Thursday, October 30, 2014

HOME RENO: Final stage sebelum interior stage start

Assalamualaikum.....
Ya Allah segala puji dan syukur diatas segala rahmatMu. FINALLY interior part dah boleh start..the most exciting part for me. Hati berdebar2.. excited sangat! Berlalu sudah stage berendam air mata. Walaupun ada lagi kerja2 touch up.

This week pemasangan lampu dan kipas 90% complete... semalam  pemasangan grill dan hari ni grine and polish balik broken marble yg dah kusam tu huhu. Kalau ingat balik jenuh tau cari broken marble ni. Dah la nak beli minimum kena 1 tan pakainya tak sampai pun setengah tan gara2 nak sama rata dgn bahagian yg baru extend tu huhu. So utk cleaning ni alang2 aku suh dia polish marble dan mozek sekali.
Tokey kasi rega RM1000 hah ambekkkk. last2 aku bodek2 dapat RM850 hehe

Hari ni Abang cuti jadi mandor. Aku lak semalam WFH monitor pekerja2 yg pasang grill. Tengok patern semua tak de bunga...petak sana sini... kejung sana sini ahahahaha. Modern concept la kononnya *angkat tangan ke bahu*. Jenuh kalau nak 'import' corak berbunga kena dapat approval dr En Suami   huhu. Moralnya mmg design semua simple je nanti hihi.

Anyway sedikit gambar terkini.


Abang BANGla menyiap2kan kerja2 mereka. 
Tauke Melayu. Angah namanya. Memang best deal dgn Angah ni.
Pagar lama (recycle) pun dia boleh touch up and cat kan balik.
Memang senang runding.


Abang buat final touch up sebelum kena pasang grill.
Malam tu tengah2 malam sampai kul 1 pagi kitaorang 'cuci rumah'
lap tingkap bagai sebelum derang pasang grill. tu pun 
aku tak sempat siapkan sebab Delisya dah nanges nak bf
so badan dah letih terus aku pun hanyuttttt sedar2 dah pagi ahahha


Abang BANGLa team cleaning pulakkk


Semalam nama je WFH tapi banyak plak job kena attend belum lagi on call tengah malam jam 3 dan 6 pagi uhuhuhu. Sabor je la kann... dah inilah dunia dan karier ku. Hadap je lah.

Semalam dalam pada busy layan team mate and job curi2 masa pump sambil online handle case  tak sedar ebm sampai melimpah! see bila pump sangat efficient boleh multi tasking sambil
pump dan kadang tak sedar botol pun dah penuh !...
Delisha dah setahun 8 bulan, Alhamdulillah rezeki dia utk susu badan masih lagi dimurahkan olehNya.
Boleh dapat lagi almost 10oz sekali pump.


Tu dia melimpah! kat rumah pakai seluar jeans je nak berdandan pun tak sempattt.
Meja pun pinjam meja lipat budak2 hehehe


Bila dicombinekan almost 10oz Alhamdulillah.


Sebenarnya ambik Ratu Jannah ni start dari bulan puasa hari tu.
Dalam pada bertarung dengan kita berpuasa tu boleh jugak retain EBM
6~7 Oz sekali pump.
Alhamdulillah ebm sentiasa muaiiii.

Nak breastpump yang efficient dan power ?
Layari
KIDS BRANDED

Kalau ada yg berminat nak try produk RATU JANNAH ni
boleh layari :
RATU JANNAH

Now mmg kena gak la ambik supplement sbb kesian kan badan sendiri.
Aku ada ambik supplement ratu jannah ni sbb ada alfafa dlm tu.
Biasa dalam set Shaklee pun ada Alfalfa ni tapi bila separate kadang lupa nak
consume.. So kalau Ratu Jannah ni 2 in 1, selain jaga dalaman wanita, untuk tenaga dan kecergasan
bermanfaat untuk penyusuan sekali.

Lately mmg 24 jam tak cukup sehari. Tambah pulak budak2 tengah exam. Dengan standby... dengan renovate... tak lupa juga layanan 1st class tip top untuk para customer yg dikasihi (kenyit2 senyum meleret pada yg terasa hihi). Banyak nak share feedback korang *customer* semua tapi tak sempat.
 Tunggu la iolls punya 'ofis' dah siap nanti I update pelan2 ehh. La ni share mana yg sempat je dulu hihihi.


Ok sambung balik citer.
Final check up sebelum KC instalallation by Mr Ben




Anyway esok team Kitchen Cabinet dari Signature Kitchen akan mula buat installation. Dah la clash dgn Annual Dinner company. Haram tak sempat nak pikir baju apa utk dinner. Tepu dah kepala weyy.
Mmg pakai baju raya je la jawabnya. Nak ubah tarikh installation tak boleh dah kalo tak ade penalti fee (haiyo) tapi mmg derang ni planning *nampak* tip top. Semalam sekali lagi KC planner aku datang buat final site check. Aku rasa ada 4-5 kali kot dia datang site.
Dah la last minit aku nak tambah mozek lagi mmg berpeluh2 suspen nak catch up schedule ni...

*last ad hoc job sebelum KC installation. Abang panggil jiran belakang 
rumah yg jugak kontraktor utk tolong siapkan ... masa terhadd ni huhu*


Apapun tak sabar menanti esok... DUP DAP DUP DAP DUP DAP.......

No comments:

Post a Comment

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)