Thursday, February 19, 2015

Simple Dinner vs Dhiya Chicken Pox

Assalam...

Hari ni sempat singgah Jaya Grocer terletak dalam D'Pulze Cyberjaya.
Waaaaa suker laaa ada store yg jual bahan2 best dekat2 ngan office aka rumah ni kennnnnnnn
So sempat la merembat yg sekiannnnnnn... hari ni tukar selera sketttt. Abang lately tak berapa selera nak dinner nasi berlauk malam.... jadi aku pun ambik kesempatan tukar2 sket menu huhu


Menu sempoi sangat... Hot Dog cheese lelehhhh (tak nampak plak kepingan cheese kat atas Hot Dog tu ehh), Salad + Mushroom soup Campbells + Roast Sesame Dressing yg sedap sangat tu.
Kebetulan kakak aku pun order gak dressing ni botol besar so tapaukan sekali sebotol besar untuk kakakanda. Yg best masa tengah bayar kakak (ke?) kat kaunter tanya..
"Apabenda ni? sedap ke? Makan macamana? Akak tengok kat sini hari2 ada je orang beli yang botol kecik"

Oooo memang sedap kakkkk!! Kami botol kecik tak cukupp.. memang kena sambat hak satu 
liter nuuu baru puas. Tambah plak Danish hantu kuasa dua makan salad ngan dressing ni uhuhuhu


Versi pedas (bagi Dania). Ala sempoi je.. selit salad skett... sosej + Cheese panaskan jap kat dalam oven
kasi dia meltingggg. Anyway sedap giler hokeyy!


Macam kecikk je kan.. macam tak cukuppp je kann.
Dasarrr... kalo bab makan semua rasa tak cukup !  ekekekeke


Actually sempat jugak rembat Ice Cream. Si Dhiya & Delisha.. termasuk la kakaknya, Dania
memang semua hantu Eskrem wehhh. Si Delisha & DHiya la selalu tetiba je datang kat dapur 
kalo aku tengah sibuk bersilat request nak makan eskremm.. wah wah wah...
btw Papa derang ni mmg rajin buatkan eskrim Malaysia buh dalam Fridge. 
Memang budak ni tau la mana nak cari eskream tersembunyi tu hihihi


Last but not least.. si DHIYA kena chicken Pox! Alahaii ~
Hadiah CNY sangat.. dah la mmg niat nak balik kampung.
Tanya kat kakak ipar, dia kata alaaa balik jee.. budak2 
sana semua dah kena... tinggal sorang je yg bongsu. so kalau jangkit pun biar sekarang
jangan dah besar karang.. so no hall lah ehhh.

Actually kat badan dia tu banyak lagi tu..
Doctor plak bagi ubat standard - Ubat demam, Ubat gatal & Camomile losyen utk 
kurangkan gatal & kawal simptom.
Aku tanya takde ke ubat yg boleh prevent dari terjangkit dgn adik beradik lain..
maklum la Dania & Delisha belum pernah kena.
Bila msg cikgu Dhiya , Cikgu plak dah predict dulu.
Katanya " oo suspected Chicken Pox la tu since last week ada kawan dia yg kenaaa.."
...oooooo  I see neee

Pesan Doktor... biarkan aje.. once in a lifetime experience everyone must go for it..
"katanya: So dah kena siapa siaga la Dania & Delisha lepas ni uhuhuhuh

p/s : perasan tak Dhiya pegang pipi. mmg style dia bila menyusu botol... mesti jari jemari tu naik ke pipi
and massage pipi sendiri.. sabor je la ken hihihi





1 comment:

  1. tapi bab makanan tu....perghhhhh. maintain sedap

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)