Friday, February 22, 2013

Cuti CNY ~ Balik Kampung @ JJCM (Belangkas + Siput Gonggong) & Ziarah Pusara Atuk

Assalamualaikum....

Salam Jumaat semua.
Ahaa.. cerita sempena cuti CNY yang lepas. Cuti 4 hari ni tak lepaskan peluang 
balik ke Johor melawat Nenek. Kalau takat cuti Sabtu Ahad mmg tak mampu nak balik sebab 
perjalanan jauh kompem tak cukup rehatt... so CNY hari tu balik kampung pada usia kandungan 34 Minggu. Rasanya ni last balik sebelum bersalinnn.. lagipun dah tak de cuti panjang lepas ni sampai ke
1 May nanti kann.


Sempat dulu posing sebelum bertolak hihihi. With My Amazing Three!  *wink*


Masa mula perjalanan tu, dari Elite nak masuk susur PLUS je dah start jammed.. aisehhh
very the suspen betul. Maklum la kitaorg kuar rumah pun dah nak pukul 10.. 
mmg dah kira masuk peak hour tuh.


Seb baik Jammed kejap je.. lepas tu terus perjalanan smooth sampai ke Johor.
Sebaliknya kat area Spg Renggam sampai Kulai , arah ke Utara plak jammed..
kitaorg tegok meter dalam 20Km jugak laa.. sempat redah hujan lagii..
sabarkan je lah ye pemandu2 di sebelah lane kanan uhuhuhu

Ahaa... balik kampung kali ni salah satu Misi penting ialah Misi mencari 
Belangkas masak Cili + Siput Gonggong!
Harus pekena sekali lagi sebelum aku bersalin uhuhuhu.
Sebelum ni biasa Abang aku yg orderkann.. cuti kali ni adik iparnya wat majlis kawen
so terpaksalah aku jejak sendiri.
Restoran ni hanya menyediakan hidangan tengahari sahaja. 
Kedai Masakan Kampung Ibrahim. Terletak di simpang masuk ke 
Teluk Sengat. Masa kitaorg sampai pukul 11 pagi..
sebelum tu gi belanja barang2 basah kat Pasar Sg Mas.


Antara menu EXOTIC Johor yang di hidangkan kat sini,
i) Belangkas
ii) Siput Gonggong
iii) Asam pedas Ikan Sembilang & Ikan Mayong
iv) Ketam Bangkangg


Tengok tu... kul 11:00 ++ pagi dah ramai orang queue order lauk.
ada yg tapau.. ada yg makan kat kedaii.


Aku sebenarnya nak tapauu belangkas. Mula2 tokey kata
tak de untuk tapau.. yg ada untuk makan kat kedai jek uhuhuhuhu.
Tapi setelah buat muka sedih sambil tayang perut 34 minggu..
akhirnya dapat gak la tapau belangkas bawak balik umah..
ngeh ngeh ngehhhhh 



Ini otak-otak Ayam atau di kenali sebagai PEPES.


Ikan bakar pun adaaaa


Ketam Bangkang masak cili! Kejap je dah tinggal separuh tray!!! 
Mula2 dia letak masih penuh & berasap2 lagikkkk.
Abang pun tak leh jadi tengokkk.. mmg order jugakk. Tapi bila tanya rega.. mak oiiii..
RM15 sekoqq!! Tu dia rega CNY! hohohoho


Ni dia kupang & Siput gonggong...! My feveret tooo!!
Belangkas tak di keluarkan.. tak tau mmg dia sengaja tak keluarkan ke or dia tak sempat keluarkan sbb baru siap masak. Orang order baru dia keluarkan kat pinggan uhuhuhu


Ahaaa.. ni dia yang kitaorag tapau bawak balik.
Dari kiri atas Kupang berlada, Belangkas masak cili, Pepes, Siput Gonggong + Ketam bangkang..!
So nyummmyy!!!


Tak lupa jugak menziarahi pusara Atuk... hampir setiap pagi aktiviti WAJIB bawak nenek
menziarahi pusara arwah Atukk... Selalunya Pak Ngah/Mak Ngah  or Mak Long yang bawak Nenek.


Tabur bunga kat pusara Atuk


Siram airr....


Kawasan pusara yang masih baru...


Al-Fatihah untuk Allahyarham Atuk Hj Mohamed Darom b Hj Ridwan
Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tenang di sana.. aminnnnn
Video Dhiya bergoyang badan bila dengar orang lain berzikir.
Masa ni kitaorang tampal kertas ucapan kat Buku Yasin yang
nak di agihkan kepada Jemaah Yasin untuk Tahlil hari ke-40 uhuhu.

8 comments:

  1. Siput gonggong..x pernah try ag...weh..aq turun jb kan x tau nk g mkn kt mn psl rs mcm x der byk tpt menarik pon...byk lepak2kt bilik jer psl kondisi diri yg x mengizinkan..kalau tau tpt ni sure tejah nie? Jauh tak dr jb?

    ReplyDelete
  2. Eksotik sungguh tu kak...
    Tak berani saya nk mkn hehehe

    Al fatihah buat arwah ayah akak...

    ReplyDelete
  3. Bila nak merasa makan belangkas ni... Hmmmmm

    ReplyDelete
  4. Re Gieyana : Giee.. JB - Telok sengat ni sejam gak kot rasanya. Nko gi JB tak jejak Nusajaya@ Kulai kee.. situ kan Ada JPO tuk cuci2 mata.. kalo ronda JB biasa org lepak2 kat Dangar Bay tu haa.. tapi tu la.. nkopun tgh 1st trimester mesti tak leh lasak2 sangat.. next time datang lagi okehhh!

    ReplyDelete
  5. Re Nad : Tuan tanah mmg tolak batu ngan kayu jeekkk.. hew hew hewwww

    ReplyDelete
  6. Re Ambrynaa.. mana tau esok2 dah berhijrah makin dekat ngan pantai ada can nak makan belangkass *wink*

    ReplyDelete
  7. special yerk tempattu.. payah nak jumpa.. kalau dekat mau akak mencuba..
    semoga anak cucu kita nanti akan sentiasa melawat dan berdoa untuk kita juga kalau kita sudah pergikan...

    ReplyDelete
  8. saya ada jual sipot gong gong..nak oder leh call wassap saya 0167172962
    penghantaran sabtu/ahad kawasan pasir gudang kotamasai cahaya baru ulu tiram..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)