Friday, May 31, 2013

Cuti cuti di Gold Coast Morib ~ DAY 2

Assalamualaikum...

Ahaa.. sedar2 dah hari Jumaat. Sekejap sungguh masa berlalu.
Maklumlah minggu ni kerja 2 hari jek.. tetiba dah nak cuti balik hik hik.
Anyway musim cuti sekolah masih bersisa seminggu lebih lagii..so kemana korang
pergi weekend ni gaknya ekk..?

Ni nak sambung balik entry cuti2 di Morib Gold Coast DAY 1.
Cuti2 berendam sambil menggelapka kulit hihihi.
So the next day... bangun2 pagi budak2 dah berteromba
tak sabar nak terjun pool.
View pool dari veranda bilik.
Cuaca reduppp... pool pun belum buka lagi


Tengok Mak Jemah dah cekak pinggang tengok pool dari atas.
Amboi amboi Mak Jemahhh.. dah tak sabar kewwww nak terjun kolam hihihi


Tapi sebelum terjun kolam jom isi perut dulu okehhh.
Makan di dewan terbuka tepi pantaii. Guest bleh tahan ramainya kan...saksikan sendiri...


Jemput makan..! leh tahan gak variety menu kat sini. Since voucher cuma 
include breakfast voucher utk 2 guest sahaja,
so Danish & Dania kena top up RM18/head utk child..
tapi Danish & Dania 2 orang kena bayar RM18 sahaja. Luckyy!!
Mungking dia pun tau budak2 bukan makan banyak ponnn.
Bayar kat kaunter sebelum masuk khemah terbuka ni okehhh

Ni antara yg disambar Papa.


Ni plak yg ku sambar.. kacang panggang, dim sum, popia gorengg


Salada dari Salad bar pun ada. 



Meja kami... sebelah pool je.
Tengok Dania makan tak habis lepas tu bisinggg je tak sabar nak terjun pool dah! 


Ni antara tarikan yg Danish & Dania suka lepak.
Kalau budak2 ok la kan turunn dari gelongsor air tuu..


Siap dapat kawan lagii... leh pegang2 tangan tu mandi sesama


Debussss!!!! masuk air... memang tak hingat nak naik dah ni


Danish lagi macam2 pose dia buattt bergelongsor kat sini hihihi


Antara tarikan lainn


Wajah ceria kakak Daniaaa


Danish punya porttt
Ahaa.. gambar kat bawah ni. Bleh plak jumpa junior satu asrama dulu.
Kira dah hampir 20 tahun gak tak jumpa..!
Marini namanya... dia datang sini ikut family day husband dia.

 

 Barulah dapat bergambar dengan Papa tu pun mintak tolong Marini snap hehe


Kat lazy riverrr sebelum me'lazy'kan diri


Wajah ceria masing2


Dapat jugak gambar family.. tu pun kamera letak kat tepi snap pakai timer hahaha!
jangan ada orang tersepak camera masuk kolam sudahhhh.. naya.!! 


Acara Dhiya belajar berenang hik hik. bagus gak pelampung ni...
dijamin budak boleh terapunggg


 Tengok tu sempat lagi buat 'duck face' dalam airrr.
Bajet Comel la tu si itik kecitt ni hihi


seronok layan budak2 berendam sampai kembangggg


Hampir tengahari balik bilik dan berkemas.
Aku je naik bilik berkemas utk check out.
Budak2 masih tak puas berendam so standby
baju derang je salin kat tepi pool.

Tak lupa EBM ole ole utk Delisha.
Masa ni tak bawak pun Medela FS.
Kalau bawak kompem tak cukup storage bottle EBM uhuuu.
Kat dalam bilik ada freezer.. so boleh la simpan EBM dgn jayanya.
Dapat 5 botol penuh gak semalam tu


Ok dah siap semuaaa.. masa untuk check out! 
Rupanya tak lama aku check out budak2 pun dah salin baju 
*papa bawak baju budak2 kat pool*
Dan tengahari terikk.. budak2 pun akhirnya setuju untuk naik ke 'darat'


Sempat posing memosing kat tepi pantai.
Posing ala anniversarry tak cukup korum hehehe.


" shocked face..!!" la sangattt ahahahaha


satu pose lagiii. Bleh tahan panasss... siap posing  berteduh bawah pokok kelapa lagikkk

Ni kat entrance nak masuk pool


Ok dah puas semuaaa masa untuk berangkat pulanggg.
Alhamdulillah budak2 memang seronok dapat berendam kat kolammmm.

 

Sempat lagi posing kat signboard besar kat luar resort.
Sekian entry Gold Coast Morib Resort..


 Kesimpulannya... di mana ada kolamm.. di situ ada kegembiraan buat anak-anakk!!
InsyaAllah... kalo ada discount murah2 lagi bleh datang lagikk sini!
Bye byee Gold Coast!

1 comment:

  1. Sgt2 bestttt!!! Aku teruja tgk entry ko...satu hari nanti akan ku heret anak2 ku ke sini....enjoy hah masing2... Xpe koo..kulit rentung xpe beb..itu belakang kire ekekekekeek...

    Wey aku suke baju renang ko...aku ade tgk kat alamanda kat parkson...aku mmg nak sgt cari baju swimming yg loose n x ketat...ni aku survey byk sgt yg cutting die ikut bentuk badan....mak maluuuu lemak tersembul2 youuuuu heheheehh

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)