Tuesday, January 27, 2015

Cerita hari pertama sesii persekolahan 2015

Assalam...
Post terlajak tarikh wahahahaa. Adoi nak hapdet blog sket pun payoh.
Anyway 12 Jan yg lepas bermulalah acara marathon pagi. Tahun  ni lebih mencabarrrrrr..... 4 orang.... 4 sessi... 4 lokasi... perghhhh!!!!
Memang jenuh la pepagi. Hai bila la aku nak ambik maid  ni... tapi kadang rasa dah seronok sekarang.... walaupun penat dan letih hari hari tapi ada kepuasannya tersendiri. Mungkin lebih privasi? Tapi cuma masa laaaa... adoii tak cukup 24 jam sehari huk huk!

Anyway nak gak post citer basi ni. Alhamdulillah azam tahun baru nak masak breakfast anak2 sebelum gi sekolah hari2 ! InsyaAllah. Nak buat bento mcm mommy2 di bento club tak mampu lagi tapi at least dapat diaorg isi perut pagi2 pun dah syukur dah.

Hari pertama aku prepare sandwich sambal telur. Hari kedua nasi goreng jek. Waaaa dapur dah siap... dah mula acara breakfast di island waktu pagi. Dah lama sangat impikan saat2 ni. Akhirnya........seronok jadi tukang serve... untuk suami dan anak2. Satu nikmat yg tidak terkata. Tatap wajah insan2 yg dikasihi menjamah air tangan. Syukur ya Allah. Kau kurniakan nikmat ini untuk ku syukuri aminnn.....

Setakat  ni aku pun masih masak menu yg tak berapa nak fancy. .masih yg standard. Asyik angan2 nak prepare bahan masak hujung minggu supaya hari kerja rancak and pantas la adegan bersilat didapur mcm tips si Lieya Latiff.. tapi masih belum mampu huwaaaaaa. Masih prepare on the spot sblm masakk....lambat kannnn. Kamon Izan kamonnnn!!! ... tingkatkan azam mu!



khusyuk mendengar taklimat dari Papa eh


Break fast hari ni


Kakak Dania yg dah siap nak ke sekolah agama.
Dari tahun lepas sibuk nak bag sling tuhhh! tahun ni baru dapat hihi


Dhiya... eh nak duit belanja jugakk ehh


ni sebenarnya gambar keesokan pagii.. Dhiya bangun awal hari ni.. breakfast sesama ngan 
abang kakak. Selalunya Abang kakak dah pergi sekolah baru Mama kejut dan  settlekan Dhiya pulakk 




Dhiya yg ceria. Suka Mama kalau dia bangun pagi ceria macam ni...
kalau time mode merengekkk.. alahaiiiiiiiiiiii mmg berchentaaaaaa.
Sebelum nak kejut mandi tu mmg kena standby siap2 susu sebotol kat tepi hokeyyyy


Selalunya abg kakak dah gerak gi sekolah baru gerak Dhiya bangun dan prepare dia pulak. Tapi kadang Kalau dia bangun awal sekaki dgn abg kakak tumpang menyelit sekaki la dgn abg kakak hihi.
Tahun  ni mmg hari masih gelap dah keluar gi sekolah. Mmg tahun ni  arrangement yg luar biasa .... mmg awal sangat lagi tuhhh katanya.
Dhiya isnin tu dah masuk hari ke-3. Mula dah nak mesra dgn teacher, environment dan kawan. Sebenarnya masuk hari me-5 baru panas enjin dia. Kalau tak  dalam kelas sibuk pegang tgn mama tak lepas.
Finally masuk hari ke-6 baru dia ok... kat rumah lagi tu aku ajak sarapan boleh dia takmo... nak gi sekolah kater yer!! Well done sgt Dhiya!!
Macam ni baru la mama papa senang ati kannnn



Anyway selamat maju jaya anak2mama dan papa semua. Semoga tahun  ini akan terus membawa seribut rahmat dah kejayaan  buat semuaaa aminn

1 comment:

  1. moga dipermudahkan perjalanan rutin harian akak sekeluarga :)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)