Showing posts with label Makan Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan Makan. Show all posts

Assalamualaikum...

Ahaaa... nak citer satu tempat makan  menu Western 
yang besttt terletak di Taman Putra Perdana.
Ni kali ke-2 jejak ke kedai ni.
Hak milik bumiputera dan dijamin Halal... itu part 
yang paling bestttt lagi pun dekat je ngan rumah.
Sementelah hujung minggu lepas Mama on standby...
so memang tak kemana laa.. nama pun standby mmg duk rumah je..
Ahad petang tu ajak Papa gi makan kat luarrr..
lagipun ada Rest Western yang best ni kann!


Ok nama kedai ni Pasta Ekspress.
Actually kedai shoplot.
Suka fuinki *suasana* kedai tu..
kira open air jugak la and tak beraircond since kedai cornet lot kann..


Nampak tak menu2 yg tertera... sedap2 okehh..
harga pun ok ok laaa


Ha itu kaunter dapur diaa


Ada juga deserttt ... omggg rasa semua nak tryyy!


Ok back to menu..
Ini Menu Mama.. ~ Prawn Aglio Olio Spagethi.


Dann... 1 lagi menu mama order! Chicken grill! ahahhah.. giler tamak ok.
Mama order 2 menu sekaligus.. siap cakap ngan Papa.. Papa order lain tau.. 
Mama tak cukup ni kekekekek
Maklum la weekend dah bekerja keras attend on call kannn..
nak keluar cuci mata pun tak sempat jadi lepas 'penat'  makan banyak2 kekekekke

Ok. Ni Menu Papa order. Mixed Grill plate
Dalam ni semua ada, chicken + Beef + Lamb
Server dengan sayur & Mashed potato... sedap gak okeh!
Actully Pak Achik pun ada ikut masa ni  sebab malamnya
ada meeting 'besar'.  Kali ni Pak Achik pun order menu yang sama jugak.


Menu anak2 pulak Fish and Chip RM8.90. Murah kannn!


So order 2 set sorang satu.


Yang best lagi ada menu "KIDS EAT FOR FREE~"
So dapat 2 set jugak utk Dhiya & Delisha.
Tapi sebab Desliha belum nak makan.. so Abang Danish 
tolong 'settle'kan  hihihi
Ada 2 menu Free ~ Bolognese Spagethi dengan 1 lagi lupa nama uhuh


Dhiya yg bersungguh2 makan


Menu memang sedappp..
nak tengok buktinyer ??

Tu dia 2 pinggan Mama punya order LICIN!! Di ulangii.. LICINN okeh! hihih


Alhamdulillahh dah kenyangg.. balik rumah
dengan senang hatii ... hari ni boleh gantung kuali hihihii
Assalamualaikum....
Hari ni lunch keluar ke Streetmall. Dah lama tak gi pekena Tomyam Q-Thai. Sambil2 boleh cuci2 mata tgk barang jualan di Baazar Streetmall ni. Setiap hari Selasa and Jumaat dalam kul 12 tengahari sampai kul 3 petang gitu.

Macam biasa Q-Thai ni kalau gi time lunch hour mmg pakat penuhh je meja huhu. Petang, malam or weekend baru la amannnn and lengang hihi.

Hari ni masuk2 ternampak waiter bawak 1 menu yg maa best je macam sedap jeee...
Belek2 menu hari ni aku ambik Lunch Set kombinasi Supreme Dried Chili Prince Mee + the best tomyam in town. Plus air sour sop and calamansi yy superb sedap. Member plak order Kuew Teow Ladna. Ok jommmm layannn gambarrrrr.....hihi

Tu dia buku menu. Sebenarnya banyakkkk lagi menu yg best2 dan pelik2.
Antara yg aku suka dan selalu makan, Green Curry Mee, Udon Black pepper..
Nasi goreng Thai.. and so onnnnn


Tomyam dia memang bestt.. pedasss nko!

Kuey teow Ladna


Supreme Dried Chile Prince Mee.. perghh pedas berasapppp... tengok je camni kann.
makan lak ngan tomyam pedas.. memang berapii rasaaaa ahahahha


Seb baik ada penyeduk jus calamansi asam boi yg superb sejuk dan sedapp ni...
terus lega tekakk ahah!!

Assalamualaikumm..

ahaaa semalam menjejakkan kaki dgn ofis mate lunch di Hotodogu Shaftbury Cyberjaya.
menu kegemaran Beef Yakiniku Rice Burger. Dah berapa kali datang memamg menu ni je yg aku paling suker hehe.

Rice burger ni sebenarnya dari Zaman belajar kat Jepun dulu suka makan. Dihidangkan oleh Mos Burger. Memang sedap!!
ingat lagi ada sebuah Mos Burger terletak depan Kagoshima Sun Royal Hotel tempat aku  kerja part time 4 tahun masa belajar dulu.
nak makan kalu call je order, lepas 15minit lintas jalan depan hotel pergi collect siap dapat refund 10 yen duit tepon. 10 yen pun terharu beb! Memang service diaorg *orang jepun* ni excellent kan!

Assalamualaikum....

Ahaaa ada lagi kenyg kerja hari ni?
Aku dah masuk cuti shutdown. Abang pun ambik cuti ari ni nak menunaikan hajat anak bujang dan anak dara...

Dalam pada tak de maid ni gigih jugak nak gi makan2 kat luar. Maklum la kalo bertiga  ok lagi... kalo ber-4 dengan si kenit2 2 orang tu mmg kelam kabut sket dibuatnya uhuhu

Minggu lepas dinner company En Husband pun mama tak dapat ikut gara2 malam tak de baby sitter. Kebetulan malam tu Abang boleh plak dapat hadiah pakaian terbaik kategori lelaki dengan tema #color blocking# hohoho. Sporting tak sporting kan laki ku itew hehehe.
So dengan hadiah kemenangan itu Abang belanja la kitaorg dinner kat luar keesokan malamnya. Makan nasi Arab.. kemain suka la budak2 ni kan. Mmg menu feveret tuuu

Malam esoknya plak aku ajak dinner kat luar jugak. Tekak nak makan japanese food plak.. ronda2 kat Shaftbury tutup plak padahal baru pukul 8++ mlm last2 baru perasan ada pizza hut kat situ so terjah pizza hut.
Budak2 ni ajak la makan apa pun...ON jee... pizza hut ada promo menu ada udang kan... mmg licin kena ratah ngan depa ni hihi.
Seb baik 2 kenit pun behaveeee... aman la nak makan hihihi.
Sekian bila angin pus2 gantung kuali dah datangg bila bibik tak dek ni... tak tapau makan kat luar je la  uhuuu

Assalamualaikum...

Wah sedar2 dah masuk hujung September. Sungguh pantas masa berlalu...
Hujung minggu kami penuh gak aktiviti..
Pagi Ahad pepagi dah jejak Taman Tasik Cyber...
breakfast piknik tepi tasik sambil beriadah keluarkan peluh.


Bawak bola & raket badminton...
puaslah budak2 ni main bola dan lagi best main playground..
Berapa kali pun jejak memang tak jemu2 budak2 ni kann...
sentiasa rasa teruja hihihihi


Puas berfootball, bercombat, berplayground and so on terus gerak balik. Dapat COD confirmation so 
kena siap2 balik utk kejar schedule.

Balik sempat masak, lunch di rumah and keluar COD di Kerinci. Since dah tak de schedule lain,
lepas COD terus gerak ke Shah Alam.. first time nak jejak ke Perpustakaan Tun Uda 
yang baru terletak di Seksyen 13 tu... tak pernah jejak lagi hihihi

Sejam lebih gak lepak sini.. sempat la Danish & Dania kata beberapa buah buku cerita and Danish 
update dalam buku Nilam sekolah.  Sebenarnya macam2 aktiviti ada kat sini... HP habis bateri pulak so tak dapat la nak snap banyak uhuhuhuh. Yang pasti mmg best library ni. Sangat selesa... ruang2 untuk kanak2,
remaja & dewasa.
Seronok tengok student2 yg buat study group siap bersofa bagaiii... feel like at home gitewww... untung 
betul budak2 sekarang kannn


Lepak punya lepak sedar2 perut dah berkeroncong. Ajak Papa singgah pekena
Mee Ketam kat Seksyen 7.
Pernah baca entry kat blog Lieya.. lama dahhh.. ntah betul ntah tidakk.. tapi bila google ni la page yg 
keluar atas sekali so terus terjah sini hihihi


Sampai2 kedai penuh!! Kitaorg order Mee Kari Ketam dan Mee Kari Udang Galah.
Udang galah RM90/kg aka RM9/100g...

Memang sedappp... kurang pedas so budak2 pun bleh makan kot.. 
kitaorang ? memang licin kuah pun tak tinggal! hihih

Alhamdulillah perut dah kenyangg.. terus la balik..
esok dah nak sekolahhhh... dan kerja macam biasa heheeh
 Assalamualaikum...

Aha.. hari Merdeka 31 Aug yg lepas emergency balik kampung Pahang melawat makcik saudara yg
dimasukkan ke wad Hospital Temerloh setelah hilang selera makan dan muntah2 teruk. Pagi2 lagi Pak Lang dah sampai rumah untuk car pool balik kampung. Budak2 termasuk Fahim tinggal dengan bibik kat rumah.. jadi taska jap rumah tu hihihi.

So kami2 ni meneruskan perjalanan.. ye la Hospital gomen sekarang budak2 bawah 12 tahun dah tak dibenarkan naik ke wad di atas faktor kesihatan. Budak2 punya antibodi pun tak kuat kan takut balik bawak pulak penyakit dari Hospital.

Anyway kami bertolak dalam pukul 10 pagi. Sempat lagi Mama singgah COD Medela Freestyle kepada seorang Customer di sekitar KL. Then terus bertolak ke Temerloh. Sampai dalam pukul 1 lebih jugak.. perut pun dah lapar.. terus Pak Lang ajak pergi makan
Ikan Patin masak Tempoyak di gerai Makan Pak Usop 
yang terkenal di Temerloh tu. Kira first time la kitaorang nak jejak ni


Sampai2 memang tengah waktu lunch... orang dah panjang beratur bah!!


Tu dia.. pelanggan yg menanti sekawah lagi Patin Ikan Tempoyak siap di masakk..!
kawah sebelum ni dah licin!


Papa ambik ulam2, sambal belacan  & tempoyak, sambal kering ikan bilis & petaii..nyummm!!


Ahaa tu dia.. sekor ikan patin... di potong 2 ke 3 bahagian setiap ekor..


Tu dia pilihan lauk hari ni.. Makan lauk kampung ari ni no!




Ni antara menu special kat Gerai Pak Usop ~ Air Jagung! 
Macam ABC buh jagung tuu.. sedapp nko!! ada pulak 
macam apa tu.. halba ke halwa tu yg kaler hijau kat atas tu..
minum tengah panas terikk.. memang terbaekk!!



Lepas makan terus ke Hospital Temerloh. Alhamdulillah... Mak Saudara dah beransur sihat..
dah masuk air.. dah boleh makan cuma buah pinggang terjejas sikit. Doktor bagi discharge petang tu..
hari Selasa pulak kena datang untuk follow up.
Lega tengok Mak Uda dah boleh makan.. kalau tak masuk makan apa pun keluar balikk..


So kitaorg tunggu sampai Mak Saudara discharge hospital.. terus bawa ke rumah menantunya
di Temerloh. K.Su ni *yg duduk hujung belah kanan*
memang terorr masak Ikan Patin Tempoyakk..



Memang paling sedap 
la yg Mama pernah makannn... masa Pak Lang hidang Patin Tempoyak gerai Pak Usop 
tu Mama cakap boleh challenge tak Tempoyak Patin K.Su..?
Of course la tak bulehh... orang masak sekawah ngan orang masak seperiuk kannn...
anywayy... sejak kahwin dengan Papa ni la Mama baru belajar makan ikan patin tempoyak ni...
pernah belajar sekali dengan arwah Mak Mertua... tapi mmg kurang mahir lagi nak memasaknya..
dah belajar jugak dengan K.Su.. errr.. cuma seru tak berapa nak ada ..
yang ada alasan je hihihih .. opss!! sorry papa!

Assalamm..

dah berapa kali cuba nak pergi asyik ada aral je.. semalam balik kerja singgah pun  dah habis !!
akhirnya hari ni berjaya jejakk!


Kalau nak rasa lokasinya kat tepi Bus Stop depan Streetmall Cyberjaya ya. 
Boleh buat bulk order... delivery pun di sediakan dengan minimum order 5 boxes.
anyway 
Business hour weekdays 12:00pm ~ 9:00 pm, call 011 2628 3213 for bulk order/detail



Zoom mini stall My Takoyaki.
Booth pertama di Malaysia yg menggunakan tenaga solar
utk generate power source dlm  mini stall tu. Smart okeh!



Lokasi dekat ngan bus stop depan Streetmall / Terminal Bas Cyberjaya


Comeyy je mini stall ni


Ini hasilnya

 4 pieces RM4.50
6 pieces RM 6.00
10 pieces RM 9.00

 sedapppp!! bauu pun harummmmmmmm


Makan takoyaki dengan Pokka Premium Milk tea / Coffee.. memang sangat heavennn okehhh!!

Aha... NEW UPDATE on the next day ya.

Testimoni dari sorang akak ofis yg test My Takoyaki.
Kakak senior yang sama2 belajar kat Jepun 4 tahun dan dah rasa 
original Takoyaki kat Jepun okehhh




Moralnya memang puashati lah. Kakak senior ku pun komen SEDAPP!!!
So kalau ada teringin nak try tu cepat2 la gi hihihihi
Assalamualaikum..

Akhirnya berjaya menggantung kuali sebelum balik kampung hihihihi!!
Abang ajak berbuka kat Red Wok Bangi. Seminggu sebelum tu Abang & ofis mate dia ada majlis iftar kat situ gakk.. memula bajet nak gi hari Jumaat lepas tapi fully booked! 
So dapat date hari Ahad... so pergilah hari Ahad tu 


Red Wok ni kedai sebuah.. mmg masa pergi tu customer ramai giler yg nak berbuka puasa...
luas tempat dia tapi penuh dgn manusia!
Tak silap owner chinese muslim :D


Ni antara juadah yg sempat di ambil sebelum waktu berbukaaa


Boleh grill dan steamboat sekali 


Papa dah start sessi celup mencelup, bakar membakar siap2 sebelum waktu berbukaa



Itu dia tuan rumah tgh syok pulun selepas waktu berbuka hihihi


Dhiya ngan bibik. Hari ni baru angkut semua ke luar huhuh.


Ahaa.. Ahd tu dah terlanjur shopping semua dah settle, lepak2 kat umah kemas barang je.
Sambil2 pasang batu kat baju kurung sedondonnn. Seb baik la siap last minit baju ni kann.
Nenek sponsor kain baju sedondon tahun ni... 
so kita transform baju bling bling sedondon gitew hew hew hewww


1st buat Baju Dania dulu. Excited la anak dara ni nak menolong. pasang batuu.. maklum la baju dia kannn


Ralit susun batu sebelum di tekap dgn seterika.. Aku pun first time buat nihh


Muka tersenyum puas ahahahahaha!


Setelah berdiri kat papan seterika hampir 2 jam akhirnya siap baju kurung bling bling sedondonnn!!!
Dengan baby pun bling2 nanti hihihi. Bila tengok 4 helai baju ni...  terasaaa... wallaaa ramai je 
assistant mama kat Dapur bila anak2 dara dah besar nanti best best bestt!! 
sambil2 jadi shopping mate hew hew hewww


Hari Ahad tu dah sibuk packing2 barang nak balik kampung.
Tahun ni teringin gak nak bershawl lilit2 time raya tapi bila memikirkan 
anak2 kecil ku yg masih suka 'tarik menarik' terbantut terus niat.
Bersabar dengan tudung awning je la nampaknyer uhuhuh

Balik kampung rasa tak sah kalo tak pikul berbakul2 muatann ehekk! 
ni belum termasuk baju2 basahan nak pakai hari2 lagi... kuih raya,
bag2 baby, ole2 utk ahli keluarga and so on and so on mmg kompem sendat keta wehhh!

Anyway kepada yg dah nak pulang bercuti.. hati2 di jalan raya.
Pandu cermat jiwa selamat dan ingat yang tersayang yer..!
Kitaorang balik hari kerja... hopefully jalan tak jammmed... yoshhh!!!