Assalamualaikum..

Abang dah berlepas ke China pagi semalam.
Pagi nak bersiap tu Dania dah terkebil2 lagi 
bukak mata... so terpaksa hangkut ke KLIA jugak
masa hantar Papanya. Tapi kali ni hantar dari kereta je
takut peristiwa 2 minggu lepas berulang masa
hantar Papanya gi outstation kat balai berlepas@KLIA.. ngahahhha.

Aku pun macam tak berapa sihat.. batuk-batuk berkahak.
Last pregnantkan Dania pun batuk 2 bulann..
so far pregnant tak de alahan tapi menahan batuk 
berbulan tu je lah seksa nya.. uhuhuhu

So just nak update 'Kakak' Dania yang dah praktise nak 
jadi Kakak ni ha ha.
Rajin layan 'baby' kat rumah tuu.. hujung minggu bleh
bawak 'baby jalan-jalan' naik stroller ngaahahaha.
Layankan je lah gambar2 kat bawah ni yekkk



Mula-mula ronda2 tak bertudung.. lepas tu katanya panass.. suh pakaikan tudung he he

Bawak naik beskal plakk

 Pusing-pusing kat kaki lima je pun



Puas pusing keliling rumah turunkan balik baby dlm stroller


Penat main kat luar masuk dalam umah plakk.. ajak Baby tengok TV hehe


Kemain sayang kat Baby. Bagus baguss.. yok yok o je sayang baby..
nanti baby dah keluar pun tolong Mama jaga Baby yekk!!

Catatan preggy :
Sekarang ni baby rajin betul menendang2 dalam perut mama.. aktif sungguh!
Baru masuk 6 bulan setengah (26 weeks). Hari tu masa scan pun
Doctor kata uiksss.. lasak nya baby ni.. tak duk diam ngahahahah.
Papa takde ni Dania siap cakap kat mama
'Dania promise tak nak nakal-nakal'
Danish plak asal mama batuk sibuk tepuk2 belakang Mama..
tapi kadang2 kemain kuat di tepuknyaa haha.!!
Slow sket nye Abangg.. eheheheh
Assalamualaikum...
Balik open house rumah kawan weekend lepas gi singgah 
MyDin. Abang nak ke money exchange.. esok nak
outstation ke China plak .. uhuk uhuk!

Anyway kat Mydin USJ ni lepas bayar beli2 barang dapur sket
perasan ada satu mesin kat luar kaunter bayar tuh.
 TUKAR SYILING kepada KUPON MEMBELI BELAH!


Ahaaa.. menarik ni. Kepada  yang ada anak-anak menabung tu lepas
ni bleh la Mak Ayah bank in transfer duit tabungan anak2 tu ke bank siap2
dan syiling tu bleh la tukar kat mesin syiling Mydin ni 
utk beli barang dapur kann.
Kitaorang pun selalu Abang bawak duit tabung budak2 
gi tukar kat kedai Mamak jek huhu


Sekarang dah tau satu perkara lagi yang boleh di buat
dengan duit syiling kan!


SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.
Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.
Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.
Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.
P/S: Wahai kaum Adam.. bukan kah korang di jadikan sepatutnya menjadi pelindung kaum hawa..??