Wednesday, July 01, 2015

The KUIH RAYA Project 2015

Assalam..... waaa sekejap je dah masuk 2 minggu puasa yek.
Alkisah baru2 ni ada order 3 balang cookies... home delivery. Dah la cepat giler dihantar... yg aku lak sedar2 kuih raya ni tak dan seminggu licin dah 3 balang weyyyyy haiyaaaa laju betul budak2 ni kasi settle. Tak dan raya weh!

Terus la aku pun rasa... haish tak leh jadi ni... nampak gaya kena buat kuih raya sendiri tahun ni. Dah la sebalang pun sekian reganya kennn.

Alkisah Dania pun ikut excited nak buat kuih raya. Sejak weekend lepas... asyik tanya bila nak buat adehhhh.. masuk Isnin pun asyik remind.. dah macam alarm aku rasa... kejap2 nampak muka Mama dia je tanya "bila mama nak buat kuih?, bila nak beli barang??? " aiyohhhhh fenin fenin. Last2 balik kerja tu Abang gi carik gak bahan2. Aku pun buat yg simple je la... amatur maaaa kekee.

So Isnin lepas berbuka *time nak  buka pun asyik tanya bila nak buat? Errkkkk pitam mak*.... akhirnya lepas Isyak dan settle homework masing2 baru la start projek... yeszaaaa ... dgn rasminya aku melancarkan "The Kuih Raya Project 2015".....!

Dania of course yg paling excited....! Dibantu oleh tenaga buruh lain *dibaca sebagai Danish dan Dhiya*. Sempat tu google video kat Youtube tengok ramai2 kasi paham sket. Lepas tu apa lagi kerah la buruh kasar berjemaah kekkeke. Jom layan gambar.

Tu dia mood raya sudah mariiiii.. excited sangat budak2 ni. Dhiya pun tak kurang hebat gak jadi tukang tabur choc rice.

Overall budak2 ni la gotong royong buat sendiri. Omak eh jadi mandor je and tolong perangat oven . Hatta bakar pun derang wat sendiri wahahahahha of course with guidance lah. Sonang kojo ehh ramai tenaga buruh. Omak ekau OKU ni harap bersabar lah yer anak2. 


Alhamdulillah menjadi jugak kuih 1st projek nih. Rupa bentuk harap diabaikan. Maklumla master chef pun level amaturrrrrr kekeee.

Happy sangat dan sangat bersemangat budak2 ni... tu dia mood raya sudah mari. Yg best je lepas bakar 1st trip yg kenit2 pun asyik keluar masuk dapur jek... last2 1 balang je sempat masuk balang. Hampir separuh dah katam dalam perut masing2....

Ini macam kalu macam tak dan jumpa raya je kuih ni hihiihi.

Alkisahhhh

1 comment:

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)