Assalamualaikum..
Aha.. Tahniah buat pasangan Mawi & Ekin yang bakal menimang cahaya mata
sulung. Khabarnya sudah pun masuk 7 minggu berdasarkan laporan
Utusan Malaysia 2 minggu lepas.. jadi nya sekarang dah pun masuk 10 minggu
usia kandungan beliau. Aku pun tau sebab dengar radio Hot FM pagi tadi huhu.
Setelah menunggu hampir 3 tahun dan 2 kali keguguran, semoga kali ini
Ekin akan selamat melahirkan anak sulung mereka. Tahniah sekali lagi...!
ARKIB : 13/07/2011
Mawi bakal timang cahaya mata sulung
KUALA LUMPUR 12 Julai - Selepas dua kali mengalami keguguran, isteri kepada Asmawi Ani, 30, atau Mawi, Nora’Asikin Rahmat, 32, disahkan hamil tujuh minggu.
Berita baik itu disambut dengan penuh kesyukuran oleh Mawi yang memberitahu, beliau tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cahaya mata sulung.
“Dua minggu lalu, Ekin disahkan hamil selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor.
“Ini khabar gembira buat kami suami isteri yang mendambakan untuk menjadi ibu bapa seperti pasangan lain.
“Namun begitu, dalam menyambut berita menggembirakan ini, saya perlu beringat kerana isteri saya pernah mengalami keguguran, bukan sekali tetapi dua kali,” kata katanya ketika ditemui pada majlis rakaman Raya 1Malaysia Muzikfm di sini, hari ini.
Mawi dan Ekin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2008 dan sehingga kini, masih menunggu untuk menimang anak.
“Saya berharap kali ini Allah memberi kami rezeki dan permintaan kami dimakbulkan-Nya. Soal jantina bayi, saya tidak kisah.
“Bagi saya, apa yang penting, Ekin nanti selamat melahirkan bayi kami dan sempurna sifatnya,” kata juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ketiga.
Katanya lagi, doa peminat amat diperlukan agar isterinya beroleh kekuatan untuk menjalani tempoh kehamilan.
Sumber : Utusan Malaysia
alhamdulillah.lea pulak tak tau bila...takde rezeki lagi..
ReplyDeletetu le, rezeki ditunggu2...aku pasan laa, ramai yg susah preggy tahun sume melekat...aura sebab ramai preggy kot kan...moga sampai ke mase bersalin sume dipermudahkan...
ReplyDeletemawi beli rumah banglo 3 tgkt kt bangi tu..pttlah check up pon kt bangi..hikhik.. moga selamat lah kan.
ReplyDeleteni mesti dia p cek kt az-zahrah..tak pun kat annur hihi
ReplyDeletemintak2 ada lah rezeki dorang kali ni.. saya tau caner rasa sbb dulu sy tunggu 9 tahun... at last. duo dah ha, awak tanak tambah lagi ker.. hihi
ReplyDeleterezeki....Alhamdulillah
ReplyDelete