Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Assalamualaikum...!!
Ahaa.. akhirnya baru sempat nak update... lama sungguh 
Blog sunyii.. maklum la balik kampung raya sakan!!! hihihi

ok di kesempatan ini Saya dan keluarga ingin 
menghulur sepuluh jari kepada para rakan blogger dan pembaca
diluar sana dengan ucapan 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Mohon maaf sekiranya ada celoteh yang menyinggung perasaan 
mana2 pihak.. blog ini hanyalah perkongsian peribadi tuan tanah semata2 hihi.

okeyy.. jom layan gambarr!
Bergambar dengan Nenek kesayangann



Kami berenam tahun ini!!
 Meriah hihihi.. tema tahun ni Biru turqoise + pinkk. I loikeee


Posing dengan my soul mate.


With my latest edition ~ Delisha


Cheeky sangat budak kenit ni.. gerammm. suka sangat buat
muka duck face cam ni ... hihih
Dhiya ? err tidur kot kikikikki


Abang Long & Kak Ngah hiiiiii


Macam biasa selepas aktiviti marhaban lelaki, dalam lepas zuhur tu 
 ada sessi bersalamannnn bersama seisi keluargaaa..

Mula2 yg tua salam nenekk... lepas tu diikuti oleh anak2  dan anak2 sedara
sambil sessi kasi angpow raya hihi




Danish yang terkedu2 nak susun ayat nak salam Mama dia  hihihi


Gegirl kat rumah ni. Mak Usu je tak balik raya tahun ni sebab dalam pantang raya


 Actually lepas je salam2 dah ada sedara datang serbuuu... 
sessi bergambar bersambung plak belah petang hihihih

Last but not least inilah keluarga besar kami
pada Hari Raya pertama tahun ini.



Alkisah.... 

Assalamulaikum....

Salam Aidil Adha buat semua teman blogger dan pembaca di luar sanaaa.
Semoga bergembira bersama kaum keluarga dan 
sanak saudara dihari yang mulia ini...



Salam Aidiladha dari kami sekeluarga 
~ Sham, Izan, Danish, Dania, Dhiya & Delisha~
Assalamualaikum
Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga buat rakan2 blogger sekelian. Sepuluh jari disusun, maaf zahir batin jika ada coretan, komen atau gurauan yg mengguris hati kalian tanpa disedari

Tahun ni kaler tema raya kami kaler Purple dan giliran beraya di Johor. 
Sempat beraya rumah2 sedara dan rakan sekolah sebelum bertolak ke Pahang.


My complete family. Dah ber-6 Aidilfitri tahun ni Alhamdulillah


Bergambar dengan nenek tersayanggg


Me & My better half


My HEROs


Dengan Nenek kesayangan. Masa ni snap2 sementara tunggu Abang balik solat Raya di Masjid.
Dhiya tengah lenaaa ZZZzzzZZz


Mama & my latest edition in the family ~ Baby Delisha. 
Berpeplum jugak tahun ni.. saiz baju sama dengan Kakak DHiya ~ Size 2! 
Pastu jenuh lipat hihihihi

Permata hati kesayangan kami

Danish, Dania, Dhiya & Delisha



Balik solat sunat Aidilfitri orang2 lelaki terus pergi marhaban.
Selalu Danish marhaban 4-5 rumah dah balikk kepanasan aka kepenatan. 
Dia mmg paling lemau kalo di ajak marhabann.. masa dia kecik2 dulu 
duit raya ikut marhaban dulu siap dia bagi2 kat kengkawann.. sabor je laaa.

Kali ni sampai habis marhaba tak nampak batang idung...waaaaaaaa
suka mama. Pandai dah ikut marbahann dah besar2 ni kann.. good goodd..!!
sekali tengok orang dah balik marhaban Danish still tak nampak batang hidung lagi.
Bila check rupa2nya dia dok melepak kat ngan cucu kat umah sebelah dok main game..!!
Gggggggrrrrrrrrrrrrrrrrr.. bertuah punya budak! kikikiki


Lepas marhaban baru la berkumpul kat rumah salam2 Raya


Kemain lebor senyummm Abang ehh!


Turn anak2 plak berayaaa... Danish tengah speechlesss la tu nak karang ayattt 



Last but not least... our BIG family.
Bergambar dengan adik beradik, anak2 sedara & ipar duai.
Dengan bibik2 sekali bergambarrr


Kali pertama beraya tanpa Arwah Abah di sisi . Al -fatihah buat Abah semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg solehh... aminnnnnn

 Raya dah habis baru terhegeh2 nak update.. ngahahahaha.
Mintak ampun laaa.. busy terbabas sampai tak menyempat2 dah uhuhuh.
Tapi tak kira nak update gak walopon dah basi akakakakaa

Tahun ni turn beraya kat Pahang, kampung halaman Abang. 2 family termasuk adik bujang Abang je 
beraya kat umah pusaka tahun ni.. yang lain beraya umah mertua & yang bongsu
beraya di perantauan... kat US nunnnn uuhuhu.

Tahun ni kira aku la jadi master chef memasak juadah raya.
Lupa sungguh nak snap gambar juadah..
tapi antara yang sempat aku masak
Lontong (lodeh), sambal bilis, Sup tulang 
untuk buat soto sekali... sambal kacang nasi impit,
 Ayam masak ungkep.
Along sampai malam raya dah siap masak 
rendang, Ayam masak merah dan satu menu lagi yang aku pun dah lupa.
Pak lang petang2 dah hantar lemang panas2 dari rumah mertua..
memang terbaekk!! 

Abang plak gigih jugak cari daun kelapa buat anyam ketupat
he he he. Kasik feel sket la dah nama pun beraya kat kampung kannn.


Ok ni gambar pagi raya kami.. team merah & team maroon pink (belasah je la)


Ahaa.. aku dan Abang.. Perasan macam baru kawen anak sorangg je kannn ekekekeke.
Danish & Dania ralit main nak bergambar pun kejap2 je.. situlahhhh


Mak Long & anak2 sedara


Anak Along baju merah anak dara 5 orang eheheheh


Ops salam rayaa


Ni 3 orang permata hati ku. sempat candid time derang tengok TV jek

Bibik pun sedondon kaler tema raya tahun ni hik hik




Budak2 dah ready nak gi beraya


Marhaban lelaki beraya kat Umah


Jiran2 yang datang beraya. Petang tu kitaorg pun 
berkunjung balas beraya kat umah jiran2 sebelah.


DAY 2
Ahaaa.. Hari ke-2 gi beraya kat umah sedara mara plak.


Hari ni tema kuning eheheheheh


Cam biasa.. pengantin anak satu.. 
Danish & Dania terus masuk dalam keta layan movie kartun.
Sukahatilah labuuuu


Ni beraya kat umah Mak Saudara.. memang tiap2 tahun WAJIB datang sini
sbb mak sedara ni dah macam mak sendiri dahhh


RAYA @ REUNION

 Ahaaa.. sempat jugak gi beraya umah kengkawan kat Jengka nun.
Ni member2 masa duk asrama kat Kuantan dulu  


Dari petang bawak ke maghrib tak reti nak balik akakakak


Ada yang dah berbelas2 tahun tak jumpaa..
Alhamdulillah.. raya kali ni sempat jugak beraya 
ke rumah saudara mara dan sahabat handai kat sanaa

Yang bestnya nampak tak awek baju pink tergolek lena kat kaki  Danish tu..
awek tu masuk dalam keta nak beraya je terus tertidur..
angkat gi umah orang tu.. tak bangun pun..
sampai habis beraya angkat balik masuk dalam keta tak
bangun2..! akakakkaa. Kompem dia tak sedar dah beraya
umah orangg akakakakka. Tak senonoh sungguh anak dara ku ini kann..
si Dhiya pun dah lena masa tu.. terkeluar lak dari gambar uhuhuhu
Assalamualaikum....

Akhirnya kembali bersiaran. Selamat 
kembali bertugas semua. Alhamdulillah, 
perjalanan balik dari kampung kali ini lancar dan kurang jammed.

Apa pun di kesempatan ini,
Saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
Maaf Zahir dan Batin kepada semua
terutamanya kepada pengunjung setia blog ini.
Mesti Hari Raya korang pun meriah kan tahun ni kan ;D


Tahun ni kami beraya di Pahang kemudian ke Johor.


Gambar perasan pengantin baru ehehehehhee 


Gambar dengan Baby Dhiya sebelum keluar beraya.
Full story kiter citer next entry okehhh ;)
Selamat beraya semuaa!!!!