Tuesday, March 12, 2013

Japan Earthquake 2011 : Pasca Tsunami & Pemulihan @ Berpeluang melawat tempat bencana thru Jenesys

Assalamualaikum...

Hari ni, 11 Mac 2013, genap 2 tahun tragedi bencana gempa bumi yang 
melanda persisiran laut Jepun, Tohoku yang mengakibatkan kemusnahan besar angkara
gelora Tsunami pada tahun 2011.

Tahun lepas, aku dibawah program Jenesys
(Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths)
yang dikelolakan 
bersama oleh Pihak Kerajaan Jepun  (JICE) 
& Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS)
diiringi oleh para krew wartawan dan cameraman TV3 & Astro Awani
telah berpeluang untuk melihat sendiri kemusnahan yang bersisa dan 
survival mangsa2 tsunami dikawasan2 terlibat.

Delegasi terdiri daripada 40 orang kesemuanya.
Kumpulan kami bergambar di KLIA sebelum bertolak ke Tokyo, May 2012.

Bersempena itu, kali ini aku siarkan rakaman Buletin Utama TV3
bingkisan kepada lawatan kami dibawah program 
Jenesys melawat tempat-tempat bencana. 
Ikuti paparan lanjut menerusi 3 sessi paparan TV3 berikut :-

Buletin TV3: Pasca Tsunami Proses Pemulihan



Buletin TV3 : Pasca Tsunami Bantuan Sukarelawan




Buletin TV3 : Pasca Tsunami Hub Bantuan



6 comments:

  1. Mmg sedey tgk mangsa2 tsunami ni kan..ko untung psl dpt tgk live..:-)

    ReplyDelete
  2. Saya nmpk akak kt berita thn lepas :)
    Sedey dgn kisah tsunami kt jepun ni
    Tp dorg cepat bangkit kan.. Xpatah semangat nak truskan hidup

    ReplyDelete
  3. seronoknyee dik berpeluang macma nie .. kalau akak sure x lepaskan peluang nie ;)

    ReplyDelete
  4. Re Gieyana : Tu laa.. sedih bila dengar pengalaman dari mangsa & keluarga mangsa.. tambah sedih bila melawat tempat runtuhan akibat tsunami especially tempat2 yg mengorbankan nyawann...huhuuhu

    ReplyDelete
  5. Re Nad :
    Tu la.. yg bagus semangat sukarelawan di kalangan diaorang tuu. Lepas kejadian pun tak ada kes2 curi ke hatta duit2 yg jumpa pun derang pulang balik. Kesedaran sivik derang ni mmg tinggi betulll

    ReplyDelete
  6. Re K.Ieda Immi : Tu lah.. Alhamdulillah diberikan peluang utk jejak kesana. Memang kenangan yg tak akan dapat dilupakan ;)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)