Friday, September 16, 2011

Hari tu 'makan' dengan Fasha, semalam TIZZ ZAQYAH pula ~ He he

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia semua. Hari ni tentu
ramai yang bercuti di rumah or mungkin ada yang pergi beraya kan.

Semalam balik kerja agak lewat. Balik kerja terus pick up Danish & Dania kat 
rumah baby sitter. Malam ni plak ada Skype 'date' dengan Abang.
So gi tapau dinner siap-siap.
Nak cepat kan terus gi tapau Nasi Ayam kat Classic Station, 
kat Taman perumahan.
Masuk-masuk terus order Nasi ayam 2 bungkus.
Duduk menunggu tu tengok ada satu group dalam 10 orang gak 
kat meja sebelah.. bila tengok betul-betul.. 
Eh.. TIZ ZAQYAH! 
Eheheheheh... 

Aku pun sambil menunggu tu gi kaunter bayar siap-siap.
Lepas tu tanya staff kaunter tu bleh tak tolong ambikkan gambar
ngan TIZZ.. siap ajar dia guna camera HP cabuk aku tuh ngahahahahaa.


Pas tu terus gi salam ngan Tizz, tanya dia boleh ke nak bergambar.
Dia pun okeh je.. salam pun tunduk kepala hormat dan bahasakan aku 'Kak'.
Terasa tua plakk.. ngaahhahahaha!
So aku pun terus duduk kat kerusi sebelah dia.
Semua keluar 'peace' masing-masing he he.

Tanya dia baru habis shooting ke sebab nampak camera set bagai.
Ha ah dia kata..  baru habis shooting dekat-dekat situ.
Drama baru untuk tahun 2012 huhu.
Muka dia pun masih bermake up.
Memang comey TIZZ Zaqyah ni.

Nasi bungkus siap terus balik rumah huhu.

Hari ni pagi-pagi bangun Danish dah request nak makan
Spagethi.. amboi!!!! Sambil nak tunggu spagethi siap tu 
habis telur scrambler 2 biji sorang + susu segar huhu.

Meula buat spagethi biasa je.. guna sos Prego pun tinggal
tumis bawang putih, tambah cendawan butang, daging kisar + lada hitam sket.
Siap suh Danish makan dia komen tak sedapp.. tak rasa apa..
sabor je laa.. tu sebab tak pedas la tuhhh.


Terpaksa lah ejas balik kuah.. tumis balik bawang putih 
dengan lada kisar 2 sudu + lada hitam sket.
Pas tu campur balik kat kuah Spagethi tadi..

Tak pasal2 pedas jadinya Bolognese Spagethi aku isk isk isk.
Bila suh Danish makan baru la dia kata sedap..
"Macam nasi Lemak la mama...!"
Sabor je laaaaaaaaa......

5 comments:

  1. bestnya sis...comey je tiz zaqyah tu... nak2 semua posing peace semua pun kawaii i loikeee...

    ReplyDelete
  2. wah..untung ah sis..comel gle tiz!

    ReplyDelete
  3. hehehe...kat gambar tu pun mmg nampak tizz lebih adik dari akak izan. hahahahhaa..... jangan mara yerr....nanti tambah kedut terr. memang comei sungguh la budak tuh

    ReplyDelete
  4. wah,selalu ada rezeki jumpa artis ni. spagethi pedas pun sodap hehe

    ReplyDelete
  5. seronok Danish n Dania, mama pandai masak ;)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)