Friday, November 21, 2014

Hari Anugerah Cemerlang ~ Tahniah buat Danish!

Alhamdulillah...

Hanya kesyukuran yang dapat kupanjatkan kepada yang Maha Esa.
Tahun ni dalam pada Danish yang menghadapi peperiksaan dalam keadaan yg kurang sihat... demamm...
kena neb sampai 2 kali... Allah bagi jugak rezeki untuk dia terima salah satu anugerah kecemerlangan.
Sepanjang minggu periksa memang balik sekolah .. lepas maghrib, dinner terus tidur. Lansung tak bukak buku... mmg lemah je tengok dia. Mamanya pun dah mode redha dan tak letak aim yang tinggi.

Bila dapat result syukur Nama Danish naik juga untuk terima anugerah. Alhamdulillah..
Of course Danish yang paling excited dan bersemangat menanti kan 
'hari besar'nya.
Dari malamnya lagi dah sibuk susun atur jaduall..
baju dia dah bergosok ke belum  bagaii.. nak sampai awal katanya.
Seronok dan bahagia Mama tengok.
Malam tu Mama pun masak speciall... sambal tumis kegemaran Danish
Kalau yang namanya sambal tumis masak kat rumah memang 
special bagi Danish... masih bertumis dia dah ulang alik ke dapur hirup bau 
sambil cakap air liur dan menjejeh heheheh. Sabor je la kannn


Bawak Dania tengok Abang ambik award.
Semoga menjadi peransang dan inspirasi untuk Dania jugak.
Keputusan Dania agak merosot kali ni..
tahun depan Mama kena lebih beri tumpuan untuk pelajaran Dania InsyaAllah.
Mama dulu pun start darjah 4 baru la mula naik pentas ambil hadiah gara2 nak suruh Nenek datang tengok..
jadi kalau berusaha pasti boleh.. cepat atau lambat je kannn.. InsyaAllah


Majlis kali ni dirasmikan oleh Pegawai PPD Daerah Sepang En Alias Awang.
Kepimpinan melalui teladann.. sebagai tetamu jemputan beliau sampai setengah jam awal dan majlis dapat dimulakan tepat pada masanyaa jam 8 pagi. Bagus kalau dapat VIP macam ni...
tak de la jemputan menunggu2 kan... syabas diucapkan kepada pegawai PPD yg berhemah ini. 


Antara yang menarik perhatian. 
Persembahan asas gimnastik dari kumpulan pelajar tahun 1 yang menang
Johan peringkat kebangsaan baru baru ini.


Dan antara penerima anugerah yang mengkagumkan.
Murid tahun 4 ini menang anugerah tempat pertama dalam kelas (of course dalam darjah juga)
dan 6 matapelajaran terbaik sampai cikgu pengiring turut sama kena naik pentas
bawakan dulang untuk ambik hadiah2 dan anugerah yang di menanginya.
Sejuk perut ibu dia mengandunggg... tahniahh!


Apapun syukurr.. semuanya datang dariNya.
Banyak lagi kelemahan untuk Mama perbaiki.
InsyaAllah Mama akan cuba yang terbaik untuk anak2 Mama ya.
Mama Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anak2 Mama.
Semoga kalian terus berjaya dunia dan akhiratt... aminnnnnnnnnn

Al-kisah

3 comments:

  1. wah..tahniah Danish...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..... tahniah Danish. Semoga terus berjaya dalam pelajaran

    ReplyDelete
  3. Tahniah Danish. Salam perkenalan. Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)