Showing posts with label Dania Aliesya. Show all posts
Showing posts with label Dania Aliesya. Show all posts
Assalamualaikum...
Salam hari isnin sudaaaa..
Nak citer kisah weekend lepas. 
Al kisah.. periksa pun dah tamat... Sekolah Danish Dania anjurkan 
Karnival Keusahawanan. Tengok tentative tu mmg macam2 
aktiviti tahun ni. Tahun lepas pun tak terpergi..
kira tahun ni la first time nak pergi.

Hari Jumaat tu balik sekolah tetiba Dania kata dia masuk Fashion Show...
assudahh... betul ke Dania ni... masuk ke or tengok.
Memula mmg tak berapa percaya tak percaya...
esoknya tu suh dia pakai seluar Jeans dulu Abang hantar ke sekolah 
cek dgn Cikgu dia betui ke dia masuk.. kang beriya2 dah salin baju tetengok
jadi tukang tengok tak ke naya hihihihi.

So pagi nye pukul 8 lebih Abang dah hantar Danish Dania pergi sekolah.
Aku kat rumah lagi dengan si kenit 2 orang Dhiya and Delishaa..
Dhiya bangun pun tak lagii...

tak lama Abang balik.. kompem Dania masuk Fashion Show! 
Dah la tak tau bila pukul berapa acara start.. haiyaaa.. kelam kabut 
le mamanya nak siapkan dengan Mamanya pun nak bersiap wahahhahhaha.

Kul 9 lebih baru sampai sekolah.
Register nama Dania rupa2 start kul 10 pagi.. seb baik.. 
kalo tak mmg ada can la jadi tukang tengok jee uhuuuu.


Dania si gadis no 16.
Sebenarnya aku tak expect dia ada courage dan keberanian 
untuk beraksi di atas pentass..! wow!!
Baju pun of course sambar mana sempat je dah le malam sebelumnya baru bagitau.
Then walaupun sempat practise 'cat walk' ala kadar kat rumah 
*tu pun pagi nak pergi baru kelam kabut practise*
 sampai atas pentas separuh je yg macam dlm practise dia buat hehehehe.
Tapi still Mama tabik spring kat Dania sebab berani naik atas stage in front of huge crowd okehh!
Well done Dania!! *clap clapppp*


Bersama peserta2 di belakang pentas. 
Comey2 . *sila abaikan make up 'ekspress' Dania*


Yang best nya lepas acara Fashion Show to lansung tak tunggu keputusan.
Tak tau result nombor berapa sebab dia dah sibuk nak join event lain hihi.
Whatever la Dania asalkan bahagia hehe.
Ada aktiviti bermain dgn Arnab. Ralit jap kat sini.


Giant Balloon.


Ada giant balloon play ground jugakkk


Si Danish lansung lost track. Tak dan bergambar pun dengan Danish.
Bagi kupon RM20 merata la dia cari aktiviti yg dia suka. 
Habis buat main game, mini golf siap dapat hadiah LEGO... 
sanggup berlapar tu tak beli langsung mainan hihi.
Sebenarnya banyak lagi aktvitii.. Flying fox pun adaa...tapi tak dan 
nak jejak semua.

Al-kisah. Overall budak2 enjoy karnival tahun ni.
Tu pun Mama kena balik awal sebab ada appointment lain.
Nak jumpa blogger Ina Syuk pun tak sempatt padahal masing2 kat area2 itu je huhu.
Parking keta pun depan taska sebelah2 je kikikiki.
InsyaAllah tahun depan join lagi. 

P/S :
Teringat gambar 'Fashion Show' Mama masa beraksi atas pentas zaman tadika dulu. Crown kepala handmade  guna manilakad... pastu buh serbuk kilat2 tu kann.. kau hado ? wahahahahha
Assalamualaikum...
Semalam genaplah usia Dania yang ke 7 tahun Alhamdulillah. Since semalam cuti (tapi mama kena standby sbb Japan kerja macam biasa huwaaaaa) maka buat lah juga small celebration. Asal2 niat nak keluar makan dekat2 rumah je since mama dari pagi dah kena online PC jadi tak sempat nak masak beriya. Mujur lah kek Frozen yg ditempah last minute jumaat malam lepas sempat siap. Tu pun order dengam ex-housemate zaman bujang2 dulu yg sekarang ni dah core buat bakery.

Sekali Dania pulak asyik sebut2 je kakak Alya dia (sepupu). Dok tanya kakak Alya datang takk... haish tak sampai hati pulak makanya lepas zuhur Papa dia pergi lah pick up kakak2 sepupu buat meriah2 majlis simple Dania ni.

Petang bila2 kakak2 dah sampai terus celebrate dan potong kek. Yang tak sabar sangat tu bile nak bukak dan menghadap loom band tu. Mmg patut panggil kakak2 yg dah tahap sifu tu hihihi.


Bufday girl


Kek Frozen yg sedang menjadi kegilaan kanak2 hihihihi


Kakak2 sepupu yang memeriahkan majlis simple ni



Acara potong kek siap ada 'pembantu'


Kek Red Velvet Frozen yang sangat marvellous...!
Fresh cream yang ringan kena pulak dengan rasa RV yang lemak masam manis tuuu...
sedap sangat uollss!


Riak wajah Dania yang jelas tergambar keriangannya.


Seronok sangat tengok senyuman ceria Dania sepanjang kakak2 ada kat rumah. 


Operasi menge'loom band


Sebelum ni Dania dok beli kat sekolah 1 set RM2.
Habis duit belanja sekolah kenn


Tu dia kakak2 dengan hasil Loom band masing2


Patern sama jek? aku lak tak sempat nak carikan manuall


Petang tu sempat lagi keluar gi main kat taman. Dinner bawak semua makan kat luar baru hantar kakak2 balik. Otw balik puchong Papa kata separuh perjalanan Dania menangis dalam kereta dek kesedihan bila kakak2 dah balik huk huk!
Anyway Selamat Hari Lahir utk Dania. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat. We love you so much!!!
Assalamualaikum..

Nilah akibat semua di hujung jari. Lain nak beli lain yg TERbeli.. Alat pelipat baju atau nama omputehnya "folding board". Asal2 org buat pakai kotak je la ni dah dikomersialkan tu yg gatal mengorder hihihi.
yg bestnya sampai2 rumah Dania paling excited nak test drive. 
Tak dan salin baju sekolah dah tanya 
" Mama bila nak lipat kain ni?? Cepatlah Dania dah tak sabar!" 

Wahahaha lebar sengih mama dengar sambil terbayang 'mentol' lampu menyala 
kat tepi telinga. Taktik menjadi hihihi  !

Assalamualaikum...
Alhamdulillah usai sudah majlis graduasi Dania dari The Little Caliphs.
Majlis berlansung awal bulan lepas.
Mama dan Papa dan Abg Danish menghadirkan diri 
ke majlis tersebut. 
Majlis tahun ni hanya ibu bapa pelajar 6 tahun yang di jemput hadir.
Majlis gabungan dari 2 branch The Little Caliphs.


Menunggu majlis bermula


Ucapan oleh founder of program TLC, Puan Hajah Sabariah


Majlis di serikan dengan persembahan dari pelajar2 dari ke-2 branch TLC.
Persembahan pertama


Next short drama.... 


Part Dania



Persembahan dari pelajar2 branch satu lagi


Acara kemuncak, Majlis graduasi.


Dania yang nampak ke'nerveous'annya..
Dah besar anak Mama.. dah grad dah pun huhu


Next turn Dania.. Cikgu pengiring pimpin tangan sampai naik tangga


Dania Aliesya


Alhamdulillahh... tahniah Dania. Semoga segala 
ilmu yang dipelajari di TLC akan memberi manfaat didunia dan akhiratt...
semoga terus membesar menjadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa yaa sayanggg.


Kesemua pelajar  tahun 6 dari TLC Taman PP.


Dania dengan best fren dia, Arissa.


Dania dan Abang


Kami dan Dania


Dania bergambar kenangan dengan guru kelas, Teacher Ida


Dania dan pengetua sekolah.. Teacher Yan


Kami dan Pengetua sekolah...


Danish yang sibuk nak pakai 'jubah' jugakkk


Sempat bergambar dengan Founder of program TLC.


Last but not least, ada jugak booth jualan makanannn.. tak menahan tengok cheese cake ni kannn.
rembat setiap perisa uhuhuhu. Memang cair di mulut gitewwwww


Sekian usai sudah majlis Konvokesyen Dania.
Tahun depan Dania akan masuk Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama pula.

Semoga terus membesar menjadi Khalifah yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirattt..
aminnnnnn
Assalamualaikumm....

Tanggal 1 September semalam genaplah usia Dania Aliesya ke-6 tahun ini.. Alhamdulillah.

Untuk rekod bufday Dania ni selalu jatuh bulan puasa...
tahun lepas pulak time raya tapi Abang masa tu warded so celebrate simple je dgn kawan dia jiran sebelah.
Tahun ni sekali lagi jatuh bulan Syawal dan kebetulan weekend. Actually Dania request nak potong kek dengan kawan2 kat sekolah... InsyaAllah nanti mama jadikan kenyataan yek since ni last dia sekolah taska.


So semalam pun  wat jugak majlis kecil-kecilan just ajak sepupu2 Dania memeriahkan Majlis.
Sementelah Mama pun sepat gak beraya 2-3 rumah tengahari tu so berkejar2 jugak la untuk sampai rumah
sebelum sepupu2 Dania sampai rumah.


 Menu pun simple je... Lodeh Jawa  (Nasi impit, kuah lemak + sambal sotong) + Spagetthi Bolognese.
Alhamdulillah sempat jugak siap. Mujur bibik ada tolong siapkan bahan


Tahun ni kek order dengan M&M Cupcakes. Geram sangat tengok lukisan kek dia comel comell!! 


Pak Lang sampai dulu. Mak Lang on duty hari ni


Next Mak Long sampaii.. 


Jemput jemputt


Delisha kalau tengok orang makann.. di tenunggggg je macam nak telah jugakk uhuhu


Bila di agahh dah rajin gelakk!! kalo tak di tenung2 sorang2 yg tengah makannnn..
cian anak Mama uhuuu


Bufday girl dengan cupcake mewakili ahli keluarga besar kami...
Papa (versi pakai contact lens hihi) + Mama + Abg Danish + Dhiya + Delisha + Bibik
Sengih je  bibik tengok cup cake dia pun ada. Saje ambik ati bibik sket hihihi


Hadiah yg sempat di belikan untuk Dania.. ni kena main sama2 ngan Abang sbb masa bufday Abang
2-2 dah dapat hadiah hihihihi.
Buku cerita tu pun Dania yg pilihhh. Keluaran Ana Muslim


Okay 1 short sebelum mula acara


Dengan 'watak' cupcake masing2 hihihi. Danish komplen 
nape gambar dia rambut macam botakk.. ? mama cakap tu rambut ala punk laa
kan Danish selalu buat hihihi


OK hidupkan api lilin dulu


one pose lagi


Terus berkumandang ~  Lagu happy bufday diikuti 
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Dania Aliesya,
Allah selamatkan kamuu... aminnnnnn


Birthday girl tiup lilinnn


dan potong kek sendiri hihihi


Seterusnya acara potong kek. Yg lain dah tak sabar nak makan kekkkk


Dhiya & Zara


Mama + Papa & Dania 


Mak Teh baru balik dari Temerloh. Sempat tapau kan Tempoyak Patin & Sambal kacang special ..
memang terBAEKKK!!!


Makan2 skettt sambil sembang2 


Tinggal mak2 and bapak2 bersembangg.. anak2 semua dah berterabur mainnn

Terima kasih semua yang telah sudi datang majlis yg tak seberapa..
terima kasih juga hadia untuk Daniaa...
sampai jumpa lagiii daaaaaaa

"Selamat hari ulangtahun ke-6 buat puteri kami, Dania Aliesya. Semoga terus dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang Nya selalu. Mama & Papa doakan semoga kecemerlangan sentiasa mengiringi hidup mu sayang... we love you so much! "