Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan Jalan. Show all posts
 Assalamualaikummm...
Ahaa... semakin rancak cuti sekolah masing2 ya....
selamat bercuti semuaa.. semoga selamat perjalanan pergi dan balik especially time2 musim tengkujuh ni


Sabtu lepas kami sekeluarga ke Perak menghantar rombongan merisik dan bertunang.
Alhamdulillah dah selesaiiiii.... 
on the way balik tak lepas kan peluang menjelajah Cameron Highlandd!
Harus laa kann.. hantu jagung cam aku ni mmg tak leh dengar kalo 'lalu' sebelah CH..
gigih ajak manjat reramai hihih


Sempat la gi petik buah strawberry...
the rest.. lets the picture talk heheheh













WAJIB Beli..!







Eskrem Strawberry!


Dan yang palinggg membahagiakan bila berkunjung ke Cameronn!
sebagai HANTU JAGUNG TEGAR! wahahhahaa


Harus la ku sorang je bertongkol2... bercup2 jagung rebus! wahahahah




Dinner reramai kat Tanah Rata.. siap ada pemuzik jalanan yg baru sampai dari Langkawii.. peh!


Keesokan malamnya terus buat sukiyakii!!! walllaaa memang terbaekkk ni.. my feverett yg
jarang2 ada peluang nak masakkk..!
memang puas la makan kali ni dgn sayur2 segar dari Cameron Highland!
Dengan cuaca yg seram2 sejuk ni mmg terbaekk aaaahhh!!
Esoknya breakfastt pun pulun sukiyakii!!! waaaaa... so heavennn!!


Ok.. tengah packing2 utk satu lagi destinasi percutiann.. musim hujann.. baju lambat keringg arrghhh!
Kompem la berat bag gi jalan kali ni uhuhuhuh

hingga berjumpa lagii.. daaa!

Assalamualaikum...

Wah sedar2 dah masuk hujung September. Sungguh pantas masa berlalu...
Hujung minggu kami penuh gak aktiviti..
Pagi Ahad pepagi dah jejak Taman Tasik Cyber...
breakfast piknik tepi tasik sambil beriadah keluarkan peluh.


Bawak bola & raket badminton...
puaslah budak2 ni main bola dan lagi best main playground..
Berapa kali pun jejak memang tak jemu2 budak2 ni kann...
sentiasa rasa teruja hihihihi


Puas berfootball, bercombat, berplayground and so on terus gerak balik. Dapat COD confirmation so 
kena siap2 balik utk kejar schedule.

Balik sempat masak, lunch di rumah and keluar COD di Kerinci. Since dah tak de schedule lain,
lepas COD terus gerak ke Shah Alam.. first time nak jejak ke Perpustakaan Tun Uda 
yang baru terletak di Seksyen 13 tu... tak pernah jejak lagi hihihi

Sejam lebih gak lepak sini.. sempat la Danish & Dania kata beberapa buah buku cerita and Danish 
update dalam buku Nilam sekolah.  Sebenarnya macam2 aktiviti ada kat sini... HP habis bateri pulak so tak dapat la nak snap banyak uhuhuhuh. Yang pasti mmg best library ni. Sangat selesa... ruang2 untuk kanak2,
remaja & dewasa.
Seronok tengok student2 yg buat study group siap bersofa bagaiii... feel like at home gitewww... untung 
betul budak2 sekarang kannn


Lepak punya lepak sedar2 perut dah berkeroncong. Ajak Papa singgah pekena
Mee Ketam kat Seksyen 7.
Pernah baca entry kat blog Lieya.. lama dahhh.. ntah betul ntah tidakk.. tapi bila google ni la page yg 
keluar atas sekali so terus terjah sini hihihi


Sampai2 kedai penuh!! Kitaorg order Mee Kari Ketam dan Mee Kari Udang Galah.
Udang galah RM90/kg aka RM9/100g...

Memang sedappp... kurang pedas so budak2 pun bleh makan kot.. 
kitaorang ? memang licin kuah pun tak tinggal! hihih

Alhamdulillah perut dah kenyangg.. terus la balik..
esok dah nak sekolahhhh... dan kerja macam biasa heheeh
Assalamualaikum...

Akhirnya baru berkesempatan nak update cuti cuti family day ke Pulau Redang hihihi
Pulau Redang ni kalau tak de organizer arrange memang tempat yang agak sukar di jejak 
lebih2 lagi bila ada anak kecikk.

Seawal jam 9:30 malam kami dah bertolak dari ofis Abang menaiki 
Bas 2 tingkat... sekali tengok memang rasa ngeri nak naik bas tinggi2 ni kan.. mujur
la tingkat bawah dikhaskan utk family yg ada anak2 kecikk so aman la duduk 
tingkat bawah ngan budak2.


Jam 5:00 pagi gitu dah sampai kat Kuala Terengganu. 
Sementara tunggu jadual Feri jam 8 pagi sempat la Subuh & breakfast kat jeti.


Muka baru bangun tidur hihihi


Geng2 seangkatan Danish & Dania.. kat belakang tu bas yg dinaiki beramai2. Dalam pada tunggu Feri sempat lagi pump EBM utk supply pada Dhiya KLIK SINI. Freshh & baekk punya hihihihi


 Nak siap2 nak naik Feri. 

Abang sempat pose kat dec Feri

Perjalanan dari Jeti Kuala Terengganu ke Pulau Redang mengambil masa kira2 1 jam setengahh.
Bleh tahan gak jauh nya.

 

Riang ria dalam feri dengan masing2 muka tak mandi lagi hihihih. Gambar sebelah kanan sebaik 
menjejakkan kaki ke Pulau Redang... yeayy!!!


Tu dia tu dia... siapa nampak kedai kat sebelah kiri tuh...
Ochado ~ Pearl Milk Tea branch!!! Wallaa... sangat2 suker okehhh!!
Dah la memang tengah kemaruk minum benda alah tu. Bleh plak kat
Pulau Redang ni sesattt gerainya satu uhuhuh


Dhiya main pasir sementara tunggu check in time. 


Bilik kamii... ada 2 katil singgle ( atas bawah ) dan queen size bed dalam nya. Tak la luas sangatt tapi cukup la  tempat nak tidur berlima 


Petang tu pukul 2 terus acara Snorkerling 1st trip! Di sebabkan 1st Trip so tak de la bawak gadget sebab nak snorkerling puas2..  dalam sejam gak sessi snorkeling tu. Petang dah balik pantai baru amek HP /camera gambar2 skett. Ni acara snorkeling tepi pantaii sementara tunggu bot ke Pulauu utk snorkeling.

Danish la paling excited.. nyaris tak mo naik ke daratt asyik nak 'menyelam je hihihih.


Ni acara petang lepas balik snorkeling.. kemain lena tidur kat buai tepi pantaiiiiiii dengan angin sepoi2 bahasa dan ditemani deruan ombakkk

Budak2 pulak layan main pasirrr



 Ralit dengan dunia masing2.. ala2 istana takeshi gitew hihihi


Malam diikuti dengan acara sukan suka suka... patutnya petang tapi semua dah lepakk last2 postpone ke malam. Seb baik ada port baekk punyaa..


Acara rebut kerusi kanak2... 

  
Danish  ke peringkat final dan terus JOHAN!! Caya laaaa.. bab berebut memang no. 1 muahahahhaha!

\Next acara untuk kaum lelaki dewasa... Papa TOP 3.. ok la tuuu 


 Dhiya macam biasa.. main pasirr.. jenuh kejar dia ke sana ke mariii


Ni acara game teka perkataan dari bahasa isyarattt


Di sebabkan ramai yang seriii.. beberapa kali buat semula.. memula Danish kalahh.. 
jenuh pujuk orang yg susah nak terima kekalahan ni isk isk iskk.. last2 dapat No. 3 setelah beberapa kali saringan seri hehehehe

berakhirlah aktiviti hari pertama....

okeh.. to be continuee..