Assalamualaikum..
Ahaa.. tak habis-habis citer pasal raya kann ehehhe.
Tak pe tak pe... korang citer la pasal Raya.. aku pun seronok je
nak baca gelagat2 menyambut Aidilfitri setahun sekali nih eheheheh.
Aku je belum masuk citer pasal Raya..
ni entry last citer hari TERAKHIR sebelum 1 Syawall ekekekeke.
Ni menu berbuka 2 hari terakhir menjelang Syawal. Hari Ahad tu
pepagi dah pergi Kip Mart Kota Tinggi shopping barang dapur.
Menu berbuka hari ni ~
Nasi Tomato + Sotong Sumbat + cempedak goreng + kambing masak tomato
Sotong Sumbat ~ Ni air tangan Mak Long, kakak sulungku
Kambing Masak Tomato ~ Air tangan Mak Ngah, Kakak Iparku
Nasi Tomato ~ Air tangan Mak Uda @ diriKu auuww..!!! he he
Malamnya aktiviti menganyam ketupat ehehehhehe.
Semua cucu cucu nenek sibuk nak menyelit gak eheheh
Isnin petang baru start isi beras. Opss.. yang kat atas ni
feveret aku ~ di panggil LEPAT yg di buat guna beras pulut.
Orang Johor je kot yg jumpa hidangan nihh.
LEPAT ni hidangan WAJIB aku kalo raya.. suka sangat sangatt..!!
Kalo aku tak raya Johor pun kadang balik bulan Posa Mak sanggup buatkan uhuhuhu.
Masa zaman-zaman belajar kat Jepun dulu pun Mak buatkan dan POS !
Guna bahan-bahan kering la.. so time Raya aku tetap
dapat menyantap hidangan Peberet ku inih!! ehehehhe
Tahun ni aku belajar buat.. sebelum ni pun dah banyak kali belajar asyik lupa je.
Kali ni aku berazam nak buh resepi dlm blog masakan aku..!
Tapi tu pun tak terupdate lagikk! uhuhuhu
Tu dia lepat & ketupat in the making.
Lepat ni kena ikat ngan tali kuat-kuat. Seb baik En Abang ada.. ehehehe
Isnin petang tu dah sibuk masak lauk raya..
Dalam kul 6 petang semua dah siap masakk..
Lepat, ketupat, serunding, Lodeh (masak lemak), daging masak kicap,
ayam masak pecel, sambal goreng ahaaa.. tahun ni Abah request tak yah buat rendang.
Tu yang buat Daging masak kicap tuh uhuhuhu
Okeh menjelang petang Cucu-cucu nenek bertebaran pergi hantar
juadah ke rumah jiran-jiran terdekat.. ada 10 buah rumah gak le di hantar
Dan of course la jiran-jiran pun pakat hantar berkat jugak ke rumah..!
Penuh mejaa...!! macam-macam menu.. yg tak buat rendang pun dapat rendang..
sampai tak cukup pinggan nak bubuh.
So memang kebiasaan buka posa hari terakhir Ramadhan tu memang
dengan juadah raya laah..! he he
Yang dalam plastik terus masuk peti je ha ha. Banyak sangat..!
Lepas maghrib ada pengumuman raya oleh Penyimpan Mohor Besar.
Demi terishtiharnya Aidilfitri jatuh pada keesokan hari.. terus tiba-tiba
kejiranan berubah jadi ala-ala medan perang..! ha ha.
Kat sini malam raya memang bingit bunyi mercun..! Mercun roket tu jiran kiri-kanan
siap leh lawan-lawan lagii..!
Ni permandangan dari veranda rumah. Ni bukan mercun biasa dahh..
mercun festival nih... bleh main 2-3 jamm sampai tengah malam..!
Bayangkanlah dia punya meriah..! dan biasa ada 2-3 spot org main mercun
cenggini punya besar yg boleh nampak dekat dari rumah aku nih uhuhuhu
Dah reda main bunga api sibuk tolong isi kuih raya plak eheheheh.
Semangat betul cucu cucu nenek ni tolong preparation raya tauu!
Semua nak di tolong...!
Aku plak sempat lagi buatkan Dadih sebelum tidurr..
Buat 2 layer.. kopi + jagung + isi jagung.
Ni untuk hidangan baraan @ marhaban lelaki lepas solat Raya
Mak Long, Kakak aku plak sempat lagi nak buat Cheese Tart malam-malam raya tuh..!
Apa lagi budak-budak ni pun sibuk laaa nak 'tolong buat' jugakk! ha ha.
Penyudahnya TERTIDUR2 sambil tunggu Mak Long uli tepung! ha ha..!
Dania yang masih terang bijik mata..! Jenuh pujuk ajak tidur tak nak..
Mak Long kata dia tidur nak dekat kul 2 pagi malam raya tu gara-gara nak temankan
Mak Long buat kuih!! sabor je laa.. bayangkan la pagi raya tu camna punya liat dia
nak bangun!! Uhuhuhuh..!!
nak bangun!! Uhuhuhuh..!!
Camna persiapan raya korang kat kampung..? he he
bestnyer sotong sumbat
ReplyDeletesemua samae je rutin mcm akak di kg jugak .. seronok x leh cakap kenangan tuu kan .. mcm nak rewind balik jeww huhuh
ReplyDeletecantiknya tema baju raya..kita dh pakai color ni masa thn pertama raya sbg isteri..hihi..ceria je tgk sedondon di pagi raya..
ReplyDeleteterliurnya ngan ketupat sotong tuh ... ajaklah zura dtg umah izan pastu izan wat ketupat sotong gak ek (he3 x malunyer zura nih ek)
ReplyDelete