Sunday, August 28, 2011

Duit raya oh duit raya...!

Assalamualaikum..

Aha.. masa kita kecik2 dulu paling seronok bila dapat duit raya..
bila dah kerja seronok nak isi duit raya pulak ehehehhe.. 

Selalunya duit raya malam sebelum bertolak balik kampung
dah siap isi dalam sampul.. kali ni tak sempat..
hari Khamis baru Abang bawak balik duit raya yang di tukar..
selalunya  staff2 kirim kat Bos Abang yg ada private banking..
so kitaorg tak yah la susah2 beratur kat kaunter nak tukar uhuhuh.



Jumaat dah busy keluar.. balik buka kat luar gak.. malam baru nak kemas bag.
so kali ni bungkus semua masuk bag kat kampung nanti baru isi eheheheh.

Kalau kat Johor, pagi Raya ada Marhaban @ Baraan kaum lelaki 
dari rumah ke rumah. Time baraan ni je yg tak payah buh duit dlm sampul pun tak pe ha ha.
Dari seikat tu terus je bagi-bagi.. mana tak nya, anak cucu yg ikut baraan ramaii..!
Sekali bagi bleh cecah 70 ~ 80 keping note teruss..! ha ha.. meriah kan..!!

Anyway, 
Seronok bila dah isi duit dalam sampul..
lagi seronok bila tengok wajah-wajah riang insan-insan
yang bakal menerima sampul-sampul ni nanti..!

No comments:

Post a Comment

Sila sila.. jangan malu jangan segan. Terima kasih singgah sini.. TERlebih terima kasih lagi atas komentar anda... komen anda menceriakan hari saya..! ;)