Thursday, April 04, 2013

Detik kelahiran Delisha Adliena

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ke-18 kelahiran Delisha.
Kali ni nak share detik2 kelahiran Delisha sebagai kenangan Delisha bila dah besar nanti.
Hati2.. ni entry panjang berjela okeh hik hik hik!

Memang betul, makin bertambah usia makin bertambah risiko2 untuk melahirkan.
Sama macam mengandungkan Delisha kali ni... macam2 Doctor suspect.
Sabtu 16hb waktu check up 39 minggu Doktor dah offer untuk induce sbb suspect baby besar. 
Panik jap Mak cik dengar sbb sebelum2 ni semua bersalin normal lepas turun tanda.
Tu belum masalah air ketuban banyak & perut besar yg Doc detect dari 6 bulan pregnancy.
Bila air ketuban banyak ni boleh cause baby tak engage properly kat pelvik masa kelahiran 
sebab banyak space untuk baby 'berenang-renang' which may lead to C-Sect delivery
kalau baby susah nak keluar.

Tambah pulak berat baby masa scan 39 minggu detec 3.9 Kg.. walopon Doc cakap 
actual mungkin dalam 3.6 Kg je.. tapi Doc kata kalau tak bersalin by Due date
kena induce jugak takut bila baby besar nanti masa kelahiran takut bahu baby sangkut
kat pelvic & ini jugak mengundang risiko untuk di C-Sect.

Bila dengar pasal C-Sect ni memang risau aku dibuatnya.
Minta2 lah jangan sampai kena C-Sect. Biar bersalin normal sebab Allah dah jadikan 
kelahiran normal tu datang dengan package penyembuhan semulajadi
jadi biarlah semuanya mengikut kejadian alam yg sepatutnya kann...
Lepas diskus dengan Abang akhirnya kitaorang setuju utk schedule induce 18hb Mar, Isnin.

Tapi balik dari Az-Zahra tu memang aku ajak Abang ronda2... tak mo balik rumah.
Puas gak la meronda kat shopping mall... cari & survey barang2 yg patut.
IOI tu dari Old Wing sampai New Wing aku berexcercise. Balik umah malam memang tak putus2 
mengaji surah Maryam... mohon kepada Allah moga di permudahkan process kelahiran
kali ini sebagaimana mudahnya Maryam melahirkan Nabi Isa.. sebagaimana
mudahnya melahirkan Dania Aliesya dulu....
Tak lupa aku google2 jugak senaman2 yg membantu memudahkan process kelahiran
especially Wall site squat & tailor sitting tuh.
Tak lupa ambik penangan kopi Ambiak.. *korang google la sendiri hihi*

Keesokan harinya, hari Ahad pun sebelah petang Abang ajak pergi taman rekreasi Cyberjaya.
Suh aku excercise jalan2 ronda taman tasik tu kann.. Abang kata dekat 1km ++ gak le berjalan 
tepi tasik tuu... aku memang nervous laa... memang harap2 sangat turun tanda sebelum kena induce esok. Orang kata kena induce sakit dan aku sendiri pun tak pernah merasainya..

Malam tu balik semalaman aku mengaji lagi surah Maryam...
 tak putus2 berdoa kepada Allah moga dipermudahkan proses kelahirann...
Dalam pukul 9-10 malam gitu tengok ada stain kaler coklat kat panty...
tapi takat stain je.. then tak de tanda2 contraction seperti sebelum2 ni...

Malam tu tidur dengan harapan sebelum subuh ada la tanda contraction ke apa kann..
tapi sebaliknya malam tu aku tidur dengan penuh lena.. hatta feel nak buang air macam selalu pun
kurangg so mmg aku ada terjaga sekali je kot ke tandas.. kalo tak ada gak 3-4 kali gi toilet 
dari waktu tidur nak menunggu ke pagi.

Pagi tu bangun, solat Subuh... solat sunat Hajat ... masih berdoa kepada Allah
moga di permudahkan segalanya... contraction tak de... stain pun tak de..
maka bertolak lah aku dan Abang ke Az Zahra, ibarat serah diri dengan pasrah untuk diinduce.

Lepas hantar Danish & Dania pergi school terus bergerak ke Az Zahra.
Lalu kat Puchong Gateway.. kebetulan ada pulak promo McD Burger FREE
kan 18hb tu... siap ada staff pegang sepanduk depan McD Puchong Gatewayy.. apalagi.. terus 
la singgah breakfast untuk makan FREE. 


Dalam pukul 9 lebih kitaorang masuk Wad. Kebetulan Az Zahra baru siap naik taraf wad
so dapatlah bilik Wad baru. Katanya baru siap Februari lepas... kitaorg dapat bilik Sultan Alauddin.
Memang sungguh luas dan selesa biliknya.
*Tumpang iklan sket untuk mereka2 yg tgh survey nak bersalin di mana hihihi*




Bilik Super Single Standard


Kemas, cantik dan bersih


Satu je.. aircond control by central... so tak de remote dalam bilik termasuk la remote TV uhuhuhu.
Aircond kalau nak adjust suhu kena buzzz staff nurse.
Kalau ada En Suami leh la mintak tolong En Suami yg tukar channel manual kat TV tu yek


Sofa Bed untuk peneman pesakit


Setiap bilik/katil ada di sediakan satu set telekung dan sejadah.

Peralatan untuk berwuduk jika ibu mengandung dah tak mampu nak bangun.

Masuk2 Wad,  staff Nurse terus kasi 'uniform' pink untuk salin.
Ambik cek HB.. masuk tu nervous punya pasal HB aku naik sampai 136/80 uhuhuhu.
Dalam pukul 10 pagi Ustazah datang bacakan doa... doa semoga dipermudahkan bersalin.
 means baca sama2 dengan ibu yang hendak bersalin... diaminkan bersama oleh si suami.
Masa Ustazah tu baca doakan memang aku dah terbaring.. mengalir2 air mata aku
waktu tu.. sebakk sesangatt uhuk uhukk!


Tak lama lepas Ustazah keluar... bidan pulak datang untuk buat VE sebelum aku di tolak masuk 
ke Labour Room. Sekali bidan buat VE, Alhamdulillah... dah buka 4 cm katanyaa..!
Terkejut jugak aku dengarrr sebab aku takde rasa contraction.. hatta takde tanda darah ke apa
kat panty... syukur sesangatt dah buka 4 cm.. bermakna aku tak perlu diinduce..!! Alhamdulillahhh..!

 Dalam pukul 11 ++ tu aku dah dimasukkan ke Labor Room.
Sempat lagi posing sebelum nak gi LR hihihi.
Of course En Suami pun menemani bersama dan sebelum ke Labor Room
aku bersalam lagi dengan En Suami mohon kemaafan untuk kesekian kali
dan mohon doakan proses kelahiran
 berjalan dengan lancar. En Suami sentiasa ingatkan...
"Mama dah lahirkan 3 orang.. InsyaAllah semuanya akan OK"
Dalam labor room macam biasa kat perut akan di pasangkan dengan 2 alat.
Alat pengukur degup jantung baby dan alat pengesan contraction ibu.


Zikir Nabi Yunus dan doa setelah selamat bersalin turun di tampal di dinding LR.


Aku masih belum rasa apa2 contraction......  dalam LR tak putus2 baca zikir Nabi Yunus.
Abang pun sentiasa di sisi memberi semangat. Dalam kul 12:00 derang kasi lunch suruh makan dulu 
supaya ada tenaga. Ini dia lauk terkahir yang hampir licin aku makan sebelum bersalin & berpantang.


Masa tu dah buka 5 cm and air ketuban dah pun di pecahkan...
lepas makan aku duduk bersandar jap turunkan nasi... air ketuban dah terasa mengalir walaupun aku masih belum rasa sakit contraction. Tapi dari mesin dah tunjuk contraction is happening very frequently.
Aku just monitor ada contraction base pada % yg tertera kat mesin sebelah katil tu.
Bila ada contraction % tu akan naik 70% - 80% and hingga max 99%!
Atas mesin tu ada buah epal lagi.. staff nurse siap potong2kan sambil suh aku makan
sementara bukaan nak cecah 10 cm. Air minum pun disediakan kalau haus uhuhuhuhu. 


Pukul 12:30 bidan buat VE sekali lagi atas permintaan aku... masa tu dah buka 6 cm... agak lambat...
mungkin sebab baby masih 'kat atas' so lambat sket... 
aku pulak masih belum terasa sakit contraction.. pulak dahhh. 
Bidan duduk sambil letak tangan kat atas perut aku utk monitor contraction.
Kata Bidan contraction dah 2 min sekali... sedangkan aku tak terasa lagi
sakit contraction. Allahuakbar...! syukur kerana tak terasa sakit...
tapi pada waktu yang sama suspen jugak sebab kalau tak rasa contract agak sukar 
nak mengagak bila nak meneran nanti uhuhuhuh.
Aku siap pesan kat staff2 nurse kalau sampai laaa aku tak rasa contraction or
gesa meneran tolong guide aku bila masa sesuai untuk meneran.
Kes ni pernah berlaku masa bersalinkan Dhiya dulu. Gesa meneran
*dibaca sebagai rasa nak terbuang air besar* tak kuat so aku memang harapkan
staff2 nurse kat HPJ untuk guide bila aku patut menerann uhuhu.

Akhirnya dalam pukul 12:40 ++ aku dah mula rasa contraction tu kat pinggang...
yaa.. itulah 'rasa' yg di nanti2kan oleh ibu2 yg nak bersalin sebagai 
'petunjuk' berapa lama/cepat proses kelahiran akan berlaku dan bila masa yg sesuai 
nak meneran uuhuhuhu. Staff nurse dah tanya kalau dah ada rasa macam nak terberakk..
belum lagi kata aku... lepas tu diaorang tanya kalau nak ambik epidural etc. 
So far aku memang tak pernah ambik epidural etc bagai.. InsyaAllah.. selagi boleh akan cuba bertahan
dengan 'kesakitan' contraction demi kelahiran semulajadi yang telah di atur oleh yang Esa.
Aku percaya susun atur yang Maha Esa itulah yang terbaik InsyaAllah.

Bila sakit contraction dah terasa baru la aku mula mengiring badann....
sekali contract terasa nak terkucil.. bermakna baby dah di tolak makin 
dekat dengan pelvik dan menekan pundi kencing. 
Waktu tu aku terus baca lagi surah Maryam dari apps iQuran dlm handphone sambil 
Abang terus menggenggam tangan aku.... lagi kuat contraction lagi kuat 
aku baca uhuhuhu. Ada alunan ayat Quran kat LR tu tapi aku dengar sayup2 je.. so nak alihkan 
perhatian & rasa sakit tu aku baca surah Maryam tu agak kuat huhu

Sampai satu masa bila contract je aku rasa air ketuban dah mula mengalir..! 
Itu menunjukkan tak lama je lagi baby akan keluar ke dunia InsyaAllah.
Then tak lama tu sedar2 bila contract aku dah terasa macam nak menerann...!
Terus aku jerit kat bidan cakap dah terasa nak menerannn..
Diaorang terus panggil Doctor dan buatVE. Dah full moon!
Doctor sempat sampai dan proses kelahiran bermula.  Kali ni memang betul2 rasa nak meneran tu kuat
Alhamdulillahh. Kaki aku pun sempat di gantung ke besi gantung kaki untuk memudahkan process kelahiran
sekiranya baby besar. 

Alhamdulillah.. proses meneran kali ini tak lama.Dengan beberapa gesa meneran,
 Doktor dengan cekap dah dapat menangkap kepala dan bahu baby..
teranan seterusnya baby lahir dengan selamat dan terus di letakkan ke atas perutku tepat
Jam 1:19 tengahari,  dengan berat 3.4Kg sama berat dengan kakaknya, Dania Aliesya tanggal
18hb Mar 2013 hari aku dijadualkan untuk diinduce sebaliknya Allah 
berikan aku peluang untuk bersalin tanpa sakit contraction yang lama walaupun sepanjang pregnant 
banyak precaution diberikan oleh Doktor.


Hanya kesyukuran yang dapat aku panjatkan kepada yang Maha Esa.
Berkat doa yang tak putus2 dari Suami, Keluarga dan rakan2 tersayang di permudahkan 
sekali lagi process kelahiran kali ini. Alhamdulillah Alhamdulillah.. Alhamdulillahhh.


Tengok dari jauh je baby di bersihkan oleh staff nurse. 
Sekali tengok dalam ati cakap anak nyonya mana la ni huhuhuhu.


Baby selepas dibersihkan


Lepas dah dibersihkan, Abang terus Azankan baby.
Doktor pula sibuk meneruskan proses menjahit dengan patern 'jahitan disembunyikan'
yang sampai sudah aku pun tak jumpa jahitan tu uhuhuhuh.
Sedar-sedar luka dah kering dah pulih dengan baik.


Sempat aku BFkan baby sebelum staff nurse bawa baby ke Nursery sebab 
baby dikatakan 'biru' sikit mukanya maka kena diletakkan dibawah warmer buat sementara waktu.
According to Doktor mungkin 'ketembaman' baby walaupun dengan berat 3.4Kg je
menyebabkan Baby tersangkut kat Pelvic. Aku pulak terasa agaknya sebab dah open 10 cm
yang aku masih duk mengiring kottt... bila dah terasa nak meneran baru aku pun sibuk menelentang balik uhuhu.

Jam 2 petang ++ baru aku di bawa semula ke wad. Baby plak kena tahan kat Nursery.
Petang tu sekali aku di bawa ke Nursery naik Wheel Chair sebab aku request nak BF jugak baby.
Yelah.. kalau lambat stimulate BF kang lambat plak susu nak keluarkan...


Menu minum petang... aku plak dah start berpantang memang offer kat
Abang lah suh habiskan. Aku memang dah tapau biskut kering siap2.

Menu makan malam... mesti ada ayam & ikan sekali huhu.

Malamnya Abang temankan aku kat Wad. Aku plak kencing tak lawas lepas deliver.. 
so malam tu Staff Nurse pasangkan urine bag utk clearkan bladder.

Malam tu staff Nurse bawak turun baby ke Wad utk aku BFkan lagii...
Sessi beramah mesra Papa & Baby masa baby di bawa ke Wad untuk BF malam tu.
Lepas BF staff nurse bawak baby naik ke nursery semula. So malam tu 
memang aku berehat secukupnya... urine bag pun dah terpasang.. baby pun kat nursery...
so memang lena lah Mamanya tidur sampai pagi tak bangkit2 dari katil dah.
Papa je lah entertaint kalau Mama nak minum ke apa kann.. huhu

Sarapan pagi Mama.. licin.....

Ustazah datang melawat lagi pagi ni untuk bacakan doa untuk baby pulak.
Ustazah ada bawa buah tangan berupa kad ucapan beserta doa dan kurma untuk bertahnik.





Kad ucapan berserta doa dan Kurma untuk bertahnik yang disampaikan oleh Ustazah

Papa pulak lepas subuh dan bangun & pick up budak2 untuk tengok baby baru.
Asal2 plan nak hantar gi sekolah pagi.. tapi tak sempattt so penyudahnya berakhir 
dengan lawatan baby baru.


Sampai2 baby masih kat Nursery. Menunggu Baby di bawak turun.
Bila staff Nurse bawak baby turun ke Wad barulah bermula sessi beramah mesra
Baby dengan kakak2 dan Abang.


Last but not least, sempat bergambar dengan Doktor yang bertanggung  jawab dengan kelahiran
baby Delisha. Dr Mashita namanya. Kecil molek je orangnya tapi cukup soft, cool dan
lemah lembut orangnya. Terima kasih Doktor ;)




Kaki mungil si Comel. Hilang semua sakit dan jerih payah ketika mengandung dan melahirkan bila
pandang wajah si comel dah pun selamat lahir ke dunia. Itulah nikmat yang Allah berikan 
disebalik kepayahan melahirkan seorang khalifah Allah..


Delisha 22 jam selepas kelahiran.


Dalam pukul 2-3 petang gitu aku discharge dari Hospital. Staff Nurse hantar Mama
dan baby naik Wheel chair sampai ke kereta. Sangat berpuas hati atas layanan Doktor dan
Staff Nurse sepanjang berada di sini. Kepada yang bertanya,
kos keseluruhan bersalin normal termasuk procedure urine tak lawas dan
nursery baby serta penginapan 2D1N ialah RM2.5K.

Alhamdulillahh...... kini kami sudah pun berempat.
Lengkap sudah keluarga kami.
Doaku semoga anak-anakku membesar menjadi khalifah yang cemerlang
serta membahagiakan dunia dan akhirattt.. InsyaAllah..... Aminnnnn

Itulah dia sedikit sebanyak kisah kelahiran Delisha Adliena.
Berapa kali pun bersalin setiap kelahiran tu pasti ada kisahnya uniknya
tersendiri. Yang pasti Mama & Papa bahagia memiliki kamu kamu semua..!

Terima kasih tak terhingga juga untuk Papa kerana sponsor penginapan 2D1N
dan sentiasa berada di sisi menemani Mama sepanjang berada di hospital kali ni.. muahhhh

19 comments:

  1. Boleh tau tak total cost seme? saya pun tgh tunggu due date ni dgn doc mashitah gak. bleh la budget2 nanti. thanks..

    ReplyDelete
  2. Sebak saya baca..
    Betapa mudahnya akak bersalinkan delisya
    Moga delisha jd anak yg solehah dan senangkan mama n papa..

    Kak, akak operate buang cyst ye?
    Terkejut saya!
    Cemane akak bleh tau ada cyst tu?
    Apa tanda2nya?
    Saya takut la.. Sbb slalu gak sakit belah bwh ni
    Tp takut
    Moga akak cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. tahniah...comelnya baby
    tembam..

    ReplyDelete
  4. setiap kali baca pengalaman bersalin ni mesti fai sebakkk.. sebab tengah membayangkan time fai nanti macam manalah agaknya kan. fai selalu berdoa semoga mudah melahirkan.

    ReplyDelete
  5. Kagum...sngnya akak bsalin...sm mcm kwn sy..baby 4.1kg tp teran dua 3 kali je..

    ReplyDelete
  6. RE Naza... Dah update. Bersalin normal termasuk nursery dalam 2.5K.
    Moga dipermudahkan proses kelahiran Naza nanti yekk... aminnnn

    ReplyDelete
  7. Re Nad :
    K.Izan pun tak sure lagi apa nama sebenarnya. Isnin depan ada follow up appointment ngan Doktor baru nak tanya detail. Kalau ikut google, dia sebenarnya bukan cyst... more kepada salur darah pecah yg menyebabkan darah beku di panggil hematoma. Kebanyakan berlaku utk kes2 bersalin normal.

    Kalau Nad ada rasa nak duduk tak selesa sebab ada 'bengkak' kat bahagian bawah better gi cek ngan Doktor. nanti ada masa k.izan wat entry khas pasal benda ni yekk

    ReplyDelete
  8. Re Salmi.. thanks dear. Alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  9. Re Fai : betul tuu... berapa kali mengandung & pregnant pun tetap nervous bila tiba masa nak melahirkan.
    Yang penting berdoa berdoa dan terus berdoa kepadaNya. Yakin yang Dia Maha Pemurah lagi Maha Mendengarrr.. InsyaAllah moga dipermudahkan juga Fai nanti yekk.. aminnnn

    ReplyDelete
  10. re Zai: ALhamdulillah... moga kawan2 pun nanti senang juga bersalin bila tiba turn masing2.... aminnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  11. akak menangis membaca.. entahler tak pasal2.. terasa gembira ada hospital yang begini.. lebih islamik untuk permulaan hidup seseorang.. akak tak merasaler dulu...

    ReplyDelete
  12. cumilnye delisha.. comgratess yer.. hospital ni mmg superb laa

    ReplyDelete
  13. Aku bace dgn perasaan bercampur baur koo...oh rindunye nak mengandung lagi.....tp nanti2 laaa hahahahshah....

    Best laa kat azzahrah....mmg semua ok...puas ati kan ....aku penah rase spital annur so kalo ade jeki nak rase bersalin kat spitan azzahrah la plak hehehehe...

    Delisha nanti aunty dtg jenguk ye....in sha Allah dlm mgu depan....

    ReplyDelete
  14. Re Cho Zila : Kakk.. saya pun kalau tak kerana PHJ dah susah sgt nak masuk tak cari gak alternatif ke sini gak nyaa...

    tu laa.. berapa kali bersalin pun pengalaman berbeza2... tetap nervous everytime! hihihi

    ReplyDelete
  15. Re Mamapp : ALhamdulillah... ni pun kawan yg recommend. Memang puas hati ;)

    ReplyDelete
  16. Re Lieya :


    ALhamdulillah Lieya.. utk org yg dah biasa bersalin kat semi-GH macam aku ni bila dapat layanan serba serbi camni memang terasa best la sebab dah biasa DIY kan hehehhe. Yang penting satu je... kita ni jadi manusia jangan banyak merungut hihihii. Even kat semi-GH pun pada aku OK jugakkk *wink*

    Mai mai maiii!! pintu rumahku sentiasa terbuka. Alamat sama okehhhh. Boleh ku cubit2 si Dayyann karanggg kikikiki

    ReplyDelete
  17. comelnyer :)



    saya masuk utusan.. jom tgok :)

    ReplyDelete
  18. salam perkenalan kak izan..
    saya tgh buat research pasal bersalin di Azzahrah & terus jumpa entry ni..
    terima kasih ye kak buat entry yg cukup padat & buat saya tak sabar pulak nak bersalin.. hihi..
    harap akak & anak2 sihat sejahtera hendaknya..
    assalam.. =)

    ReplyDelete
  19. Saya nak tanye..kak izan monthly checup pon kat azzahrah ke?doc mashitah ni doc pakar ye?

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)