Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Dhiya Ariessa baru saja menyambut ulangtahun pertama
pada hari Jumaat, 28 Disember yang lepas.
Selamat Menyambut Ulangtahun pertama Sayang Dhiya.
Mama, Papa, Abang & Kakak doakan semoga
Dhiya terus membesar dengar ceria, cerdas dan sihat... aminnn



Di hari lahir Dhiya, baru Dhiya tunjuk skill berdiri sendiri he he he.
Tu belum berjalan lagi.. baru berdiri sendiri lepas tangann uhuhuhuhu



Ni gambar terbaek yg dapat snap Dhiya ngan Kek dia uhuuhu. Tak duk diam kan pegang garpu kat tepi tuu.
Sambutan pun secara sederhana. Almaklum.. Atuk tak sihat, jadi sejak hari Isnin Mama dah berada di kampung tolong2 Nenek ngan Pak Ngah jaga Atuk. Jadi celebrate pun sebelah katil Atuk je tu. Atuk pun 
dah lemah badanyaa.. nak bangun pun tak berapa laratt... Apapun moga Atuk cepat sembuh seperti sedia kala.



Semua orang berebut nak potong kek Dhiya eehehehhe. Suka hati laaaaaahhh


Dhiya dan Atuk.
Setahun lepas Atuk temankan Dhiya ketika Dhiya baru melihat dunia..
setahun kemudian... hari ini Dhiya pulak temankan Atuk ketika
keadaan kesihatan Atuk benar-benar merosot.



Kami doakan semoga Atuk cepat2 sembuh seperti biasa.... aminnnnnnn


Assalamualaikum....

Sebagai penutup 2012, akhirnya baru lah terhegeh2 aku nak hapdet travel log ke Bandung 2012 uhuhuhu.
Percutian kali ni sebenarnya dari awal lagi niat nak bawak Mak & Abah pergi bercuti ke Bandung.
Tiket awal-awal lagi dah beli masa 2011.. masa tu Baby Dhiya pun dalam perut lagiii.
Tapi dah gamble beli ticket Dhiya siap letak nama termasuk tiket untuk Emak, Abah & Mak Long.
Seb baik baby keluar ikut jantina yg di ramalkan makanya tak ada tiket adjustment yg di buat
since nama Dhiya pun di beri ikut plan asall.. pheww!


Walaubagaimana punn.. di sebabkan keadaan kesihatan Abah yang tak mengizinkan, 
makanya kali ni aku cuma dapat bawak Emak & Mak Long bersama. Itu pun asal-asal
Emak dah give tak nak pergi jugak sebab Abah tak sihat.. tapi diskas2 punya diskas
last2 satu keputusan di buat, Bibik aku hantar balik kampung demi membantu urusan 
kerja2 rumah sementara Mak Ngah ambik  alih tugas jaga Atuk untuk sementara waktu..
Lagipun tiket dah lama booking, nak kanselkan tiket Emak pun tak sampai hati jugak kann.
Maka pada tarikh yg telah di booking setahun sebelumnya, kami bertujuh
akhirnya berangkat ke Bandung! Alhamdulillahhh....


Kami bertolak pada 10th Julai 2012.. 10 hari sebelum bulan Puasa yg lepas.
Penerbangan malam dan sampai tengah malam...
 Kali ni pergi sambil shopping sambil nak makan angin.. kira tak la schedule full untuk shopping semata-mata
lagi pun bawak emak berjalan sekali kann.. kira package Shopping & Relaxing macam tuhh..


Dhiya masa ni baru masuk 7 bulan hehe


Tu dia wajah-wajah yang bakal berangkat meninggalkan tanah air kejap lagii


Dah settle check in baggage, ready untuk perlepasan...



Sempat lagi posing ngan Model Hugo Boss... 
"Please do not lean' opsssss!! terkantoi di situ ahahahhaa


Wajah2 ceria nak orang nak gi makan anginnn


Tahun lepas ke Bandung berempat.. kali ini dah berlimaaa! Weeee~!!


Danish & Dania membelek menu dalam Flight dan akhirnya mengorder
"Maggi Cup" ! hehe. Macam tak de benda lain kannnnn.. isk isk


Setelah hampir 2 jam perjalanan akhirnya kira-kira jam 12:30 waktu tempatan kami
 tiba di Lapangan Terbang Sasteranegara Bandung


1 shot.. tapi camera tak sempat setting dalam gelap uhuhuh


Ahaaa...!! antara poster poster yang menanti kunjungan pelancong2 ke Bandung...!! Yeaaahaa...!!!
Kemanakah destinasi kami kali ni...??!! Yang pasti malam ni apa-apa hal check in hotel
and tidurrr ZZzzZzzZzzz duluu...!!!!  Esok baru start acara ;).
To be continueee... tunggguuuuuuuu!!

Assalmualaikum...
Selamat berhujung minggu semuaaa.
Wah wah ... dengar cerita highway jammed sana sini
dek orang2 yg balik bercuti sempena cuti Krismas.
Anyway selamat memandu dengan cermat yaa

Ni acara masa balik Raya Haji yg lepas.
Lepak2 sambil piknik kat Tanjung Balau ngan ATuk + Nenek.
Sambil budak2 bersuka ria mandi kolam aku pun 
tembak menembak gambar Dhiya

Saat entry ni di buat Dhiya dah pun 11 months ++.
Mulut dah makin riuh...
dari 10 bulan ++ hari tu dah mula berbunyi 
bila sebut Atok... Bibik... Nakk.... Tak Nakk...
Mama... Papa....
Bibik yg rajin buat report perkembangan Dhiya setiap kali balik kerja
Rambut Dhiya masih sepoi-sepoi bahasa.... halusssss rambutnya
tak panjang2..! hehe
Dah pandai lambai orang, kalau makan dah habis kita sebut
'Finish' pandai dia kelek2 tangan tanda habiss..! 
Pandai Hi-5 bila kita hulur tapak tangan! 
Kalau dia buat apa2 kita tegah No! No! No!
dia paham sambil sengeh geleng geleng kepala.. hik hik hik!
Masih malas nak berdiri lepas-lepas tangann! 
Di suruh tatih jauh sekalii..! cepat je nak bengkok lutut baliik.. hiskkk!
Untuk rekod, Danish & Dania dulu umur setahun mmg dah start jalan..
Kira Dhiya ada seminggu lagi sebelum due!

Layan candid Dhiya bluess tepi pantaiiii....














Dhiya ngan Atuk dan Nenek 


Piknik sambil ambik angin tepi pantai petang-petangg



Dhiya ngan Mak Long


Kat Resort Tg Balau ni ada pool.
Danish & Dania apalagi bersuka ria ngan sepupu2nya terjun kolammm


Di sebabkan dekat ngan umah, kitaorg tak la menginap kat resort ni.. so masuk pool bayar asing.
RM5 untuk kanak-kanak & RM10 untuk orang dewasa.. bleh tahan gak mahalnya ohok!


Meriah main bola dalam pool Pakcik2 dan anak2 sedara nih haaa









Makin petang makin redup makin ramai orang dalam pool ni. Yang dah datang awal dah kepenatann..
puas berendamm balikk..!! uhuhuhuhu