Sunday, August 31, 2014

Salam Merdeka ke-57

Assalam
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57 buat semua warga Malaysia. Semoga tanah air tercinta ini akan terus aman sejahtera.

Apa korang buat cuti hari merdeka ni yerrr... kami tak habis2 lagi menghadap hal rumah selagi tak siap huhuh.

Dalam rumah ni dah naik pening dengan kotak2 barang jugak. Nak kemas yg dah kosong budak2 dok tegah tak kasi buang
Tengok la budak2 yg ralit main sampai tertidur dlm kotak hihihi.

Danish pulak walaupun cuti umum Hari Merdeka kelas Taek Won Do tetap berjalan seperti biasa. Bagus kelas ni selain memupuk semangat dan disiplin dalam diri anak2. Dania pun sibuk nak masuk kelas jugak huhu. Masa mama sekolah menengah dulu lepas la sampai talipinggang merah calit hitam. Tak sempat nak habiskan talipinggang hitam dah stop sebab nak fokus SPM sudah huhuhu. Anyway buat Adiwira Mama Papa.. moga semangat dan jatidiri terus kukuh dalam jiwa nurani ya.

Salam merdeka semua... tanpa keamanan anak2 ku juga pasti tak dapat bermain riang sampai tertidur dalam kotak dan bertaek won do disekolah. Marilah kita sama2 hargai erti keamanan iniii...

No comments:

Post a Comment

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)