Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts
Blogging from UPM while waiting hubby fetch up :
Yatto shiken ga owatta! Sukkirishita kanji. Rainen mata ikkyu ganbaranakucha! Ashta ha hari raya da yo!



*********************************************************************
Fact :
Setelah 7 tahun meninggalkan negara matahari terbit
tetiba company nak certificate JLPT nih ?? Haahhh..???!!
Dulu sebab JLPT ni tak pernah ada kepentingan dalam hidup
maka aku tak le rajin nak ambik. Last pun JLPT 3 masa kat AAJ-UM 12 tahun lepas.
Memula ada gak la argue tanpa JLPT tu pun dah byk sumbangseh yang kutaburkan
secara percuma dgn skill yang ada. Cuma bila elaun bahasa baru nak diperkenalkan
tiba-tiba certificate ni jadi penting pulak utk evaluation (?!)
At the end my Japanese MD kasik satu ayat killer:
'日本語能力試験を受けなさい。2年しかチャンスをあげないから!'
*sila lah ambik JLPT exam tu, saya bagi peluang 2 tahun je*
Maka secara langsung terus jadi arahan mandatori.... Arrghhhh!!!
Disebabkan dah 7 tahunn berlalu maka tahun ni aku cuma
berani nak amek JLPT 2 je.. bersama 2 orang taiko2
japanese speaker lain yg buku pun dah tak tau kat mane.
Jenuh wehh nak refresh semua kanji2 yg dah nak berkarat dalam otak nihh...
Dan sebenarnya nak bukak buku dgn schedule yg full ari-ari sbg isteri, ibu & kuli company tersangat tahap dewa la mencabarrrnyerrr!
Aku dan solid study 3 ari je sblm exam...
tu pun ambik cuti pi library Tun Uda nunn.. nak exam pun pencil box
Danish kena pau rasa jadik cam student plakk.. kwang kwangg kwanggg!
Anyway, kalau ada rezeki tahun depan pulak aku seat for JLPT1..
ada yg nak join takk?? huhuhuhu! ohokkk!!


Anyway atas permintaan, aku update usefull URL for JLPT
http://www.jlsm.org
http://nihongodecarenavi.jp/en/index.html
http://www.jlptstudy.com/

Exam fee is RM60

Memang best kalau dapat keluar DATE dgn Abang...
Almaklum keluar pun dah malam
My 'double D' pulak ada 2 orang baby sitter boleh jaga kat umah
Futari kiri nante... iinaaaa

************************************************

Fact :
Sebenarnyer...
TV yg digunakan utk Danish main game tu dah tak clear.
Gambar dia bergegar...TV tu pun dah 5 tahun umurnyer
Tiba-tiba petang tadi Abang dengan penuh ihsan ajak aku gi cari TV baru
sebab kesian tengok Danish layan TV yg dah bergegar tu
Takut rosak plak mata nanti
Baru je beli PS2, la ni nak pi cari TV pulak.? iskk iskk
Lepas maghrib keluar..
Kalau Abang yg propose biasala mesti gi area2 ofis Abang - The Mines
Gi cari TV and dinner kat Mc D
Futari kiri...
Balik dengan sebijik TV baru...
Itulah dia kasih seorang ayah.. hu ! hu ! hu! Ohok!


Baru katam tengok Drama ni - Wonderful Life
Hero : Sorimachi Takashi
Heroin : Hasegawa Kyoko
Curi2 tengok time drive pergi/balik kerja..
*危ないなぁぁとちゃんとわってるけど。。。*
Dah 3 bulan.. dah 4 drama hu! hu!
My comment ? 4 star- The very enjoyful+ funny + poyo + 感動 but happy ending!

****************************************************************************
Synopsis

Kirishima is the most famous baseball player in Japan.
However, an unfortunate injury forces him to retire. His family abandons him, and all that's left is a vacant coaching position at a local baseball team for young boys. This club is on the verge of being disbanded—so far, they have never won a single game. Will Kirishima be able to help the club?

Through the television screen, popular baseball player Kirishima tells the kids, "dreams come true." His baseball techniques are so fantastic that he is called the "miracle man." But in reality, Kirishima is an arrogant and selfish flirt who spends money like there's no tomorrow.

Mizuki is a girl who wants to become a lawyer. Her brother plays on Kirishima's team, but can't stand the sight of Kirishima. She hates men who fool around, and especially those who deceive children. Will Mizuki and Kirishima be able to come to a mutual understanding?
For detail
http://www.jdorama.com/drama_814.htm

*****************************************************************************

Drama theme song -
Besttt lagu ni.. layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

キミはともだち(朋友) (Kimiwa Tomodachi - Hirai Ken)
作詞:平井堅 作曲:平井堅 編曲:松浦晃久

君が笑った 僕もつられて笑った
映し鏡みたいだ 君はぼくのともだち
君が怒った 僕も負けずに怒った
子供のけんかみたいだ 君はぼくのともだち
僕がさびしいときは あとすこしつきあって
うまく話を聞いてくれないか
君の声だけが こころを軽くする
ただあいづちを打ってくれるだけで
はなれていてもずっと
胸の中にいるよ

君が泣いてた 僕も泣きそうになった
だけどこらえて笑った 元気出せよと笑った
君がさびしいときは いつだって飛んでくよ
うまくことばがみつからないけれど
僕の声が君のこころを癒すなら
だだあいづちを打つだけでもいいかい?

さびしいときは あとすこしつきあって
うまく話を聞いてくれないか
君の声だけが こころを軽くする
ただあいづちを打ってくれるだけで
君がいないと 僕は本当に困る
つまりそういうことだ きみはぼくのともだち


Alkisah satu hari di Aidilfitri yang lalu..
Hujung minggu macam biasalah, kalau tak ada orang berjanji nak datang kitaorang la keluar beraya ke rumah sahabat handai...
Petang tu kami beraya di sekitar Balakong hingga ke Sungai Ramal Kajang nuu.. Lepas beraya kitaorang nak pergi Mid Valley sebab nak cari shoyu (Soy sauce) & Periuk letrik untuk buat Sukiyaki kat Jusco. Dalam perjalanan, kat luar mendung dan hujan renyai2.. apalagi Danish & Dania yng dah letih & kekenyangan pun lena diulit intan la dalam keta.

Bila Danish & Dania 2-2 tidur serentak aku aaa yang suspen sebab dah la baby carrier bag tertinggal kat umah, stoller satu je ada kat bonet keta so sapa nak angkat anak2 ku yang lena ni... Danish 14kg, Dania 10kg, tak ringan nih!!
Dalam keta memang aku mengomel2 ngan Abang, cam na nak shopping ni dua-dua tidurr.. letih aaa nak dukung. Nak kejut kesian plak baru je terlena...
Pikior punya pikior punya pikior sampai la ke Mid Valley. Lepas ambik parking ticket kat P1 pusing gak la 2-3 round carik parking kosong last2 jumpa satu parking kosong dekat dengan Car wash kat situ. Dalam kekusutan aku dok pikior pasal camno nak dukung anakku yang lena ni turun kereta mata aku terpaku pada sebuah stoller yg disandarkan kat tiang betul2 kat sebelah(belakang) keta aku..
'Hah.. ada stollerrr!!!'
SubhanAllah.. masa tu aku rasa, seolah2 memang Allah berikan aku penyelesaian diatas apa yang sedang runsing aku fikirkan.

Lepas discuss ngan Abang aku pun turun la tanya kat orang2 yg kerja kat Car Wash tu..
Aku tanya berapa lama dah stroller tu tersadai kat situ.
Kata mereka dah 2 hari.
Kesimpulannya, kalau baru tersadai ada kemungkinan la tuannyer akan kembali semula ambil tapi sebab dah 2 hari.. so kemungkinan tuannya nak ambik balik *kalau pun masih diperlukan* dalam masa terdekat mungkin agak sedikit tipis la..
Stroller tu pun aku tengok pun dah agak 'berusia'. So kalau ikut brand barang ni aku buat rambang assumption InsyaAllah kalau dtg ke Mid Valley ni dgn stoller tu mungkin pemiliknya malay la kot. Kalau ce ya nun alif biasa mesti pakai Graco ke combi ke Mc larren.. so tanpa syak wasangka *sebenarnya dah terdesak hu! hu!* aku pun mintak la izin dr pekerja Car Wash(wakil) aku cakap aku nak pinjam sekejap sebab anak2 aku tidur.. kalau tuanya datang katakan aku akan pulang setelah selesai menggunakannyer.

So aku ambil la stoller tu dan ku alas dengan tilam Dania.. So Danish & Dania pun lena la sambung tidur dalam stroller2 tu..

Moralnye, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat diberikan hidayah disaat aku membuntukannya. Kepada hamba Allah empunya stroller tu aku ucapkan ribuan terima kasih dan semoga beliau dimurahkan rezeki dan dirahmatiNya selalu.. Aminnn


Hari ni 11th 11 Secret Recipe buat annual promo on buy 1 free 1 at 11 outlet start at 11am. Kitaorang kat ofis pun pakat tong2 beli - buy 1 free 1. Nasib baik ada cable baekk punya kat SR SACC tu. Adik ofis mate aku kerja kat situ.. hu! hu!



Tu dia punya ramai orang queue nak beli..dengar nye seawal kul 10 pagi pun dah 2 kali ganda ni orang queue. Nasib baik la disebabkan ada cable cantekkk sampai2 je terus aku dapat apa yg kitaorg book - macadamia white choc & Classic cheese. Kaching !... RM73.50 hu hu. Department sebelah pulak beli Blueberry cheese & Choclate Indulgence. Moralnyer berpesta makan cake la kitaorang hari ni.. semalam baru ada special delivery from vendor Choclate cheese cake...plak
Lepas 'pesta makan cake SR' dengan aku2 sekali pening2 lalat....ZzxxZzZZzZzzz
Over dose makan cake! wakakakakkaak


Semalam aku attend HP Elitebook launching kat One World Hotel, Bandar Utama PJ. All this while mmg company aku adalah loyal customer to Toshiba notebook so kalau tak kerana impressive invitation from HP kitaorang pun tak kan jejak kaki kat launching ni. Memang grand banget!
Disebabkan this new model series inspired by aircraft construction so the overall
theme base on airline story. Dari invitation card sampai la ke launching etc.
Aku datang pun dgn First Class boarding pass. Sampai - check in ticket and diberikan Passport. Dalam passport tu terdapat few questions yg perlu di jawab dan perlu dapatkan cop sekuriti (ala-ala imegresen) utk setiap soalan yg dijawab betul dari booth2 yg disediakan. Masuk ke ballroom dgn entrance mcm masuk dlm flight.
Semua krew HP berpakaian ala-ala stewardess/Steward & Pilot.

Lauching greeting pun menggunakan bunga2 bahasa ala-ala dlm flight. Antara ciri-ciri hebat the NEW HP ELITEBOOK family series - anti-scratch, spill-resistant, vibration & fall resistant, Longest battery life in the world for Ultra capacity type battery which is 24 hours, data back up with RAID 1 and much more!


Habis presentation acara bersambung dgn hi-tea and booth visit.
Sebelum balik - check passport di kaunter dan dapat HP Elitebook 16GB memory stick!! Cayalah HP...!!


Just for my own reference.
1. Login to Maybank2u.com
2. Go to 'Utilities' -> Request TAC
3. Go to Fund Transfer
4. Open Interbank (GIRO) Transfer
5. Select Beneficiary Bank -> AMBANK Berhad
6. Fill in info
7. Submit & save receipt!

Settle bayar car loan.



For Fund Transfer to Tabung Haji
1. Login to Maybank2u.com
2. Go to 'Utilities' -> Request TAC
3. Go to Online Bill Payment -> Open Payment
4. Select Payee Category -> Fund
5. From 'Fund' list - select Tabung Haji
6. Key-in all necessary info and submit!
Fund transfer done!


Semalam cuti Nuzul AL-Quran.. aku kerja, Danish & Dania hantar rumah baby sitter manakala Abang pulak cuti nak pergi 'meronda' cari baju raya. First time Abang nak 'shopping' baju raya sendiri sejak kahwin ni.. aku lak kena kerja sob! sob! Tapi in between masa server down & office tak leh masuk tu GM bagi green light untuk 'outing' atas ramalan keadaan tidak akan surut selama 2-3 jam lagi so sempat le jengah and jumpa Abang sekejap yang kebetulan shopping baju Melayu kat sekitar Shah Alam..

Balik kerja dengan pening2 lalat dek bau asap kat ofis. Sampai rumah hidung diterjah bau wangi masakan. Jiran belakang rumah aku memang buat bisnes memasak so itu adalah senario normal bagi aku. Masuk dapur tengok2 wah.... ada sayur bayam merah dah siap siang atas singki, seperiuk sup ayam & ayam masak sambal dalam kuali. Waargghhhh !!!Abang masak hari ni! Terharunyerrr!

Malam tu Danish makan nasi bertambah-tambah.. berselera sungguh. Sup ayam yg empuk tu pun licin seperiuk! Terima kasih banyak-banyak Abang... best banget makan nasi berlaukkan air tangan Abang!
Nuzul Al-Quran
Oleh: Dr. Samsu Adabi Mamat, UKM

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ・I>Nuzul・/I> bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ingin tahu Lebih lanjut sila layari
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Tiap-tiap tahun kebiasaannya aku akan bekerja kerana cuti Nuzul Al-Quran akan dibawa ke depan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Bermaksud hari ini juga aku bekerja seperti biasa. Lepas hantar Danish & Dania yang masih lena ke rumah baby sitter aku terus menuju ke ofis dan masa terus berputar... eceli aku tak gemar sangat nak citer pasal keje ni tapi this time is really a Hari Ini Dalam Sejarah so aku story la sket

Lebih kurang pukul 9:40 my Lady boss dah tercari2 ada bau hangit. Aku pun cari-cari check semua equipment PC & UPS kat office OK tak nampak ada abnormality. Check server room pun sama bau agak kuat.. check semua power to server, UPS, switches and so on semua nampak OK jugak and terus suspect bau tu datang dari atas syiling ikut blower. Hati dah berdebar dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena tiba-tiba power trip dan UPS berbunyi bersilih ganti terus suruh semua staff kat office turun sambil melaung fire! fire! Api! Api! *mcm selalu training masa fire drill*. Semua staff bergegas turun dan tak lama siren fire drill berbunyi. One step further!

Turun ke bawah aku nampak ada kepulan asap dari arah warehouse! Alamak, this thing is really happened! Aku macam tak percaya dah nak lapan tahun aku kerja kat sini perkara ini adalah yang pertama kali seumpamanyer. Aku bukanlah ahli kadet Bomba company tapi ringan je tangan terus dial 999 - Emergency call to Bomba. Barangkali sudah ada manager lain yang call tapi tak salah pun kalau aku call jugakkan & inilah 1st experience pada aku jugak. Sambil memberikan butiran - nama, alamat, no telefon, jenis premis etc seperti yg ditanya oleh operator dan seterusnya aku disambungkan kepada pasukan bomba bertanyakan dengan lebih tepat kedudukan premis.

10 minit menunggu diparking lot Bomba masih belum kelihatan. Aku call balik bomba mengatakan aku ada buat panggilan kecemasan kebakaran dan bomba masih belum sampai. Jawapannyer ialah Bomba sudah dalam perjalanan. Minit ke-14 barulah kedengaran siren bomba dari arah jalan raya dah 2 biji kereta bomba dah satu jip bergerak laju ke premis kami.

Masa berlalu.. syukur kebakaran telah berjaya dipadamkan sebelum bomba tiba. Dengarnya salah satu power panel board terbakar dan ada seorang wira yg berjaya memadamkannya walaupun tatkala kebakaran, api marak asap berkepul tidak nampak pun apa yang cuba dipadamkan. Syabas kepada beliau. Setibanya bomba, mereka masuk kedlm untuk double check affected area. Tempat kejadian di sembur sekali lagi untuk mengelakkan kebarangkalian bara atau percikan api yang masih bersisa. Namun, sungguhpun api telah berjaya dipadamkan bau hangit sengit dan asap tebal masih menguasai ruang office dan server room menyebabkan kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam sedangkan semua server telah down.

Akhirnya 2 jam kemudian baru lah kami (MIS) dibenarkan masuk ke server room setelah engineering department bertungkus lumus vacum asap keluar. Bau masih sengit dan keadaan masih agak kabur. Kami pula terpaksa pakai 'mask' untuk bernafas. Di sebabkan bila server down semua operation di 4 building lain yg tak terlibat pun turut terhenti makanyer ala-ala pejuang ke medan perang la masuk jugak ke server room utk upkan semua server & ensure network switches are working well.. sesungguhnya inilah pengalaman pertama yang tak akan aku lupakan....
*Wajah-wajah 'Wira' & 'Srikandi' MIS*


Moralnya, rupanya ada hikmah kami bekerja hari ini. Kalau kebetulan kami cuti entah bagaimana berakhirnya kejadian hari ini...? Wallahualam.
Pernah tak korang rasa.. ada hari-hari special tertentu dalam setahun tu, mula la kereta korang buat bermanja-manja mintak dibelai jugak..?
Contoh time hari nak gaji, hari nak dapat bonus... termasuk hari-hari nak dapat increment? Ada tak ada tak..? ekekekkeke

Contoh la.. aku bulan ni baru la nak dapat increment baru utk 2008. Surat tak sempat dapat kereta dah masuk workshop!

Cerita nyer macam ni.
Ada la satu hari ni aku nak keluar tengahari cari gadjet kat Alam Central. Tengah aku drive tu tiba-tiba rasa mcm kereta aku bunyi bising yg pelik. Aku matikan radio & aircond kereta.. still berbunyi lagi dan tak lama tu aku rasa kereta aku nyer absorber mcm tak function. Setiap hentakan tu aku boleh rasa! Sah la ada something wrong ngan tayar aku ni. Sisebabkan masa tu aku drive kat lane kanan dan tak ada tempat parking yg sesuai *kat area flyover dpn balai bomba kat meghala ke PKNS* so aku terus la tukar lane and drive slow sket sampai kat tepi Alam central! Baru la aku berenti tepi dan turun tengok tayar kereta!

Tengok-tengok.. Ya Allah! Memang dah tak ada angin dah tayar keta aku ni.. nak kata pecah, tak le bersepaiii.. tapi camni la ghopernyerrr. Entah berapa meter la aku jalan on sportrim uhuk! uhuk!


Dah le panas tengahari buta ni... iskk iskk iskk.. aper aku nak buat nih. First.. tepon Abang laaa.. Abang pun memula dengar terkejut gak. Abang advise, suh cari parking yg teduh sket pas tu pi cari pak Guard The Store yg berdekatan..
Kebetulan kat situ ada mcm turnel bangunan so aku pun alih keta ke depan sket bagi teduh pas tu cari la Pak Guard The Store.
Alhamdulillah.. seb baik la ada yg sudi membantu. Pak guard yg bertugas tu tolong panggil kan guard lain utk datang tolong.

Tak lama menunggu, datang la 2 orang lelaki. Lepas tu kira diaorang la yang tolong
tukarkan tayar yg dah tak berangin tu dengan tayar spare. Tung tang tung tang setengah jam jugak la kot. Pas tu diorang suh isi angin lagi..
selesai process tukar tayar, aku pun mengucapkan terima kasih sambil nak huluq la sket buat upah penat seperti yg disarankan oleh Abang. Tapi 2 orang ni tak nak pun ambik... 'Tak apa lah, sikit ja. Perkara kecik je ni..' Katanya.
Alhamdulillah, masih ada jugak insan perihatin yg masih ada keihklasan untuk membantu yg dalam kesusahan kat Malaysia ni.
Kepada hamba Allah yang telah bersusah payah membantu aku tukar tayar tu, aku doakan semoga kalian dimurahkan rezeki.. InsyaAllah.

Lepas tukar tayar, aku terus pergi ke stesen minyak isi angin seperti yg dinasihatkan. Petang tu balik kerja, terus la drive masuk kedai tayar...
Dipendekkan cerita, tukar tayar belakang 2 biji, buat balancing tayar, repair spot rim yg benkok, buat allignment tayar, pasang screw chamber & balancing chamber, tukar tabung exzos etc ....kachinnnn! RM 600! Ohok ohok!

Anyway, first time la aku tengok machine repair spot rim. Memula ingatkan macamana la dia nak repair sportrim yg bengkok tu.. rupa2 ada satu machine khas utk repair sportrim ni. Aku gambarkan macam org buat tembikar tu... kira dia potong skettt la bahagian yg bengkok dan menurut tauke kedai tayar tu, satu sportrim max ke 5-6 kali je boleh di'repair'. Kos satu sportrim ialah RM50! Rupa-rupa tayar belakang ni pun dah 3 tahun pakai tak pernah tukarr...muahahahahah! Kira OK la tiewwww..... dah 3 tahun pakai.

Mata bengkyo ni narimashita ne!
Saikin nanka shigoto ga daruii te kanji. Sekinin mo shigoto mo fuetekite, karada mo atama mo tsukareru te.... fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sejak kebelakangan ni aku perasan, kalau mengadap skrinn computer LCD kat opis ni lama sangat pedihh gila materr! Pas tu mula la mata merahh. Rasa panass berair pun ada... Mikata no sei mo aru no kana? ima made heiki datta no ni ne. Doushite nan darou ??!

Adakah ini tanda2 aku ni dah nak kena jadi minah specky? Ishhhh! So far kalau ikut history family aku tak ada sorang pun yg specky kecuali lah mak & abah yang dah rabun tua la ni. Teringat kalau kat nihon dulu ada la eye drop utk refreshing mata, kalau pakai tu rasa ringan & segar je mata.. tokuni asa nebou shichatta toki, donnani me ga akakutemo, titik 2-3 sugu mashiro ni natteshimau no. Tapi kat Malaysia ni aku tak jumpa lagi eye drop yg powerfull cam tu.. pagi tadi sempat la singgah 7 eleven sebelum sampai ofis beli Eye Mo la konon.. sekali baca contents dia - Boric Asid 12.89gm ? Eeeee.. daijoubu dakke... Nanka osoroshi neee....?

Malam semalam balik kerja aku sempat singgah beli Timun. Malam lepas dah siap makan, tengah lepak2 tu sempat la aku hiris timun tu nak buh kat mata. Buat treatment sendiri je lah kat rumah. TAPI..! Tak dan aku buat treatment, dah ada dah sorang pelanggan mintak buatkan treatment kat dia...saper lagi kalau bukan hero cilikku yg sorang ni - Danish! potong stimm betulll laaa... hik! hik! Anyway, memang sangat refreshing la buh timun kat mata sambil lelap ni. Sejuk & nyaman je rasa...tak nak try ke?

Kembalinya Bonda Mertua yang amat dikasihi ke rahmatullah
Allahyarhamah Hamidah Bt Mat Jadi pada 1 Januari 2007 (1956-2007)
- Al-fatihah -



Biar aku bahasakan Mak Mertuaku sebagai MAK dan Emak kandungku sebagai EMAK...
Segala-galanya berlaku begitu pantas. Kami sekeluarga tidak pernah menyangka bahawa
cuti sekolah dan Aidiladha kali ini adalah yang terakhir kami raikan bersama Mak (mertua) tersayang. Mak semasa hayatnya seorang yang sihat, cergas dan tidak pernah mengidap sebarang penyakit berat. Beliau seorang yang aktif bergiat dalam GPW (Gabungan Pergerakan Wanita) UMNO. Sejak arwah ayah (mertua) meninggal dunia pada Jun 2003, Mak yang dari mula sudah menjinakkan diri dengan persatuan semakin bergiat
cergas dan kami merestui tindakan Mak memandangkan Mak hanya tingal seorang dirumah kerana adik2 yang lain tinggal di asrama/kampus. Sedikit sebanyak masa terluang Mak dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan mungkin kerana itu jugalah Mak dilantik menjadi pengerusi GPW Jengka 22 dan ketua blok wanita.
Selain menguruskan hal-hal kebajikan blok dan aktiviti2 GPW, Mak juga ada menjalankan projek menjahit kain telekung bersulam bersama rakan karib. Sebab itulah kadangkala sukar menelefon Mak pada waktu siang kerana kadang kala Mak sendiri sibuk dengan tugas-tugas hariannya.

Selain bergiat aktif dalam UMNO, Mak juga pernah mendapat beberapa anugerah kerana kecemerlangan beliau mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang walaupun bukan dari keluarga berada dan yang terakhir yang diterimanya adalah daripada Jabatan Perdana Menteri, Parlimen Kuala Krau iaitu Anugerah Ibu/bapa tunggal pendidikan keluarga cemerlang ketika majlis Rahmat Ramadhan bulan ramadhan yang lepas. Mak yang ku kenal ialah seorang wanita yang cukup sederhana, tabah, tidak pernah merungut dengan segala kesulitan yang dihadapi, lemah lembut tapi tegas dalam mendidik anak, penyayang serta sukakan aktiviti-aktiviti kebajikan.

The begining of the story...
Cuti sekolah kali ini kebetulan Abang ditugaskan outstation ke luar negara, Slovakia dari 5hb - 13hb Dec. Jadi kesempatan ini segera abang ambil untuk mengajak mak dan Iwan (adik ipar bongsu) tinggal dirumah kami menemankan aku dan Danish sepanjang
ketiadaan Abang. Iwan turut mengajak sepupunya, Naim ke rumah. Di tambah pula Idie (adik ipar no.5) cuti semester, maka mereka semua berkumpul dirumah. Sepanjang berada dirumah Mak memang sentiasa nampak cergas dan ceria bermain dengan cucu lelaki tunggalnya. Petang-petang Mak akan lepak di luar, bawa Danish ke taman atau
bersiar menaiki motor keliling kawasan perumahan. Malamnya selepas makan malam menjadi kebiasaan kami menonton TV atau bermain daun terup *yg tidak berunsur judi ya tuan puan* selepas makan malam... mak jugak tak kurang hebat bermain
kerana bak kata Mak
" mak memang ajar anak2 mak main benda-benda macam ni supaya diorang tak pergi merayap ke rumah orang.."
Biasanya kami akan main dengan penuh riang dan mak pun tak kurang hebatnyer...
Kadangkala Ijad (adik ipar no.3) pun datang dan join main. Yang paling kelakar, pernah masa aku nak kena kerja malam sebelum keluar tu aku tengok ade orang pakai topi kledar sambil main daun terup..! rupanya tu denda untuk orang yang kalah!

Hujung minggu aku dan Ijad sempat bawa Mak, Iwan, Idie & Naim ke karnival sure heboh di Stadium Shah Alam dan sempat juga bawak Mak berjumpa Mawi,
celebriti yg pernah diminati Mak di booth Mamee. Malam sebelumnya Ijad sempat bawa mak bersiar-siar makan ikan bakar tepi laut kat tanjung harapan,
Klang. Balik dari karnival aku bawak mak ke rumah Along. Kami tidur semalam. Esoknya aku balik dengan Idie manakala Along hantar mak balik ke Jengka sebab mak ada mesyuarat tahunan GPW di Genting pada 13hb & 14hb Dec tu iaitu hari Abang pulang ke tanah air. Itupun pada awalnya aku dan abang sibuk menegah Mak supaya jangan pergi
meeting tu, tapi mak beriya-iya nak pergi juga meeting tu, meeting akhir (tahun) katanya.

Selesai meeting, Along ambil Mak di genting sempah. Kebetulan Along dapat tender supply goodies untuk event, jadi Mak, Iwan, Idie, bibik & Along bergotong royong menyiapkan goodies dirumah Along. Untuk sementara waktu mak lepak di rumah Along, menghabiskan masa bersama cucu-cucu perempuannya yang seramai 4 orang disana. Sampailah 21hb,
kitaorang pergi ke rumah Along untuk ambil mak kerana 23hb ni ada kenduri kahwin anak sedara mak di Skudai, Johor.

Hari Jumaat 22hb tu aku baru dapat bonus. Jadi malamnya aku belanja semua yang ada dirumah makan Ikan bakar di Yankies Hutt, Bangi. Sedap betul makan malam tu, mana tak nya, Ikan Siakap bakar seekor RM30++..! Tempat ni dah berapa kali aku pergi, memang mendamaikan..konsep ala-ala resort. Hari Sabtu pagi kami bertolak ke Skudai. Pada masa yang sama, Ijah (adik ipar no.4) baru habis diploma di Kelantan jadi
kami berpecah, Along pergi jemput Ijah di Kelantan dan aku bawa Mak ke Skudai, Johor.

23hb kami selamat sampai ke Skudai walaupun ketika itu Johor banjir teruk. Puaslah Mak berjumpa dan bergurau senda dengan sanak saudara dimajlis perkahwinan anak saudaranya disana. Selepas Pengantin bersanding, sibuk mereka ajak Mak turut serta
makan di meja pengantin walaupun ketika itu Mak dah menyuap nasi di meja tetamu. Keadaan waktu tu memang cukup meriah. Mak dikenali mereka sebagai 'Mak Induk' kerana dulu Mak rajin mengikut kakak2nya menjaga anak-anak saudara ketika mereka kacil.. jadi hubungan mereka memang cukup akrab. Semalaman tidur dirumah Kakak Mak, esok paginya
kami bertolak ke Kota Tinggi, kampung halamanku. Ketika itu jalan JB- Kota tinggi
terputus kerana banjir jadi kami ikut jalan kulai dan singgah kerumah baru kakak, K.Ana di Kulai. Di sana adik beradik aku yang lain sudah berkumpul, K.Ana, Dayah dari Penang & family Abg Nuar dari Skudai sudah menunggu. Selepas minum kami
konvoi 3 kereta balik ke Kota Tinggi.

Lewat tengahari kami sampai ke rumah tapi kebetulan bekalan elektrik terputus kerana kerja2 pemulihan dek banjir. sesampainya dirumah kami dihidangkan makanan tengahari yang di masak oleh Emak(kandung). Antara lauk yangdihidangkan ialah siput sedut masak lemak, iaitu makanan kegemaran Mak! Kami menjamu lauk tengahari dengan penuh selera sampai bercerita dan bergurau senda. Maklumlah, Mak pun dah hampir 3 tahun tidak ke Johor sejak majlis perkahwinan aku dulu. Petangnya Mak hanya berehat dirumah sambil bersembang-sembang dengan besannya.. Mak asyik bercerita tentang makanan laut yang dibeli ketika bertandang ke Kota tinggi semasa majlis perkahwinan aku. Mak bertanya kalau ada lagi dijual waktu itu. Untuk tidak menghampakan Mak, Abg Nuar & K.Ezah sibuklah menelefon ke sana kemari nak mendapatkan makanan laut.

Esoknya sebelum tengahari Abg Nuar & K.Ezah (kakak ipar aku)
keluar ke kelong pakcik K.Ezah untuk mendapatkan makanan laut. Nasib baik diwaktu2 banjir tu kelong pakcik K.Ezah ada, jadi mereka terus ke sana. Selepas Zuhur diaorang balik dengan membawa ketam dan kupang yang entah berapa kilo banyaknya..terus ramai2 kenduri bersihkan kupang, rebus dan keluarkan isinya untuk di bawa balik. Ketam pun di kukus supaya tahan lama.. setelah selesai berkemas, kami pun bertolak pulang ke KL. Sempat kami merakamkan gambar beramai-ramai sebelum bertolak tu.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Kota Tinggi untuk melihat kesan banjir.. air dah surut tapi masih ada tempat2 yang dinaiki air. Dalam pada tu sempat Mak memberi komen
"...Mak kalau Iwan, Idie semua dah habis belajar, Mak teringin nak join pasukan sukarelawan untuk mangsa2 bencana macam ni. Mak memang minat buat kerja-kerja macam ni..."
waktu tu aku hanya mengangguk-angguk mendengar celoteh Mak.

Kami meneruskan perjalanan ke KL. Dan Mak juga ada sebut nak singgah ke Ayer Hitam walaupun pada mulanya Mak dah putus asa untuk singgah sebab kami 'ter'habiskan banyak masa di Kota Tinggi melihat kesan banjir.Tapi abang tetap bawa Mak singgah di Ayer Hitam. Di sana sempatlah Mak membeli kerepek-kerepek dan pasu bunga untuk AidilAdha. Setelah dapat apa yang dihajati kami pun meneruskan perjalanan ke KL. Lebih
kurang pukul 9:00 malam kami sampai kerumah.

Keesokan harinya, selasa aku dan Abang macam biasa ke tempat kerja. Mak & Iwan duduk dirumah berehat dan bermain dengan Danish. Hari Rabu Mak minta Along ambil Mak sebab Mak nak duduk rumah Along sekejap sebelum kami semua balik kampung sempena Aidiladha. Itu pun pada mulanya kami menyarankan agar Mak balik saing kami hari Sabtu berikutnya tapi Mak berkeras untuk balik awal sebab rumah dah sebulan ditinggal, jadi mak
nak berkemas mana yg patut walaupun kami nyatakan bahawa adik2 semua ada, jadi sempat lah nak bergotong royong hari sabtu ni.

Dipendekkan cerita, Hari Khamis Mak bertolak balik kampung menaiki kereta yg dipandu oleh Ijad bersama Iwan & Ijah. Hari Jumaat tu dengarnya Mak sempat jumpa dengan bakal besannya di Jengka 12 yang hanya 15 minit dari rumah untuk menentukan tarikh pernikahan Ijad bulan Jun ni.Hari Sabtu berikutnya aku dan Along pula bertolak balik. Aku & abang sampai kekampung tengahari. Sempat kami makan tengahari bersama. Dalam menunggu ketibaan Along, Mak ingatkan pada Ijah supaya membawa balik periuk nasi yang digunakan ketika belajar sebab periuk nasi emak dah rosak. Bila Ijah telefon Along, rupanya Along terlupa nak bawa. Petang Sabtu tu Abang pula ajak Ijad ke bandar pusat. Aku dan Ijah tinggal dirumah untuk membuat persiapan apa yang patut untuk memasak. Petang tu Along sampai dengan membawa periuk nasi baru..! Mak dengan nada terkejut berkata

".. laa kenapa beli yang baru, kan Mak suruh bawak balik yg Ijah punya tu aje.." ujar Mak

Along hanya tersenyum kerana dia sendiri terlupa nak masukkan periuk nasi Ijah ke dalam kereta. Jadi on the way balik tu sempatlah Along singgah ke bandar membeli sedikit lauk pauk & periuk nasi baru untuk Mak..! Petang tu kitaorang kenduri buat sup tulang 8 kilo! Semua memang peberet ratah tulang lembu cecah sambal kicap.. Tak lama tu, Abang pun sampai dengan Ijad dari bandar pusat. Tengok-tengok apa Ijad beli..? Nah.. periuk nasi baru untuk Mak..! Sampai 2 periuk nasi baru Mak dapat petang tu..! Hampir nak terjerit Mak masa Mak terima tu memang Mak nampak gembira sangat sebab bukan
Mak yang request periuk nasi baru, dia cuma suruh Ijah bawak balik periuk yg sedia ada tak sangka pulak anak-anaknya berebut2 belikan 'hadiah' untuk dia. Wajah Mak nampak ceria sangat waktu tu.. sempat aku berseloroh

".. takpe Mak, kita senyap-senyaplah. Nanti satu tu kita bungkus balik letak reben buat hadiah kawin.."

Mak pun tersenyum mengangguk mengiakan kata2 ku.

Selepas lebih kurang sejam kemudian, datang pulak 2 orang pekerja dari kedai Elektrik membawa sebuah peti sejuk 2 pintu baru..! Itulah hadiah dari Abang dan aku untuk Mak sempena bonus kali ini walaupun bahagian aku top-upkan cuma 1/3 dari harga sebenar. Sudah lama kami menyimpan hasrat untuk menukarkan peti sejuk lama kat rumah tu. Kecil dan dah nak berkarat walaupon masih boleh digunakan tapi sudah berbelas tahun rasanya peti sejuk lama tu berjasa.

Bertambah ceria air muka Mak.

"... jangan marah, banyak Mak dapat hadiah hari ni...!" ujar Mak penuh kegembiraan.

Senang sungguh hati Mak ketika itu walaupun Mak tak pernah meminta, tapi hati ibu mana yang tak gembira menerima pemberian ikhlas anak-anaknya. Lantas Mak masuk kebilik dan keluar semula membawa alas peti sejuk yang dijahitnya sendiri.. kali ni aku pula yang terkejut. Wahh..! Siap buat alas lagi macam tau-tau aje. Rupa-rupanya abang sudah
beritahu pada Mak sebelum bertolak ke Slovakia. Tapi kata Mak, Mak tak lah mengharap sangat sebab andaiannya kalau keluar negara mesti banyak pakai duit.
Mak jahit 3 alas peti sejuk yang siap ada poket dikiri kanannya tu. Mak suruh aku pilih dan aku dengan gembiranya memilih corak kegemaranku. Satu lagi terus Mak alaskan dibahagian atas peti sejuknya dan satu lagi Mak berikan pada Along.

Malamnya selepas makan malam, Mak duduk mengadap peti sejuk barunya sambil mula mengemaskan sedikit sebanyak barang-barang basah yang banyak dibeli oleh anak-anaknya. Dan kami biarkan Mak 'melayan' peti sejuk barunya
sambil bersembang-sembang kosong. Ada yang duduk meratah sup tulang..

Esoknya Aidiladha. Subuh-subuh lagi masing-masing sudah bangkit mandi sunat.
Aku pun sibuk mengosok baju melayu abang dan Danish. Kemudian sibuk menolong Ijah dan Along menyiapkan juadah hari raya. Juadah kali ni sup tulang, nasi impit & rendang, soto & lontong..! slurrppp..!
Biasalah, kalau Along ada macam-macam yang hendak dimasaknya.. dari duluuuu lagi.
Manakala kaum lelaki pergi bersembahyang raya. Dalam pada tu sempat kami-kami yang tinggal bersarapan sekadar mengisi perut sambil menemankan Mak makan lontong. Selesai sembahyang raya, kaum lelaki balik dan kami sama-sama mengadap juadah raya sekali lagi. Selesai makan kami sekeluarga mengambil gambar beramai-ramai kemudian bersalam-salaman. Setelah tu kami bersiap-siap untuk menziarah pusara arwah ayah.

Baru sahaja kami hendak melangkah kaki keluar, Mak nampak rumah ke-dua sebelah rumah kami sudah ada orang-orang blok lelaki beraya. Kami pun tidak jadi keluar, lalu Mak menyuruh yang lelaki join sekali kumpulan itu
dan yang perempuan menghidangkan makanan. Kami lepak sebentar sementara menunggu orang datang beraya. Bila mereka datang macam biasalah kami melayan tetamu. Selesai makan tetamu pun mula beransur balik...Bila semua tetamu sudah tidak ada, tiba-tiba terus Mak baring di atas sofa sambil berkata dadanya sakit.Cepat-cepat kami berikan air dan sapulan minyak angin.. tak lama kemudian Mak mula rasa mual hendak muntah. Kelam kabut
kami carikan kain untuk di alas. 3 kali Mak muntah lantas Abang terus mengajak Mak ke poliklinik berdekatan.

Pada mulanya Mak enggan tapi Abang pujuk-pujuk juga Mak lantas Abang, Ijad, Ijah, Mak & Idie pergi menemankan Mak ke klinik. Masa tu rasanya lebih kurang pukul 11:00pagi.. yang lain-lain menunggu dirumah.

Selepas kira-kira setengah jam kemudian Abang balik memberitahu Mak terus dibawa ke Hospital Jengka menaiki ambulans. Abang balik untuk membawa kelengkapan Mak ke hospital. Aku kemaskan beg pakaian Mak dan Idie sediakan kelengkapan
lain seperti pinggan, cawan etc. Kemudian Along, Abang, Ijad & Idie terus bergegas ke hospital. Aku dan bibik menunggu dirumah menjaga budak-budak.

Kira-kira pukul 3 lebih Abang, Along & Idie balik kerumah untuk makan tengahari memandangkan tiada gerai makan yang dibuka sempena hari raya. Di kesempatan itu, aku masakkan sup sayur dan ikan goreng manakala Along buatkan bubur nasi untuk bekalan Mak. Kami bawakan juga sedikit lauk pauk lain untuk Ijad & Ijah yang masih menunggu dihospital.

Selepas Asar, kami semua bertolak balik ke Hospital melawat Mak. Kali ni semua budak-budak ikut sekali. Waktu kami melawat Mak petang tu, keadaan Mak tidaklah begitu tenat cuma Nurse kata tekanan darah Mak rendah sangat jagi Mak di berikan Moffin supaya Mak tidur dan berehat. Jadinya aku lihat Mak kejap-kejap tertidur, kejap-kejap terjaga..
macam mamai-mamai macam tu lah. Tapi dia alert apa kita cakap. Memang dia dengar.. kadang-kadang sempat dia menyampuk. Tapi disebabkan kami faham keadaan Mak macam tu disebabkan moffin tu jadi kami tak lah risau sangat.
Maghrib tu family Along & Aku balik sebab budak-budak pun dah mula merengek-rengek kepenatan bermain di taman. Baju Danish pun sempat tukar sekali sebab habis kotor. Jadi maghrib tu kami balik dan esoknya bercadang untuk datang seawal pagi sebab nak hantar sarapan untuk Ijah. Jadi sebelum balik, kami semua salam dan cium Mak. Aku pun sempat
cium pipi Mak yang sedang terlantar sambil sempat membisikkan

"... balik dulu ya Mak. Mak rehatlah. Sayang Mak.."

Malam tu selepas Isyak, Ijad kembali semula ke hospital melawat. Tapi sebelum tengah malam Ijad dah berada dirumah sebab dia tak dibenarkan menunggu di Wad perempuan pada tengah malam. Menurut Ijad, Mak sendiri pun ada menyuruhnya pulang ke rumah dulu

".... Ijad baliklah. Mak pun dah tak nak apa-apa. Ijad balik lah..." itulah kata-kata Mak dan Ijad akur dengan nasihat itu. Jadi tinggallah Ijah seorang menunggu Mak di wad

Kisah dari Ijah :
Malam tu Ijah kata dia berjaga sehingga lewat 1 pagi. Mak pun berapa kali bangun hendak minum air.. Ijah pun ada bancuhkan air Milo suam untuk Mak. Dalam terjaga terlena Mak tu pun, berapa kali Mak suruh Ijah tidur

"... Ijah tidur la Ijah. Mak bukannya nak apa-apa dah. Tidurlah..." Ujar Mak

Tapi disebabkan Ijah belum rasa mengantuk jadi Ijah terus berjaga sambil tolong-tolong
tengokkan pesakit di katil sebelah yang tidak ada sesiapa menunggu. Sampai lah lebih kurang pukul 1 pagi. Ijah tengok Mak dah terlena. Setelah agak lama lihat Mak terlena barulah Ijah akhirnya buat keputusan untuk melelapkan mata...
Tiba-tiba lebih kurang pukul 1:40 pagi Ijah dikejutkan oleh Nurse dah ketika itu Ijah lihat Mak dalam keadaan tidur tapi kata Ijah dada Mak dah tak berombak. Dengan cemas Ijah terus menelefon rumah menyuruh mereka segera datang kerana katanya Mak pengsan.

Jadi dalam pukul 1:45 abang kejutkan aku sebelum bertolak.
".. duduk rumah ya. Abang pergi hospital kejap, Mak pengsan. Jagakan budak-budak.."
pesan Abang sebelum bertolak ke hospital bersama Along, Idie & Ijad. Tinggallah aku, Iwan, Abg Iskandar(suami Along), bibik dan budak-budak dirumah. Tetapi kala itu aku sudah rasa tidak sedap hati.. mata dah tak boleh lelap semula. Selang beberapa minit, telefon berdering lagi. Ijad menyuruh Abang Iskandar membawa Iwan ke hospital.
Aku terus bergegas mengejutkan Abang Iskandar seperti yang disuruh. Sambil tu aku kejutkan bibik sambil memberitahunya yang semua orang tak ada pergi hospital kerana Nenek pengsan. Kemudian aku yang tak sedap hati terus menelefon Ijah
semula

".. Ijah, keadaan Mak macamana kat sana?.." soalku

"Sabar K.Izan, Mak dah tak ada..." Jawab Ijah sambil teresak-esak

Aku terpempan bagai tidak percaya. Sungguh aku hampir tidak percaya bahawa Mak sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini. Terus tergambar wajah-wajah ceria, senyuman dan tawa Mak pada petang kami berikan dia dengan pelbagai hadiah kelmarin, dan semua kenangan bersama Mak sepanjang cuti sekolah ni berputar bagai filem dimindaku...oh Mak...

".. Innalillahwainnalillah hi rajiun.."

Lantas terus aku beritahu pada bibik yang turun ke ruang tamu. Bibik amat terkejut dan kami berpelukan menangis teresak-esak. Kemudian terus aku teringat Emak (kandung) di Johor lantas terus menelefon kesana sambil teresak-esak
menahan kesedihan yang tak terhingga lalu aku khabarkan pada Emak tentang berita pemergian Mak..

".. dah jangan menangis macam tu, sayang Mak. Pergi sediakan apa-apa yang patut. Sediakan tilamnya, bantalnya... jangan menangis
macam tu..." pujuk Emak.

Lantas aku kuatkan semangat. Budak-budak yg tidur diruang tamu aku & bibik bawa ke atas... kemudian aku cari tilam yang elok, beserta cadar dan bantal. Kemudiannya aku cari beberapa helai kain batik lepas lalu aku letakkan kesemuanya
diruang tamu. Tak lama kemudian jiran dan saudara terdekat mula datang membantu. Habis semua barang dialih/keluarkan. Gambar yg bergantung ditanggalkan, meja tepi, TV, sofa etc.. pendek kata semua clear. Kemudian mereka buatkan kain tirai. Dalam pada tu terus aku bersiap-siap mandi dan berbaju kurung sementara menunggu jenazah tiba.
Dalam pukul 4 lebih jenazah tiba menaiki van mayat hospital. Jenazah yang sudah berselubung dengan kain putih diturunkan ke atas tilam menghadap ke arah kiblat. Bila melihat wajah Mak yang sudah terkujur kaku, bertambah hiba perasaan aku. Mana tidaknya, baru semalam bergelak ketawa dan bergurau senda kami sekeluarga dengan Mak tiba-tiba
hari ini Mak sudah terkujur kaku tidak bernyawa. Air mata mengalir bagai tidak dapat di tahan-tahan walaupun cubaku tahan.

Aku lihat mata Abang merah lantas ku peluk Abang erat sambil mengusap-usap Abang memintanya bersabar walaupun kesedihan ku sendiri tidak tertahan rasanya. Adik beradik yang lain seorang demi seorang mula mandi dan membersihkan diri kemudian kami mula
duduk mengelilingi jenazah sambil mula membacakan surah Yasin. Berulang-ulang. Sekali sekala kami buka kain yang menutupi wajah Mak. Kami usap-usap rambut mak dan kami cium dahi sejuk Mak. Tidak dapat aku nak mengambarkan kesedihan yang dirasai apatah lagi
oleh anak-anak kandung Mak. Namun air muka Mak nampak begitu tenang dan seolah 'tersenyum'... sesungguhnya kami meredhai
pemergian Mak. Allah lebih menyayanginya....

kawan-kawan Mak yang terdekat mula datang menziarah dah tidak kurang juga yang tidak mampu menahan air mata menerima berita pemergian Mak. Sesungguhnya mereka semua terkejut..! Selepas selesai waktu subuh semakin ramai rakan taulan dan saudara
mara yang menziarah jenazah baik yang jauh mahupun yang dekat. Tetamu datang bersilih ganti. Bacaan Yasin berterusan bersilih ganti. Yang mana rapat akan mendekati jenazah untuk melihat dan mencium jenazah buat kali terakhir. Dan setiap
kali kain yang menutupi wajah Mak di selak, setiap kali itulah air mata kami mengalir.... penuh shahdu dan pilu.

Selesai subuh orang-orang yang bertanggungjawab mula sibuk membuat kelengkapan untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Bila semuanya selesai, lebih kurang pukul 10 pagi, kami kesemua adik beradik bersama orang-orang tua yang arif sama-sama memandikan jenazah dengan cara yang paling terhormat. Selesai memandikan jenazah, kami sama-sama membantu mengkafankan jenazah dah sebelum kain kafan helaian ke-7 menutupi jenazah, kesemua adik beradik bergilir menciumi wajah Mak untuk kali terkahir dan saat itulah yang paling memilukan buat kami semua...

Selesai upacara mengkafankan jenazah, kaum lelaki terus membuat sembahyang jenazah beramai-ramai. Setelah itu Jenazah diusung oleh kesemua adik beradik lelaki, Abang, Ijad Idie, Iwan dan beberapa orang lelaki dewasa yang lain ke tanah perkuburan.
Aku dan Ijah turut ikut ke tanah perkuburan. Di tanah perkuburan, Abang, Ijad, Idie dan seorang penjaga kubur masuk ke liang lahad
menyempurnakan pengebumian jenazah. Setelah selesai, Pak Imam mula membacakan talkin diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil. Lebih kurang pukul 11 lebih, jenazah Mak selamat di kebumikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...

Sebulan sebelum pemergiannya Mak sentiasa ditemani oleh insan-insan yang dikasihinya. Tidak ada ruang waktu pun yang dia ditinggalkan bersendirian. Dan rasanya semua keinginan Mak yang sempat terlontar dari mulutnya dapat kami tunaikan. Puas Mak duduk bersilih ganti dirumah kami dan dirumah Along, bermain bersama cucu-cucu kesayangannya. Cuti sekolah memberi peluang kepada Iwan & Idie yang tingal di asrama & kampus ke KL tinggal bersama kami. Ijad pula yang sejak setahun lepas dapat pertukaran kerja
dari Labuan ke Pelabuhan Klang rajin bertandang menghabiskan masa bersama Mak dirumah kami jika tidak duty belayar. Manakala Ijah baru sahaja menamatkan diploma dan sempat tinggal bersama Mak. Dan cuti kali inilah paling lama Mak tinggal bersama kami sebelum pergi menyahut seruan Ilahi...

Pemergian Mak sesungguhnya kehilangan besar buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi kepada Iwan yang bakal menduduki PMR tahun ini kerana dialah yang paling rapat dengan Mak. Semoga Iwan dan adik beradik yang lain sentiasa tabah menerima segala qada dan qadar dari Ilahi. Segala nasihat dan kenangan yang pernah dikongsikan selama lebih kurang 4 tahun bersama Mak akan tetap abadi di dalam ingatan. Dan yang paling penting, segala jasa dan budi pengorbanan Mak mengandung, melahirkan, mendidik dan membesarkan lelaki yang paling aku kasihi (selain Abah & abg kandungku), sehingga menjadi seorang suami dan ayah yang hebat tidak akan aku lupakan.
Itulah pergorbanan dan jasa terbesar Mak buat diriku, yang tak mungkin dapat ku balas.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga rohnya di tempatkan dikalangan roh insan-insan yang soleh. Al-fatihah - Aminnnnn.