Assalamualaikum..
Alhamdulillah genap Dhiya 3 tahun pd 28hb Dec yg lepas. Kebetulan jatuh hari Sabtu maka bawak la Dhiya (dan semua) jalan2 kat luar. Bila tanya Dhiya nak makan apa jawabnya nak makan 'ayam' makanya ke KFC lah kami cari menu kegemaran dia. Dhiya sememangnya suka makan ayam goreng. Kadang tahan tak mo makan nasi ratah ayam je hehe.
Sempat tapau ice cream cake BR. Bila start dapat makan ice cream cake terus tolak tepi ayam wahahaa.
Lepas makam Papa bawak pergi ke Kids Paradise kat the Mines. Macam biasa semua tumpang sekaki lerrr jawabnyer hehe. Maka bergumbiralah 4 beradik ni dlm Kids Paradise. Main sampai lebammmm..... hehehe
Apapun Mama, Papa Kakak Abang dan Adik sentiasa doakan yg terbaik untuk Dhiya. Semoga Dhiya terus cemerlang dunia dan akhirat aminnnnn
Al kisah
Wajah wajah ceria anak anakkk
P/s : Hari ni last day 2014. Sesungguh nya banyak suka duka 2014. Dengan dugaan dalam negara yg tak putus melanda. Terbaru banjir pantai timur. Semoga semua mangsa diberikan ketabahan dalam mengharungi waktu sukar ini dan semoga ramai rakyat Malaysia yg sentiasa prihatin turut sama membantu InsyaAllah
No comments:
Post a Comment
Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)