Salam Raya..

Ni belum-belum kertas siasatan dah kena rejectt..  camne nihh.... Jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah la...
Tapi bagus gak ni.. sekali siasat terus kes-kes lain.. asal jangan banyak 'sangkut' sudahh..


******************************************************
sumber : Malaysia Kini


Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. 

altantuya trial 160707 tun majidDalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya. 

Tun Abd Majid (kanan) berkata pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut.

Katanya Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

NONELaporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.

Selain Sosilawati (kanan), 47, yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38. 

Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Sosilawati. 

Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Kehilangan Shafik dan rakannya telah dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.

Selain itu, ia turut melibatkan kes kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.

Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

BERNAMA
Salam Raya..

Aahaaa.. masuk hari ke-2 pagi-pagi lagi Emak dah suh siap-siap nak gi beraya ke Batu Pahat.. ramai sedara mara belah Abah kat sana. So seawal pukul 8 pagi dah kitaorang dah bersiap dahh..


Masuk hari ke-2 aku dan Dania pakai sedondon.. kaler tema Peach + Hitam. Dania pulak siap-siap terus masuk kereta pasang citer kartun.. pas tu apalagi bila ajak bergambar meraungg laaaa sebab nak tengok citer kartun ....!! Maka dapatlah gambar seperti di atas.. Dania yang mulutnya terngangaaaa meraung kesedihaann.. adoi gelihati pun ade...menguji kesabaran betul nak bergambar dgn anak dara aku sorang nihh ha ha

 Sempat gak bergambar ngan Mak & Abah sebelum keluarr..

Tambah satu team lagii.. team purple ~ Mak usu.. he he

Dania yang dah tukar baju separuh masa pertama.. hu hu


 Dapat gak la beraya 5-6 rumah kat kampung hari tuu..nak balik Jammed kat susur keluar Yon Peng.. 5 km 2 jam..!!! Penyudah nya sampai rumah kul 11:30 malammm.. perrghhh.........!!

Walaupun cam tu next day, 3rd Raya keluar gi beraya lagii.. kat umah sedara mara belah Mak plak. Gerak lewat sikit hari ni.. Haa.. tema ari ni Oren + Hitamm. Tapi Dania tak nak pakai dress putih hitam yg aku beli uwaaaaAAaA.. cerewet betulll.  seb baik yg kat bawah ni pun macthing.. redah je laaa


Nak amek gambar terpaksa umpan ngan 'kerekek' kat tangan nyer tuh.. ha ha

Posing lagi hik hik

Rumah Nenek belah emakk.. time ni baru dapat jumpa Abang aku yg beraya di rumah mertua tahun ni..he he.

Lepas ada la gi beraya 3-4 lagi umah sedara mara belah Pasir Gudang..  seronok setahun sekali jumpa sedara mara hu hu
Salam Raya..
Semalam masa bersiap-siap nak pergi beraya ke Putra Height sempat la snap gambar diaorang ni kat porch. Aksi SPONTAN Dania...



Gelihati bercampur terharu tengok aksi Dania... 
Siap boleh 'tukar-tukar microphone' lagii..
Boleh pulak tunduk di habis 'rancangan'..
Sape yang ajar ntahh...! ha ha
Danish plak dok inter-frame kat belakang.. hu hu 

Sweet little Dania.. muahhhhhhhhhhhhhhhhh!!