Mid Valley ni tak sah tak bawak diaorang pergi
Wonder Pet yg dekat dengan GSC tu.
Seronok sangat derang kalo dapat pergi situ.. tengok burung, 
arnab, hamster, ikan, kucing etc yg cantik dan comel-comell he he.
Bawak derang lepak kat dalam tu jappp.. tapi tak leh nak snap 
gambar dalam tu kann.. 

Bila ajak keluar tu tengok ada Exhibition kat depan kedai pet tuh.
Ajak Dania gi toilet dulu.. otw gi toilet tu ada la plak 
BARBIE STORE yg baru bukak..! 
Dania apalagi.. terus tarik tangan aku masuk store tuh! uhuhuh
Segalanya Pink + Barbie..!!


Seb baik dalam banyak2 tu dia berkenan nak beli majalah Barbie. Memula 
dia mintak beskal Barbie gakk.. wahhhhhh.. aku kata kereta kita jauh, 
camna nak bawak balikkk.. ? *alasann* huhuhuh


Lepas tu tengok orang ramai2.. rupanya ada Kids Fashion Show Audition
kat tingkat atas. Ada photo studio sekali kat situ.
Dania jadi penonton je lah japp.


Ni final Audition derang utk grand opening hari ni huhu.
Tengok budak2 jadi modell.. ewahh ewahhhh! he he


Lepas tu ajak Danish & Dania masuk Play & Learn Discovery Exhibition 2011.
Kebetulan je nihh.. tak tau pun ada event ni hari ni huhu


Masuk-masuk terus nampak Kid's e world nih. Apalagi terus terjah laaa.. he he


Aada staff yg tolong angkatkan derang naik benda alah nih


Berpusing2 sotong tuh hehe.


Danish plak ralit main pistol tembak2 NERF nihhh.
tak berganjakk.. lepak situ punya lamaa...


Dan lagiii.....


Sambil tunggu Abangnya, bawak Dania pusing2.  Jumpa booth nihh.
dia promote learning tools dia. Test kat Dania


1st 2 round excellent..! luluss!!!!


Masuk round ke-3, dah level makin susuah Dania pun dah peningg.. 
siap termenung duk fikirkan jawapan soalan kat buku tuh ehehehhe.
Bagus buku @ tools tuh tapi harganya pun.. mak aiii..
satu set RM3000  wehhh..! takottt makcik dengarr ha ha


Lepas tu pusing2 booth lain plak. Zoo Negara pun ada buat booth.
Ni telur burung Kasawari ORIGINAL...!! memula aku ingatkan 
model guna seramik.. keras nko! rupanya memang orii..!!
Ada replica harimauu.. suh bergambar Dania takotttt! sabor je laaa..



Ni gi test mainan kat booth2 lain plakkk


 Dan lagi dan lagiii....


Berbalik pada Danish.. puas main tembak2 ajak dia pusing gakk. Gi ke booth Q-Dees.
Ada game utk budak2 kat situ. Ada 5 challenge. Amek kupon dan collect cop kat each challenge port
huhu. Ni susun cube ikut nombor. LULUS!


2nd ~ masukkan gelung dalam botol. LULUS!


3rd ~ Susun bola ping pong mengikut ejaan yg betul. LULUS!


4th ~ masukkan bola ke dalam bowl. LULUS.


5th ~ craft. Masukkan macaroni ke dalam tali utk buat rantai.


Ni memang mencabar skettt.. boyss.. kureng sket craft2 ni.. 
tapi akhirnya LULUS dgn bantuann ahahahaha


Cukup 5 cop dapat redeem jam tangan satu..! Tahniah Danish..!!


Dania plak dah penat.. last2 lepak kat satu booth playground dia.


Dia duk belek2 majalah Barbie yg baru beli tadi.


Hari pun dah lewat petang.. Abang pun ajak balik.
Dania dah terlena kat pangku... stroller lupa nak bawakk..
terpaksa la Papa dukungg... bestt nyer jadi budakk.. penat
ada je 'transport' hehe.
Sekian weekend kami.