Assalamualaikumm...
Ahaa... alkisah.. setelah 2 kali bersalin lepas masuk kompeni baru ni baru naik cuti
Maternity kali ni baru tahu yang ada Nursing Room dekat bangunan ofis Mama isk isk isk.
Sebelum ni memang tau ada Nursing Room ni kat bangunan satu lagii.. tapi agak jauh untuk berjalan kaki
dari ofis Mama so biasanya pump susu kat Surau je lah. Then EBM tu simpan kat freezer kat pantry.
Naik kerja baru2 ni member team sebelah bagitau kat bangunan ofis Mama pun rupanya ada Nursing Room!! Baru la Mama terhegeh2 nak terjahhh !
So bila dapat tau ada Nursing Room dekat ngan ofis terus la dengan senang hatinya
pump susu kat Nursing Room ni jek. Owhh terima kasih En Kompeni
kerana keperihatinanmu... sayangg kamu muahh muahhh!!
Ok dalam bilik ni ada 4 single room berpintu. Means pintu tu boleh
lock dari dalam utk lebih privacy.. so boleh la nak selak menyelak
dengan mudah masa pump kan hihihi
Setiap bilik plak ada meja & kerusi empuk. Tak lupa plug point
utk ibu2 yg perlu nak charge bateri. Mama siap bawak Nursing Wrap
sebab ingatkan nak pump kat Surau macam biasa kan.
Pakai Nursign wrap senang la nak selak2 masa nak pump.
Rupa2nya ada Nursing Room pun!! terus tak bawak dah Nursing Wrap tu lagi hihii
Ok.. ada singki dan freezer sekali utk cuci perkakasan breast pump
dan simpan susu EBM. Sangat2 sukerr okehh!!!!
Ahaaa.. ni nak share pulak pengalaman hasil EBM sejak guna Medela Freestyle ni.
Alhamdulillah hasil EBM lebih lumayan dari dulu. Suker sangat sangat!!
Okeh.. kat cooler bag ada pocket utk letak gambar baby
utk bagi semangat kat Mama supaya susu lebih banyak keluarrrr ;)
Plug je breastshield dan teruskan proses mengepump ~ handsfree..!!!
So tangan pun tak lenguh leh la sambil2 baca paper ke ( digital),
layan FB or Email... apa saje lahh .. * sangat sukerr jugakkk !!)
Okeh selesai pump ~ biasa antara 10 ~ 15 minit. Terpulang
rajin nak 'tunggu' lama mana, taraaaaa hasilnya...!!
9 Oz ++.. Alhamdulillah..!! sekali pump je tuu..
dah la auto je kan..sangatt sukerrrr okehhh!!!
Ahaa.. ni hasil EBM dengan Medela Freestyle ni di waktu2 lain.
Alhamdulillah mudah sekali pump dan dapat > 8 Oz InsyaAllah.
Ni balik kerja... pump sambil drive balik umah.
sampai2 rumah tengok EBM 10 Oz..!!
Masa ni First time pecah rekoddd !!! masa tu memang sangat terujaaa lalala ~
Then pada satu hari yg lain pulakkk sekali pump dapat 11 oz..!
Ya Allah seronoknya tak terkata.
Sebelum ni memang tak pernah pump dapat banyak macam ni.
Apapun yang penting istiqamah dan rajin pump ikut schedule supaya 'demand and supply'
akan sentiasa berterusan InsyaAllah.
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT murah rezeki EBM Delisha.
InsyaAllah Mama akan buat apa saja yg terbaek untuk anak anak Mama.
*Tuan tanah pun sibuk nak interpremm hihihi*
Last but not least.. sesiapa yang berminat
untuk menggunakan Medela Freestyle boleh layari
URL di bawah untuk keterangan lanjut okehh.
InsyaAllah pelaburan yang sangat2 berbaloi apatah lagi
yang baru nak dapat anak pertama.
Masa terbaik untuk buat stok EBM ialah waktu dalam pantang.
Then waktu terbaik untuk mengepam ialah time baby breast feed jangan biarkan
susu mengalir kat breast satu lagi.. buat tanderm nursing okehh!
InsyaAllah penghasilan susu akan berterusannnnnnnnnnnn
p/s: Nak baca lagi pengalaman menggunakan Medela Freestyle ? KLIK SINI
alaa seronok nyer ade bilik pumping kat tmpt kerja!
ReplyDeleteWoww! Selesa sangat bilik nursing tu!
ReplyDeletebesnyer bilik nursing dia..bgus company camni..support bfeeding
ReplyDeletebestnya ofis akak~ ada keje kosong tak? hehe =P
ReplyDeletetggu 2nd baby nk beli medela gak...
wahh bgus ar kompeni akk keje tu siap sediakan bilik nursing..mana mau cri kompeni best gini??kita pam dlm stor tmpt solat je..hehehe syukur jgk ada tmpt dr tkde kn..
ReplyDelete*kagum tgk hasil pam akk..akk diet tak? ada amal makanan berkhasiat khas yg lain?
Re Mrs Eady : Alhamdulillahh... tu pun dah bersalin kali ke-2 kerja kat sini baru tahu hihihihi
ReplyDeleteRe Nad MamaZN : tu laa.. privacy la sebab bilik sorang satu.. tapi kalo leh share 2 org pun best kott.. leh gossip2 sambil pump susu kan hihihii
ReplyDeletere Iduraz : Tu laaa... ada dikhaskan Nursing Room ni pun memang dah bersyukur sangattt ;)
ReplyDeleteRe Diila Nordin : Ada dikkkk! berminatt..? ping akak yerr hihihihi.
ReplyDeleteInsyaAllah sangat berbaloi guna Medela FS ni. Moga di permudahkanNya ya Diila ;)
Mrs Fiza, memang betul to Fiza. Biasa ibu2 pump kat surauu je lagipun ada pili air boleh bersihkan peralatan. Teringat kat tempat kerja lama dulu.. ada almari telekun.. siap bawak bekas plastik macam tapis tu utk keringkan perlatan sebelum next pump session uhuhu
ReplyDeletePump susu ni yg penting rajin 'kosong'kan supaya process 'demand & supply' berterusan. InsyaAllah tak putus susunya nanti. Akak pun makan macam biasa... masa dlm pantang dulu ada gak ambik supplement.. tapi dah naik kerja ni paham2je la.. asyik terlepas schedule he hihii. tapi kalau rajin mengepump & istiqamah, di tambah pulak peralatan yg digunakan efisien, InsyaAllah susu tak putusss keluarrr ;)