Salam..

Hari kedua Abang berada di China. Tadi Abang baru call katernya sedang berada di Shanghai..
wah wah wahhh.. bussyyy nampak he he.
Anyway malam semalam kul 9:00 malam kitaorang dah online.
Danish baru siap buat home work
Abang online dari desktop PC kat bilik hotel jek.


Memula online gune Yahoo Messengerr.. Tak leh video call sbb version Yahoo Messenger tak compatible.
Apalagi Danish pun sibuk taip message kat papa.. he he.
Mamanya pun nak tengok apa yang nak di tulisnyaa..


Ce tengok apa yang di taip Danish..
'Papa cege lamat ?" = Papa kerja lambat..? 
hik hik hik hikk... 
Mamanya tengokkan ajerr apa yg di taipp
Papa pun tergelak tengok Danish menaipp.. 'pelat' ! he he 

Danish ralit taip message sambil Abang download Skype.

 Dania plak sibuk 'buat' homework Abangnyaa..  

 Jap lagi dah install Skype baru la Danish & Dania dapat ber video call ngan Papa.
Tapi PC kat hotel tu tak de web cam.. so Papa je lah nampak kitaorangg.. kitaorg plak dapat
dengar suara jek hu hu

Bila dah bleh bervideo call Danish pun sibuk tunjuk aksesori Ben 10 kat Papa


 Siap FIRE laser kat Papa

 Entah apa lagi nak di tayangg.. tekan bunyi  sana sini kasi Papa dengar

 Jap lagi Danish tunjuk buku homework kat Papa

Danish : Papa.. Danish dah siap buat homework .Cuba tengok ni..
Dania  : Tak laa.. Dania buatt...!
Danish : Abang la yang buatt..!!!!
Dania : Dania buat laaaaaaaaa...!!!!
Bertekak plak dahh adoyaii.........isk isk iskkk



Dah puas sembang bila nak letak call sedar2 Danish dah tak nak tengok kamera dahh.. 
Bila toleh kat Danish... 
laaaaa...
dah berjujurann air mataaaa...................


Danish : Danish rindu papa.....................!! 
uhukkk..!!

Salam..

Abang OFF ke Hangzhou hari ni.. kali ni tak lama.. 3 hari je..
Ada ke patut aku cuma di pelawa 'teman'kan sampai check in kaunter jekk.. tak ajak pun...
uwaaaAaAaaAaAaAaaaAaAa...!!!!


Dah la ramai & panjang giler beratur.. ramai betul orang nak gi Hangzhou.. isk isk isk.
Kaunter check in yg buka 4.. 3 orang beratur panjang aku rasa ada 6 lengkor..
 1 kaunter dah di konker dek orang2 yg potong queue..
jap lagi antara 3 kaunter tu, 1 kaunter di TUTUP..!!

 SCREEN tulis OPEN.. kat KAUNTER (tag merah tu) label kater CLOSED..
Bagus bagussss.. ..!!
OPEN BUT CLOSED!
salam..
Alangkah terkilannya keluarga mangsa bila tahu pemandu bas yang mengakibatkan kemalangan maut di kilometer 36, lebuh Raya Karak kelmarin di sahkan tidak mempunyai lesen oleh JPJ. Macamana pengusaha bas boleh letakkan keselamatan nyawa semua penumpang bas pada seorang pemandu yang tiada lesen..???? Tambah lagi bila pemandu tersebut turut di sahkan MEMANDU SEBELAH TANGAN akibat keCACATan kesan dari kemalangan tahun 2006..??!! Cukup membuatkan aku terpana...!!!

JENAZAH tujuh orang Belia 4B mangsa kemalangan bas persiaran di Genting Sempah dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Mukim Siang, Baling, Kedah, semalam. – MINGGUAN/AZMAN MD. NOOR

Sumber : Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh penumpang di Kilometer 38 Genting Sempah berhampiran susur ke Genting Highlands dekat sini malam tadi, disahkan tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, polis dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa pemandu berusia 40-an itu tidak mempunyai lesen memandu selepas membuat semakan.
Beliau berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengaku kepada polis bahawa dia mempunyai lesen memandu namun semakan dengan JPJ menunjukkan sebaliknya.
“Sehubungan itu, kita telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
“Di bawah seksyen ini, pemandu terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu bas itu memandu laju sebagai punca kemalangan.

“Kita belum lagi mengambil keterangan daripada saksi-saksi kemalangan yang terselamat kerana keadaan belum mengizinkan memandangkan ramai masih tidak stabil dan trauma.
“Selain itu, kita masih menunggu laporan kotak hitam dan pemeriksaan fizikal bas daripada Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.),” katanya.

Beliau berkata, selain pemandu, pengusaha syarikat bas persiaran terbabit turut boleh dikenakan tindakan jika membenarkan pemandu tiada lesen membawa kenderaan mereka.
“Selain itu, tindakan juga boleh dikenakan jika membenarkan bas yang mempunyai masalah teknikal untuk beroperasi,” ujar beliau.